Suara Yang Sangat Merdu
Posted by Umar at Sunday, October 23, 2011 2 comments
Sakit Hati Betul....
Posted by Umar at Monday, October 17, 2011 0 comments
Susulan Berita Paling Menyakitkan Hati
Ini info yg saya dapat Forum Cari....dari post forumer Paris.Hilton berkenaan dengan susulan kes bayi malang yang berbapakan setan durjana....sila baca berita dibawah :
"" KUALA LUMPUR: Bayi lelaki berusia 23 hari yang diliwat bapanya kini pulih dan dibenarkan pulang ke rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, dekat sini, kelmarin.
Biarpun dibenarkan pulang, difahamkan, bayi terbabit diarahkan melakukan pemeriksaan berkala di Hospital Selayang (HS), bagi memantau tahap kesihatannya.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, bayi terbabit sudah pulih dan dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan di HS sejak tiga hari lalu.
Mengulas lanjut mengenai perkembangan kes terbabit, Abdul Rahim berkata, suspek yang juga bapa bayi itu masih direman sehingga hari ini.
Katanya, pihaknya meneruskan siasatan mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat jika disabit kesalahan.
Menurut sumber, ketika meliwat bayi lelakinya itu, suspek di bawah pengaruh dadah.
"Malah, ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya juga positif," katanya.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya selepas keengganan isterinya yang masih berpantang melayan kehendak seksualnya.
Lebih kejam apabila tangisan bayi yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan menutup mulut anaknya itu dengan kuat menggunakan tangan, sekali gus menambah derita si kecil.
Difahamkan, bapa terbabit berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan berehat di ruang tamu rumah. ""
Posted by Umar at Monday, October 10, 2011 2 comments
Berita Paling Menyakitkan Hati
GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.
Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
Jika telah ditahan...diharap tuan-tuan polis yang menahan lelaki durjana tuh dapatlah kiranye dihancurkan muka dan anunya serta dipatahkan tangan kakinya..kasi gegar sikit otaknya kerana tidak dapat membezakan antara 23 hari dan 23 tahun....GERAMMMMMM...
Saya baca di blog-blog...tak ingatlah pulak blog mane...mak dan bapa bayi tersebut tidak berkahwin....tuhlah dia....memang tak patut....mak bapak tak guna, anak jadi mangsa....katanye bayi malang itu dalam keadaan kritikal...saya lebih rela mendoakan agar bayi tersebut diambil menemui Ilahi....Ya Allah, Kaulah Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani, ku mohon padamu Ya Allah...ambillah nyawa anak kecil itu Ya Allah, janganlah dibiarkan dia lama mlenanggung derita, Ya Allah...amin...amin...ya rabbal alaminnn.....
Makin berleluasa sungguh masalah sebegini di negara kita nih....berkait-kait macam tuhlah.....sedih betull...
Posted by Umar at Sunday, October 09, 2011 2 comments
Lega Dah Habis... :)
Leganyeee umi..arini umar dah habis exam....walaupun hati berdebar-debar....apelah resultnye nanti.....tapi, mengajar budak umur 7 tahun nih...memang mencabar sungguh...dahlah banyak subjek....tak dapat bayangkan cikgu-cikgu yang mengajar sekolah rendah nih....dengan perangai dan ragam budaknya....silibus nak kena kejar....target sekolahnye....penat sungguh jadi cikgu sekolah rendah nih....sekolah menengah tahan sikit, yelah, walaupun remaja nih nakalnye lain skit....sekurang-kurangnye, diaorang dah faham nak urus diri dan sebagainye....meleret lagilah membebelnye nih...
Posted by Umar at Friday, October 07, 2011 0 comments
Sedih
Sedih betul bile baca berita-berita mengenai bayi dan kanak-kanak yang dianiaya, dibuang, dibunuh...macam-macamlah....kenapa ramai manusia sekarang berhatikan syaitan....haiwan pun sayangkan anak....ada juga anak haiwan yang kehilangan ibu pun, diselamatkan oleh haiwan lain.
Sedih sangat bile tengok gambar bayi yang dibuang dan meninggal di atas rumput....Ya Allah....bayi kita, bile tidur pun, masih dialaskan dengan kain walaupun tilam dah bercadar....ini, manusia yang berhatikan syaitan nih, letak anaknya diatas rumput sahaja tanpa sehelai kain pun.....
