Umar dan Khadijah

Malam-malam sebelum raya dan malam-malam selepas raya, umar memang sibuk duk minta bong membukakan games. Umi n abi bagilah umar main games apa-apa yang umar nak buat, sebabnya cuti....cuti sakanlah umar dengan bermain kehulu bermain kehilir....games kehulu games kehilir.

Setiap malam sepanjang kami bercuti di umah nani n tok ayah, umar dibukakan games oleh bong. Peneman setia umar bermain games ialah khadijah....kejap-kejap khadijah p jenguk umar main games....bila umar suke berdekah-dekah, khadijah pun sama-samalah berlakon suke berdekah-dekah....siap baring-baring peluk-peluk umar...kononnya lawak sangatlah...padahal khadijah tak tahu pun apelah yang umar duk suke tu. Bila khadijah nak bangun je, umar suruh khadijah duduk balik, tengok umar main games.

Kadang-kadang abi yang temankan umar main games....tok ayah pun ade temankan umar....umi pun adelah temankan umar kejap-kejap...tapi yang paling banyak temankan umar main games ialah khadijah lah....khadijah teman 5 minit...bila dah boring, 10 minit lepas tu, khadijah keluar....lepas tu, teman balik 5 minit....lepas tu keluar balik....duk kehulu kehilir macam tulah....ehhehehe...sebabnya kadang-kadang umar rasa takut main games sorang-sorang dalam bilik bong...sebab bilik bong...tingkapnya luas....bilik pulak macam kapal lanun yang kena goncang dengan sotong gergasi....tapi, malam raya tu, bong kemaslah jugak bilik, nampak kemaslah jugak....hehehehe.

Petang 1 Syawal

Oleh sebab pak ngah cakap, nanti dia balik ke kl semula, dia tak sempat nak singgah ke rumah nani, maka nani pun memerintahkan semua pergi beraya ke rumah mak mertua pak ngah di Kijal, Terengganu. Petang 1 syawal tu, kami pun bertolak ke rumah mak mertua pak ngah, tetapi naim n family tak ikut sekali sebab diaorang nak balik beraya ke Temerloh, rumah tok n wan naim.

Comel je gambar ni...apelah yang diaorang bertiga duk tengok tuh, sampaikan khadijah terpaksa terjenguk-jenguk. Aina duk sibuk kumpul duit raya, abih segala sampul berisi dan tak berisi pun dia duk pegang. Abang umar pulak beraksi dengan penuh gayanya, macholah konon....hehehhe...

Ni dah time nak balik...tok ayah dan cucu-cucu duk menunggu orang-orang atas rumah menyelesaikan acara bersembang. Yang comelnya, diaorang bertiga mesti duk bertenggek bersama-sama. Cikcu pulak menumpang bergambar bersama sambil menerosokkan sedikit diri ke dinding agar dilihat sedikit kecil dan kurus....hehehehee...Kesian pulak, sebabnya bila kami semua nak balik, aina menangis tak bagi abang umar dan lain-lain balik. Maybe sebab datang ke rumah tok aina pun sekejap je, tapi sempatlah kami semua makan kuih-muih dan nasi hujan panas dengan lauk ayam goreng pedas pak ngah. Insyallah, panjang umur, murah rezeki, kita jumpa lagi ye aina....

Pagi 1 Syawal

Di pagi 1 syawal, ketika masing-masing masih segar berbaju melayu dan berbaju kurung, ditambah pula dengan suasana dan semangat raya yang sedang berada di kemuncaknya, maka bermulalah adegan gambar-bergambar.

Selepas bersiap untuk pergi sembahyang raya, tok ayah dan bong masih sempat berposing ala-ala duit raya penuh poket. Untuk menambahkan rasa meriahnya pagi raya, butang baju melayu bong adalah dikatakan "made in italy" dan bertatahkan "mata serai" (seperti yang digebangkan oleh anak tauke kedai kain Farook..hehehehe), malah diceritakan dengan bangganya oleh bong bahawa dia dapat menawarkan harga yang lebih murah dari harga yang nani beli untuk tok ayah.