Susah dan rumit jika bercakap mengenai penguatkuasaan....isu penguatkuasaan nih sangat luas dan melibatkan banyak pihak dan perkara...ada pelbagai perkara yang menjadi kekangan pun ada....bukan 100% salah diletakkan kepada penguatkuasaan semata-mata....itulah kisah akhir zaman.....semuanya berbalik kepada pemerintah.....dunia pun semakin tua...berfikirlah kita dengan pesanan-pesanan yang telah diberikan kepada kita mengenai sifat-sifat pemerintah akhir zaman....janganlah pula, kita menafikan pesanan yang telah diberikan....ianya bukannya pesanan dari nenek moyang kita....tetapi, pesanan dari Sahabat-Sahabat Nabi dan Nabi Junjungan kita....
Contoh mudah dan selalu sangat didengar....jika dalam keluarga...bapalah ketuanya...dan ibulah pembantunya...jika kedua-duanya menjalankan tanggungjawab yang 'bocor' sana sini...walaupun dirasa dah dibuat habis baik dah...tapi jika dilihat atau dinilai oleh orang luar....rupenya, bapanya suka solat ikut suka hati...kejap buat kejap tak buat....ibu malas sikit...kurang masak, mengemas....masalah pada anak-anak dan hubungan diantaranya, suami/isteri/ibubapa/anak, pasti timbul dan masalahnya dalam pelbagai bentuk.....
Gambar ihsan Harian Metro dan Google. TERSELAMAT...bayi berusia enam bulan diselamatkan penguatkuasa JKM manakala ibunya ditahan, semalam. - Terima kasih kepada penyelamat.....Beginikah layanan yang patut diberikan kepada generasi baru kita?...
Posted by Umar at Thursday, October 06, 2011 2 comments
Umar Periksa Akhir Tahun
Subjek feqah, aqidah, akhlak dan sirah...semuanya dalam jawi dan banyak pulak babnya tuh....silibus sekolah tuh memang tak ingat-ingat....tak tahulah nak cerita macamana.....dapat dibayangkan, memang susahlah bagi budak-budak darjah 1 nak tangkap muat semuanya.....
Gikgu-cikgu mesti bekerja keras untuk memahamkan budak-budak...dahlah semuanya jawi....budak-budak sekarang, darjah 1 dah pandai baca jawi....rasenye, umi dulu...darjah 4 baru lancar baca jawi....tapi, subjek takdelah semantoppp subjek-subjek yang umar ambik sekarang....darjah 1 tuh, silibus tuh agak-agaklah jugak....kesian kat budak-budak n cikgu-cikgunye sekali....
Posted by Umar at Wednesday, October 05, 2011 0 comments
Lama tak bergambar
Kebetulan dah bergambar...bolehlah masukkan dalam blog nih....lagipun dah lame blog nih takde gambar diri sendiri.... :)
Posted by Umar at Sunday, September 18, 2011 0 comments
Azam-Berazam
Semoga semangat positif lagu nih dapat diserapkan ke dalam diri kita....buang rasa malas yang selama ini bersarang elok di hati dan minda kita....wahh...wahhh..wahhh..semangat giler....mari kita berazam untuk memajukan diri kita dan melakukan yang terbaik dalam setiap apa yang kita lakukan....semoga tekad azam kite...tak perlu tunggu awal tahun untuk kita berazam...ehehhehe
Ya Allah..berilah kekuatan kepada hambaMu ini....aminnnn...
Posted by Umar at Wednesday, September 14, 2011 0 comments
Ucapan Ringkas
Posted by Umar at Monday, September 12, 2011 0 comments
Shoping Raya
Posted by Umar at Thursday, August 18, 2011 0 comments
Dari Kuih ke Masalah Jiwalah Pulak
Tak banyak cerita dibulan puasa nih, tapi, selalu-selalu pun, saya bukannya banyak cerita pun...hehhehe....tapi, Alhamdulillah...setakat ini, kami sefamily masih lagi tidak ke bazar ramadhan....cume makan lauk dan kuih yang dimasak dirumah je...maybe, nanti-nanti nak ke bazar ramadhan jugak....terasa nak makan kebab je...tapi, petang nih, masih terfikir-fikir samada nak buat bergedil kegemaran suami or murtabak mini or kuih lompat tikam yang dah lama saya idam-idamkan....saya memang suke buat kuih sendiri...banyak sudah kuih yang saya cube....cume tak diambil gambar je, sebab saya memang malas bergambar-gambar....kadang-kadang gambar anak-anak, terpaksalah jugak saya ambik...sebab takut nanti takde pulaklah gambar kenangan semasa mereka kecil-kecil nih....
Bila kita tidak mempunyai 'sesuatu' seperti orang lain....tak banyak, sikit...mesti ada perasaan 'cemburu' yang muncul dicelah-celah hati kita....dan apabila terdapat 'watak' yang menyerupai kita....kita serta merta menyukai atau menyokongnya...betul tak?
Posted by Umar at Tuesday, August 16, 2011 0 comments
Salam Ramadhan
Posted by Umar at Thursday, August 04, 2011 2 comments
Jiran Lama
Saya pindah ke perlis pada tahun 2005...dan disana saya berjiran dengan Ayu....kami selalu bersembang, bertukar-tukar cerita dan pendapat......anaknya Afif sama umur dengan Umar...bezanya cuma bulan...Afif awal tahun....Umar hujung tahun....Afif dah pandai itu ini....Umar masih baby lagi...hehehhe....kami sempat berjiran hanya dalam 2-3 tahun kerana Ayu sakit...sedih mendengar berita Ayu sakit dan ade beberapa kali saya pergi ke rumahnya....sebelum sakit, Ayu seorang isteri dan ibu yang cantik, aktif dan baik...tapi sayang, sekarang Ayu lemah terbaring di rumah ibunya...tapi, itu sudah ketentuan Ilahi....marilah kita sama-sama mendoakan Ayu agar cepat sembuh dan sihat seperti dulu....saya sentiasa membaca blognya untuk mengetahui perkembangan dirinya....bile membaca blog ayu, air mata saya pasti tak dapat nak disekat-sekat dah....saya sangat terharu dengan pengorbanan suaminya, Afif yang masih kecil tapi dapat memahami derita mamanya...saya tak dapat bayangkan betapa sedihnya bila sebagai isteri, ibu dan anak tidak dapat menjalankan tanggungjawab seperti waktu sihat kita...sangat sedih....
Posted by Umar at Friday, July 22, 2011 0 comments
Puaka Tebing Biru
Baru-baru nih tengok ngan umar kat cenel 104, cerita Puaka Tebing Biru nih memang seram....tapi sebenarnye sangat sedih dan menyayat hati...walaupun jalan cerita tak berapa kemaslah skit tapi jauhlah menariknya dari Pontianak Harum Sundal Malam...
Posted by Umar at Thursday, July 21, 2011 2 comments
Membebel I
Lepas belajar...sambung...sambung....umur muda dah dapat phd...bangga sangat tapi, sayang pengalaman kerja langsung tak ade....saya bukannlah pencemburu atau pendengki pada sesiapa yang dapat sambung belajar sampai peringkat tertinggi...itu bukan sifat saya....saya bukan jenis orang yang tak boleh tengok orang lebih sikit, saya lagi suke orang bercerita tentang kejayaan mereka, macamana mereka mencapai kejayaan dan sebagainya...
Posted by Umar at Tuesday, July 19, 2011 2 comments
Angkat Batu
Dulu, lepas viva master...rasa macam dah letakkan satu batu besar ke bawah...yang mana selama ini dipikul dan dibawa kemana-mana...dalam mimpi pun beban berat tuh muncul...rasa lega yang tak dapat digambarkan....paling berdebar bila tuan pengerusi majlis viva tu isytiharkan yang telah lulus bla...bla...bla....rasa senyum tuh dah lebih dari had telinga dah...rase nak berguling-guling je depan semua panel....tambah-tambah bila dekan buat thumbs up dan tabik pada umi yang surirumah dapat luluskan jugak masternya....lagi tambah menyengih bila, panel-panel dan pengerusi memuji penulisan thesis umi....pengerusi sempat lagi melawak yang thesis umi nih master ke phd....dekan pulak menambah yang viva umi adalah viva paling tenang dan simple sebab tiada soalan dari panel....wahhhh (dalam nada sedih)...sepatutnye kenangan viva itu dijadikan semangat kepada umi untuk berusaha dan bersemangat lagi....waaaaa....
Sebab malas ialah tiap-tiap hari umi memikirkan betapa sukarnya nak buat programming nanti....dulu, time master...umi dah abihkan masa setahun untuk menyiapkan programming yang panjang berjela-jela tu...proses dari algorithm yang diubahsuai dan nak diterjemahkan ke dalam bentuk programming memang sangat-sangat mencabar minda....umi asyik berfikir, nak kena mula semula dari awal....nak cari algorihtm sesuai...nak ubahsuai algorithm...nak buat programming....itu ini....bla itu bla ini....aduhaiii...banyaknyeee kejeee....tapi, umi pernah interview satu prof madya nih....dia cakap phd nih, upah je orang buat programming....hmmmm...umi taknaklah berupah-upah...if buat sendiri....skill programming tuh kita dapat pertajamkan lagi....itu ilmu....