Dengan rasa sedikit bengkek dengan anak tauke kedai kain Farook tersebut, nani terus cakap, "Mak cakap dah kat anok farook tu, pandailah dia jual, mata serailah mata pinanglah...seme ade awok tu..jual muroh-muroh sudoh". Namun malangnya, butang baju melayu bong yang diwar-warkan itu tertinggal di kedai tok ayah. Maka, dengan ikhlas hatinya, di pagi raya itu, umi memberikan bong 3 biji butang baju melayu umar yang cuma bertatahkan mata plastik. Itu pun sebab umar cuma perlukan 2 biji butang baju melayu je. Butang baju melayu bermata plastik sesuai untuk budak-budak. Kesian kat bong, tapi macam umar cakaplah...."sembang kuat"....hehehhehe.

Baju melayu untuk anak menantu n cucu-cucu semuanya dijahit oleh tok ayah malam raya tu, kecuali baju melayu pak adik je sebab pak adik hantor ke kedai jahit ayah sedaranya. Tok ayah cakap, tahun depan dia nak bersara dari jahit menjahit dah, tak larat dah tok ayah nak siapkan semua tempahan orang.

Bila tengok gambar bong ngan tok ayah tuh, teringat pulaklah kat gambar ni...

Ni gambar lama, masa tu, umar baru nak masuk 1 bulan, umar dengan bong sama-sama comel n gebu je...ehehhehe. Bong pulak masa nih, baru masuk ting.1 rasenye...

Umar dan naim berposing dengan mood mesra dan riang-ria. Najihah tumpang sekaki dengan memek mukanya yang sentiasa maintain blur. Blur-blur pun, kalau menangis mengalahkan polong di pohon beringin. Mood mesra umar dan naim hanya beberapa minit je sebab mereka berdua lebih kepada mood gaduh sana gaduh sini.

Bila semua dah bersedia dan perut masing-masing pun dah kenyang dengan hidangan pagi raya, bermulalah acara bergambar beramai-ramai. Macam biasa, hidangan pagi raya ialah ketupat nasi, nasi minyak, rendang ayam kampung, opor daging dan acar masak. Itu jelah menu raya tiap-tiap tahun...tak pernah bertukar dari berbelas tahun lepas...asal nak tukar menu je, banyaklah bantahan dari pelbagai sudut pandangan masing-masing.

Semua berbaju kuning, tapi kuning pelbagailah, ikut suka hati masing-masing. Bong komen baju cik adik, ade kuning skit, biru skit, hijau skit, oren skit...boleh pergi mana-mana tema pun...tak susoh nak matching dengan mana-mana rumah yang ada tema raya. Abi n umar baju kuning cair, dalam gambar nampak cam warna putihlah pulak. Yang depan skali tu ekseng je lebih....dia lebih besar dari semua orang (dah tahu besar tapi taknak duk belakang ngan anak beranak dia tu).....heheheheh...umar cakap, umi gemuk, perut umi buncit.

Nih gambar adik beradik bersama mak ayah....tapi sorang tak cukup...pak ngah tak ade, dia beraya di Kijal, Terengganu. Dengan penuh penghayatan, bong melakukan aksi sami duduk bertapa...ehehehhe...cikcu n cikteh seperti biasa, dengan aksi cunnyelah tuh....cik adik pulak, dengan aksi senyum giginye (kononnya, dari segi perspektif dirinya sendiri, dia senyum nampak gigi adalah lebih nampak natural dan cun). Abah n pak uda beraksi seperti tak pernah bergambar 15 tahun lamenye...ehehhehe....nani n tok ayah tetap memaintainkan memek muka yang sama bagi setiap kali gambar diambil.

Tok ayah dan nani bersama dengan cucu-cucu kesayangan. Kalau dengan cucu, cubit sikit pun tak boleh. Nani siap pujuk lagi kalau cucu-cucu menangis kena marah or kena cubit. Dulu dengan anak-anak, takdoklah nani nak pujuk-pujuk, lagi ditambah dengan libasan getah paip adelah....hehehhehe. Getah paip pun getah paiplah, mak ayah tetap kami semua sayang. Abi cakap ayah paling rilek sekali...apa orang cakap pun, dia tak kisah...tapi fanatik dengan politik tu memang tak boleh hilang dah...tiba-tiba dari rilek terus jadi bersemangatlah pulak....kalau orang buat rusuhan ke ape, suke sangatlah tok ayah...terlebih sudahhh...hehehhehe...

Dalam gambar ni, umar tak sempat nak letak tangan kiri atas lutut. Muka umar pun macam kena paksa je, sebab umi suruh umar posing betul-betul n jangan banyak kerenah...hehehehe. Tapi, beraya bersama keluarga memanglah meriah dan suasana raya tu memang betul-betul terasalah. Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami semua...