Ya Allah...Ya Allah...beratnye bola nih...ape kename bolanye nih....mail nih memang sengaja nak menyusahkan aku kutip bola keras nih...dia senang-senang je kutip bola ping-pong...siap kau mail....(gambar ihsan google)
Adeh...deh...beratnyeeee...cikgu, janganlah denda saya macam nih....saya taknak buat bising dah dalam kelas...saya tobat dah cikgu...saya tobat..... (gambar ihsan google) Posted by Umar at Monday, July 18, 2011 0 comments
Esok Umar Ujian 2
Posted by Umar at Wednesday, July 13, 2011 0 comments
Takdok Ape Pun....
"agaknye dalam fail "Alam Haiwan Laut" nih kot...lagipun pruning dengan ikan selar kuning dah dekat samalah tuh"
"Apelah...paper pruning tuh dalam fail "Anak Itik dan Ular" lah...dari tepi ni pun dah nampak dah paper pruning tuh duk terselit dalam fail nih"
"laaa....ini analisis tentang koleksi "Anak-Anak Itik"....macamana kite nak buat penyelesaikan selerakkan bilik nih"..
"Tak ape, tuh pun boleh, sebab berdasarkan kepada keputusan analisis carta kawalan X-bar dan R bagi masa diantara needle dan smith melalui proses parallelization nih memang dah boleh nampak dah penyelesaian selerakkan bilik tuh"umi : "umarrr...aqiff.....ape nih, selerak-selerak ngan kertas nihhhhh"
umar dan aqif : tersengih-sengih secara berselerak...
Posted by Umar at Friday, July 08, 2011 2 comments
Maharaja Lawak
yang kiri : typical posing bagi pelawak profesional, tak over aksi...takdelah duk berhempas pulas berposing jelir lidah sambil menjulingkan mata, supaya nampak lawak-selawaknya, dizaman 80an, memang sangat lawak tetapi tidak dizaman sekarang....posing macam nih dah ok dah...orang tengok pun dah senyum dah....yang tengah : berposing ala-ala model terlalu macho sambil tayang badan berketak-ketak n pakai spender je....
yang kanan : berposing macam dah biasa sangat dengan kamera...tak kekok dan tak kaku...biasa dan rilek je...tak nampak jakun langsung..
(Gambar ihsan google)
Posted by Umar at Thursday, June 30, 2011 2 comments
Kerlassslahhh Sangatttt
Gripen
06-05-11, 02:59 AM
tidak semestinya...ramai juga mereka yang di industri...mempunyai PHd...tetapi bekerja dalam industri. Contoh paling mudah, Dr Dzahar Mansor...boleh Google nama dia, terpampang biodata.
Dulu dia ambil Phd di Melbourne U, pernah menjadi lecturer di Melbourne U. Tetapi, dia cakap...dia rasa ketinggalan berada didalam university..ketinggalan teknologi terkini...sebab di academia...teori...blue ocean research...di industri... applied research...patent dan technology developement. Jadi dia pun blah dari jadi lecturer.... dari jawatan Vice President of R&D Celcom... ke CTO di Symphony ke National Technology Officer di MS.
Pelik di Malaysia ni, ramai nak amik Phd sebab...nak naik pangkat? tak tahan kerja diindustri?
Bulan January lepas saya bertemu dengan Mark Russonovich...pengasas SysInternal. Rupanya2, Mark ada Phd, tapi biasa la..style di US... Phd letak belakang dan tidak ditunjuk2 macam kat Malaysia, nak dipanggil Doctor je manjang. Begitu juga dengan Crispin Cowan...pun ada Phd...seorang pakar Security, pun diam2 jek dan mereka semua berada dalam industry, dan dijemput oleh akademia sekali sekala memberi ceramah, atau fellow.
Satu lagi observation, bila nak buat Phd, soalan2 ditanya bukannya... what research area... what will be my contribution, tapi balk2... berapa elaun? IPTA ni bayar berapa, IPTA tu bayar macam ni... etc etc. So what exactly is your value proposition? How does the Phd add value to your net worth?
So, apa sebenarnya tujuan ko nak amik Phd ni? Sebab keperluan pekerjaan ke...ko dalam IPTA? Minat?