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin...dari kami sekeluarga.

Hilang Memanjang

Saya mengikuti drama Lost dari season1 hinggalah season terkini yang baru habis ditayangkan di AXN, season5. Yang seronoknya, di stesen tv ABC, sedang giat ditayangkan Lost bagi season6. Saya dah tak sabar nak tengok season6..iaitu season finale...siap last episod dalam season6 tu ada episod The End lagi tu. Setiap season ada berbelas-belas episod, maknanya, betapa gigih dan sabarnya saya menonton kesemua episod tersebut.

Teruk pulak rasa atau memang teruk punnn...eheheheh....bab-bab hiburan ni, manusia (sayalah tu) sentiasalah bersemangat tapi bab-bab agama dan ilmiah selalu jugalah leka dan lalai....bila tengok Tadarus Al-quran di Astro Oasis, tak sampai 15 minit, jari-jari ni selalu je gatal galok nak tekan dan cari channel lain...bila tengok Tanya Ustaz di TV9, tak sampai 15 minit juga, mata nih macam kena siram dengan ubat batuk...rasa mengantuknya memang tak tertahan-tahan.

Tapi, saya tengok jugaklah sampai habis setiap episod Imam Muda (maybe sebab rancangan agama yang dikomersialkan, itu yang menjadi tarikan penonton sekarang kot). Saya suka Imam Muda Hizbur Rahman baca al-quran, suara dan nadanya memang mengingatkan saya dengan Ramadan, bila dengar terus rasa sayu dan hiba. Saya juga suka dengan Imam Muda Asyraf, sebab beliau pandai bercakap dan isinya bernas, perwatakkan dan hala tujunya juga sangat sesuai dengan gelaran Imam Muda yang diperlukan pada zaman yang serba maju sekarang ni.

Saya rasa, drama Lost ni taklah melalaikan sangat. Sebab waktu tayangannya di AXN pun bersesuaian dengan masa rehat. Cuma, biasalah, cerita mat-mat saleh ni, mesti ade selit-selit sikit adegan yang tak senonoh tu, tapi dalam drama Lost ni jaranglah juga adegan sebegitu kerana ceritanya lebih tertumpu kepada menjadikan penonton tertanya-tanya. Saya tak jemu menonton drama Lost kerana jalan ceritanya yang memang superb. Saya suka dengan watak-watak dalam drama tu. Setiap watak sentiasa dikembangkan dan diceritakan dengan baik dan banyak kisah-kisah ironik yang diceritakan dalam drama ini.


Saya harap drama Lost bagi season6 lebih mantap dan let's just hope all the mysteries of Lost will be solved by then. Macam ABC Entertainment President cakaplah, “it is going to be a "highly anticipated and shocking finale".”. President TV mana-mana yang cakap pun tak guna kalau tak tengok sendiri nanti...well...i hope it won’t be a disappointing one...takut nanti semuanya mati n cerita-cerita sebelum ini untuk menukar takdir mereka dan supaya semuanya berjalan seperti biasa adalah sia-sia belaka...who knows?...tapi saya yakin, dengan produsernya yang ramai dan penulis-penulisnya, Jeffrey Lieber, J. J. Abrams dan Damon Lindelof, mereka takkan buat macam tu...ye ke?

Bulan Rahmat dan Berkat

Hari ini 14 Ramadan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan seperti biasa. Cuma kadang-kadang rasa lapar tu lebih sikit...hehehhe....tapi, oklah...dalam pada perut yang semakin membesar dan kaki yang semakin membengkak, boleh jugalah masak tiap-tiap hari. Setakat ni pun, baru 2 kali abi pergi ke bazar Ramadan beli kuih berbuka. Mengandung kali ni, terasa perasanlah juga yang makin rajin memasak dan membuat kuih untuk berbuka...ehehehe...siap berangan-angan nak buat tart nenas dan biskut strawberry hujung minggu depan untuk dibawa balik ke kampung tuhhhh.....berangan jelahhh, tengok jelah nanti menjadi ke tak....hehehehe....

Umar pun puasa ikut suka hati dia je...awal-awal aritu, adelah bangun sahur...sekarang ni dah tak bangun sahur sebab if bangun sahur umar malas nak bangun awal pergi sekolah, sebab dah tidur balik lepas sahur. Jadinya, terpaksalah umar berpuasa sambil minum air. Umar puasa makan je, minum takpe.