Kalau terpaksa, baik x payah. Wasting your time, and wasting tax payers money. Sorry, it may sound harsh and crude, but this is the absolute reality of Phd candidate in Malaysia...paper chasing...junkies.
Posted by Umar at Tuesday, June 14, 2011 0 comments
"Kerlasss kau mariaaa"
Posted by Umar at Monday, June 13, 2011 0 comments
Akhirnyeee...
Wahh...dasyattt...ayat mula-mula dah macam ustazah nak berkuliah maghrib....tetibe, citer pasal AF rupenyeee....hehhehhe...tapi betullah tu....hasil dari usaha yang tak henti-henti dan doa yang tak putus-putus....akhirnya, hikmah itu dapat dinikmati juga....ada hikmah yang terang-terang...ada hikmah yang tersembunyi dan terpaksalah kita nak kena fikir sendiri....
Posted by Umar at Sunday, June 12, 2011 0 comments
Esok Balik Penang
"Macamanelah rupe saudara-mara di penang ye?....adakah semuanya botak juga seperti diriku ini"...keluh aqif tanda kecewa...kecewa kerana dibotakkan dengan rakus sekali oleh umi dan abinya...
"Tengok tv lagi best...." fikir aqif dan seboleh-bolehnya aqif tidak mahu memikirkan sangat masalah botaknya itu....
"Nak bersosial di luar?...hmmmm.....malaslahhh...."...kebelakangan ini aqif agak risau dengan penampilan dirinya....
"aqif...aqif...sudahlah dik....jangan difikirkan sangat.."...pujuk umar...umar tahu adiknya aqif resah memikirkan penerimaan saudara mara mereka di penang.... Posted by Umar at Friday, May 27, 2011 4 comments
Cerita dari Facebook
Posted by Umar at Wednesday, May 11, 2011 0 comments
Penenang Jiwa II
Umar : hmmm....pelaburan emas ?....menarik...kena paham nilai emas dulu sebelum terlibat dalam pelaburan emas dan perak nih...(ujar Umar dengan seriusnya).
Aqif : (sambil mengerutkan sedikit dahi)...tapi, akhir-akhir nih pelaburan silver lebih menguntungkan.... Public Gold?...overhead costnya tinggi skit, so harganya mahal skit berbanding Sriayu...harga lebih murah......tapi, itulah long termnya kita tak tahu...(ujar Aqif sambil mengengsotkan sedikit sisi badannya ke kiri, kerana peha kanannya masih terasa sakit kesan dari dicucuk oleh nurse di klinik pagi tadi).
Umar : Tapi..better emas dari silver....lagipun, bank dan Ar-rahnu lebih beratkan emas dari silver.
Aqif : kalau nak bukak akaun emas kat bank..rasenye tak berbaloi sebab spread between buy and sell tu tinggi. Umar : Ha'ah..betul tuh...emas solid nih, kite beli dimana-mana pun tak kisah, asalkan tulen....emas dimana-mana pun orang terima.
Posted by Umar at Wednesday, April 27, 2011 4 comments
Boss jahat....Boss jahat...
Maharaja Lawak disertai banyak nama-nama besar dan hebat dalam arena melawak. Persembahan peserta-pesertanya sangat menghiburkan dan sentiasa mantap dari minggu ke minggu...masing-masing berusaha untuk menjadi yang terbaik dan melawak dengan gaya tersendiri.
Boss jahat...Boss jahat... (ihsan youtube)
Posted by Umar at Saturday, April 23, 2011 0 comments
Penenang Jiwa I
Umar : Umi...boleh tak umar nak bagi kat kawan umar pensil warna nih....Umi : haaa...bagi-bagi...takpe-takpe, umi memang bukak kilang pensil warna...
Aqif : ha...ha...ha...kalau macam tuh...aqif pun nak bagi kain selimut nih kat kawan aqif bila kita pegi klinik ibu/anak nanti ye umi...Umi : haaa...bagi-bagi...takpe-takpe...umi sambil-sambil bukak kilang pensil tu, umi bukak jugak kilang kain...
Aqif : hmmmm...nampok sangat menipunye tuh...Umi : haaaa...cer citer...cer citer....
Posted by Umar at Sunday, April 17, 2011 2 comments
Marah Lagi Keeee ???
Posted by Umar at Thursday, April 14, 2011 0 comments
Memang Marah !!!
Posted by Umar at Friday, April 08, 2011 0 comments
Silap Langkah daaa....
Tapi, betullah orang-orang tua pesan....kalau hati dah rasa tak sedap, baiklah berhenti atau tukar rancangan je....tapi, saya tak buat begitu, saya teruskan juga....akhirnya, sesuatu telah berlaku....tetapi saya taklah rase menyesal sangat pun, cuma rasa terkilan sebab saya bukan orang sebegitu...hehehehhe....if saya dengar cakap husband aritu, mesti takde apa-apa berlaku n hati pun senang....takpelah, perkara dah berlaku...buat bodoh jelah.
Posted by Umar at Thursday, April 07, 2011 0 comments
Umar Budak Rajin
Ni pukul 7am...nak pegi sekolah..pegi sekolah kemas, balik sekolah kusut masai, kasut hitam..kotornye macam orang masuk hutan bakau cari siput...
Umar yang dah tak sabar...nak cepat tapi umi sibuk suruh posing..serius dan komited nak ke sekolah..awal-awal sekolah macam tulah...sekarang nih, nak bangun pun susah...Dulu-dulu masa umi kecik umi selalu mengajar cik adik n cikcu buat keje sekolah...memang selalu diaorang kena cubit n jerit dengan umi....tapi diaorang tak berganjak jugak...tetap teruskan membaca atau mengira....tapi berbeza dengan bong....umi ajar bong, kena marah sikit dah merajuk n menangis, taknak baca dah...lepas tuh, umi malas dah ajar bong...bong pandai sendiri...tapi cik adik n cik cu lebih cemerlang sebab adanya sifat tak putus asa dan rajin tulah....ehhehhehe...
Posted by Umar at Friday, April 01, 2011 0 comments
Ingat - ingat
Posted by Umar at Monday, March 14, 2011 1 comments
Umar Mursyid dan Aqif Rasyid
Aqif skarang pun sedang mengikut jejak langkah abangnya....kena ada kain disisi...tapi, Aqif tak memilih cam abangnya...Aqif asal ada kain je untuk dia pegang....if bagi kain buruk lap kaki pun dia pegang je....tapi, takkanlah umi nak buat camtuh..kain yg Aqif pegang...2 helai sehari...umi selalu tukar...takut kotor...yelah Aqif baby lg...alangkan abang Umar punye selimut pun umi basuh selang sehari.... :)Posted by Umar at Thursday, February 24, 2011 0 comments
Adik Umar
Pada tarikh 31.10.2010, umi naik ambulan dari Hospital Pekan ke Hospital Kuantan sebab nak melahirkan adik Umar. Adik Umar dilahirkan pada pukul 4.42 petang, seberat 3.105 kg.
Eh, nak ambik gambar nih kena muka ke depan ke tepi...maaflah, saya tak berapa biasa bergambar...maklumlah, time ni saya baru nak masuk 1 hari...
Haiii...saya...erm...erm..erm..saya takde nama lagi time nih...saya tengah tunggu abi selesaikan proses nak bawak saya n umi balik rumah...yeeee, nak balik.....
Abang Umar teruja sangat bila saya dah balik rumah....terlampau teruja, abang Umar selalu menonyoh pipi n kepala saya...dia ingat saya ni anak patung ke apa...
Saya dah ada nama dah....Muhammad Aqif Rasyid bin Muhamad Nasir...tido jap, baru lepas mandi pagi, baru best tido...
Saya dah 2 bulan...abi dah bawak kami anak branak ke JB...nih duk bergambar dalam umah kat UTM lah ni...abi dapat umah kolej..umah kecik je, tapi siap dah ade perabot...cuma sofa je yang xde...sepatutnya ada diaorang bagi, tapi abi xnak, nanti ruang tamu jadik sempit....nanti susah pulak saya n abang umar nak berlari-lari...
Aqif yang dah mula menghisap jari...
Pandangan sayu Aqif yang mengharapkan umi mandikan Aqif cepat-cepat...Aqif suke mandi...lepas mandi Aqif tido...
Abang Umar duk main games....balik sekolah terus ngadap games sampai ke petang..skrang semua umi dah sorok...tuh, Aqif duk mengamuk nak mandi...
Saya dan pandai meniarap, saya boleh awal sebab nak cepat besar, boleh main ngan abang Umar saya yang ganas tuh...Aqif dalam proses nak mengamuk balik....bila umi nak mandikan aqif nih... :(Posted by Umar at Monday, February 21, 2011 3 comments




