Selamat menjalani ibadah puasa....

Umar Koboi...

Umar suke sangat ngan koboi....semalam p wang kelian pun duk cari lagi topi koboi...tapi semuanya saiz besar....abi suh pakai topi sebab panas...ngan umi skali abi suruh pakai topi...umi beli topi bunga-bungalah, abi pakai topi cam orang p mancing ikan, umar pulak tak jumpe topi koboi, pakai adidas cap ayam yang biase tuh je, mula-mula umar nak topi askar komunis, abi tak bagi beli, tunjuk topi askar biase, umar taknak...hehheheh.....kami tiga beranak bertopi time berjalan-jalan kat wang kelian...umi cakap kat abi, kat sini xpelah nak bertopi-topi tapi kat tempat lain maluuuu...hehhehehe....

Citer Justified kat AXN tuh, umar beria nak tengok....umar suke tengok koboi macho....umi tak bagi tengok...sebab citer tuh cam mengade-ngade je eh...tak kena gaya skit tembak....tak dengar cakap skit tembak....tak suke skit tembak....tembak memanjang....kita sesama manusia nih boleh berbincang....nak selesai masalah, bincang jelah dulu...cam citer leverage tuh....bincang-bincang dalam menipu....hehheheh....

Baru nih umi terjumpe games koboi...bagi kat umar main...suke betul umar main games koboi...tembak dan bertumbuk memanjang...umi ajar umar main games tuh 3 minit je...umar dah pandai buat macam-macam....hehehhe....main games cepat je pandai....bile suruh baca buku, macam-macam alasan....umar dah lame bacalah, umar letihlah, umar sakit kakilah, umar ade hinguslah, umar peninglah....macam-macam alasan....tapi, umi paksa jugak umar membaca n mengira....umi jugaklah yang garang....if tak garang nanti tak pandai...abi jugaklah yang baik, sambil gurau-gurau ngan umar, abi suruh umar mengiralah, mengejalah....tapi skit-skit macam tuh bile nak pandai...umi suke ajar banyak-banyak n lame-lame...hehhehehhe....tapi, bile rase umar dah penat, umi berentilah ajar...bagi umar rehat n main-main. umi n abi sentiasa mendoakan umar menjadi anak dan hamba Allah swt yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat...aminnn....

Selamat Hari Bapa

Terima kasih abi sebab sentiasa berusaha untuk menjadi bapa dan suami yang baik untuk umar dan umi.... :) ...umar memang rapat dengan abi...bile umi marah je, mesti umar tanye umi, "bile abi nak balik keje.."....umi nih garang....abi baik....hehhehhehe...abi memanglah tak garang tapi tegas...umi nih garanglah tapi tak tegas langsung...

yelah, abi tuh, kulit umar merah kena gigit nyamuk pun beria-ria nak sapu ubat, padahal umar tuh dah besar....mandi pun masih ngan sabun n syampu anakku....umi dah suruh tukar sabun lain, pakai sabun yang orang tua pakai je...tapi abi taknak, sebab takut kulit anak dia tak sesuai ngan sabun lain....sebab tuh kulit umar gebu ye, abi jaga betul-betul tak bagi kulit anak dia tak elok....hehehehehe...tapi, abi memang rajin bab nak anak kulit cantik, sihat etc...umi tengah mengandung nih pun, abi sibuk nak beli vitamin macam-macam...umi taknak sebab time mengandung umar dulu, abi beli macam-macam vitamin...jenuh nak makan....skrang, umi cuma makan iberet folic je...pastu abi tambah beli susu coklat n air soya je....

Sempena hari bapa, abi bawak p wang kelian....beli mainan kat umar....beli helikopter kecik je....nanti umar besar skit, baru boleh beli helikopter besar....tapi, balik umah...main tak sampai sejam...dah rosak....umi marah lagi, abi diam je....eehheheh....abi baiki helikopter tuh sebab tak bagi umi marah....bolehlah guna jugak....umi cakap kat umar, "nanti semua mainan umar jadi cam dalam citer toys story tuh....semua bangun n marah umar sebab umar suke main mainan ganas-ganas...nanti mainan umar cakap...main elok-elok!".....umar diam je, pastu umar jawab, "umar takde patung woody"....hehheheh....

umi dapat mutiara...umi skarang suke kumpul batu-batu permata...wah, ayat kedengaran seperti orang kayaaaa....kat situ ade orang jual batu permata....cantik-cantik....sebelum beli mesti kena test ori ke tak dulu....nanti beli rugi jeee....tapi taklah mahal mane., siap boleh tawar kaw-kaw tuh..maybe sebab yang cari batu-batu tuh orang-orang burma je....beli sebijik jelah...nak beli banyak biji nanti kena ade duit seguni...bile nak ade duit seguni tuh, kena p rompak bank....slalu orang rompak bank bawak guni je....hehehehe....tringat pulak, aritu umi beli terung bulat 4 biji = RM3...umi call nani n bagitahu, yg terung bulat kat sini mahal....nani cakap, takpelah, kita nak tanam tak reti....diaorg susah-susah tanam n jual pun mujur....hehehhehe....

Oklah, selamat hari bapa, abi....selamat hari bapa juga untuk tok ayah....tok ayah yang banyak berkorban untuk anak-anaknyaa.... :)

Selamat Hari Guru

Walaupun dah lepas seminggu hari guru, tapi bolehlah nak ucap lagi...Selamat Hari Guru...Terima Kasih Guru... :)

Seminggu sebelum hari guru, umar sibuk suh umi sediakan hadiah untuk cikgu n ustaz...esoknya nak sambut hari guru barulah umi p cari hadiah....hadiah-hadiah tuh umar yang pilihkan, tapi konsep hadiah umi yang tentukan...umar cuma pilih je....camtuhlah cara umi nak berjimat...ehehhe. Malam tuh, umi yang bungkuskan dan isikan dalam beg kecil yang cantik n cute...mujurlah umar ade 3 orang cikgu je...hehhehe....pastu umar nak ade makanan ringan skit..umi pun isilah sumi dalam satu bekas besar....bile dah siap, umar senyum lebar je sambil tulis ucapan di kad untuk diletakkan sekali dalam beg kecil tuh...takpelah, asalkan umar suke n bersemangat untuk belajar rajin-rajin...

Umar dan Detektif Conan

Umar nih peminat setia cerita Detektif Conan. umi tak tahulah umar paham ke tak jalan cerita kartun penyiasatan tuh. Kadang-kadang sesambil teman umar tengok cite detektif conan tuh, mesti umi tanye, "umar paham tak dia cakap ape tuh"....."umar paham...dia siasat yang bla...bla..blaa"....oooooo rupenye paham jugaklah umar nih tengok tv cerita-cerita penyiasatan :)

Yang umar paling duk sibuk ialah rambut detektif conan, minat benor umar ngan rambut mencacang ke kanan tuh...umi tengok detektif conan tuh pun serabut, rambut tak kemas langsung. Pesen rambut orang jepun n korea lah paling umi menyampah...macam orang tak sikat rambut, mencacang kiri kanan...kononnye fesyen sangatlah tuh....macam rupe orang tak mandi seminggu adelah, ngan rambut kusut masai...terutamanya artis-artis sane, sukelah rambut pesen 10 hari tak bersikat..mujurlah pakai baju cantik...if dipakaikan baju compang-camping, memang x payah diubahsuai dah, rambut sesuai dengan imej warga lorong....hehhehehe...sorryyy... :)

Kuning dan Kaset

Lambat lagi Ramadhan nak menjenguk, tapi, perasaan Aidilfitri sudah mula berdetik-detuk dalam hati nih. Saya agak, raya tahun ini lebih bermakna dan lebih ceria...sebab tahun nih saya n family beraya di pekan, pahang. Selalu sangat saya berangan, bestnye hari raya nanti...harap-harapnya begitulah...tapi, mak saya selalu cakap, jangan selalu berangan dan berharap...selalunya yang diangan dan diharap tuh tak menjadi....entahlah, Wallahua'lam...Semoga Allah swt memanjangkan umur, memurahkan rezeki, mempermudahkan segala urusan dan kerja yang dilakukan...aminnnn...

Semalam saya call mak saya, saya bagitahu yang tema warna raya tahun nih ialah kuning...tak kisahlah warna kuning apapun, asal nanti, semua ahli keluarga mesti menguning dihari raya pertama...hehehehe...saya dapat bayangkan, mesti adik-adik, mak dan kakak ipar saya semuanya manis je nanti berbaju kurung kuning di raya pertama..tak kisahlah kain kuning berbunga kecil ke berbunga besar ke berjalur lurus ke berjalur lintang ke...asalkan ianya kuning. Berbaju kurung kuning, sambil menghidangkan rendang, ketupat, lemang, opor daging, acar, nasi minyak dan air teh susu untuk santapan keluarga diraya pertama....semuanya nampak manis je dalam angan-angan saya itu...hehehhehehe....Bertambah manis bila si comel Khadijah dan Najihah mengenakan baju kurung kuning berbunga kecil, dan semestinya umar dan abi juga akan nampak manis dan segak memakai baju melayu kuning cair, sedondon 2 beranak....wahhh, perasannye umi nihh....hehehhehe...

Saya juga berangan, maybe 2-3 minggu sebelum raya, saya nak pergi ke kedai kaset dan mencari koleksi lagu-lagu raya nyanyian saloma, p.ramlee, fazidah jonet, sanisah huri, black dog bone, sharifah aini, uji rashid - hail amir dan mnasir. Saya tidak berapa minat dengan lagu-lagu raya moden, dulu, semasa remaja, saya pernah dengar lagu raya dari kumpulan 4U2C..bolehlahh, tapi kurang menusuk jiwa rayanya dalam hati pendengar...sayalah pendengar tuh...Lagu raya moden nyanyian awie-ziana zain dan siti nurhaliza, best jugak...tapi, tidak sesedap lagu-lagu raya lama, yang apabila kita dengar saje, perasaan hebatnya raya itu menusuk secara berkobar-kobar dalam hati kita, terutamanya apabila mendengar lagu raya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.

Jika saya berjaya membeli kaset koleksi lagu raya tersebut, ini bermakna, itu adalah kaset kedua yang pernah saya beli dalam hidup saya buat masa ini. Kaset pertama yang saya beli ialah semasa saya di UTM dulu, saya beli kaset amy mastura...ketika itu, saya sangat minat dengan amy mastura sehingga sanggup membeli kaset album nyanyianya. Saya ini seorang yang sukar untuk membeli kaset, majalah dan buku novel. Tapi, jika ada depan mata, saya pinjam untuk dengar or baca...maybe kawan-kawan saya dulu anggap saya nih seorang yang kuat pinjam...hehehhehhe...tapi, saya rasa saya pinjam pun bukannya sampai buat harta, if saya baca majalah, saya cuma belek-belek saje dan saya kembalikan semula.

Semasa bekerja di Shahputra, saya ada juga meminjam buku novel dari Pn.Sue...saya bawak balik rumah buku novel yang dipinjam, lepas 2-3 hari saya kembalikan kepada Pn.Sue, sebenarnya, saya cuma baca mukasurat 1-3 sahaja dan selebihnya saya hanya membelek-belek tanpa membacanya. Saya cuma sekadar berpura-pura menunjukkan minat kepada novel sahaja....hehehhehehhe...Sebenarnya, dulu, saya kurang membeli sebab tak ada duit...hehhehehhe...tapi, sekarang, duit tuh adelah jugak walaupun tak banyak, saya kurang jugak membeli barang yang tidak perlu dan penting bagi saya...dah biasa kot...Tapi, sebenarnya, kalau erti kata kaset berunsur agama (dulu-dulu kaset agama nih harganya murah je, tak sampai RM10) banyak jugak saya beli, kaset pertama saya beli ialah semasa saya di KUSZA, iaitu kaset nyanyian nasyid dari kanak-kanak, saya hadiahkan kepada adik saya, qayyum dan kakak yang ketika itu berumur 7 dan 9 tahun.

Tapi, sebenar-benarnya, saya rase, perasaan yang paling bermakna dan mencengkam kuat jiwa kita ialah perasaan sayu dan syahdu ketika munculnya bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Subhanallah...

Jiwa Kacau

Mawi nih rupenye releven lagi..pada sayalah...lepas mawi kawin dengan kikin, saya dah tak berapa minat, maybe terikut-ikut (melalui media dan internet)...orang tak suke, saya pun tak sukelah kononn, dulu masa AF3..yeke mawi AF3...saya pun bukannye membilang sangat AF nih, tapi rasenye betul dah, sebab time AF3 dan AF4 je saya suke...AF4 sebab saya suke farhan n velvet...tapi, baru-baru nih saya tengok AF8, rase ok jugaklah...maybe norman kru yang jadik pengetua kot...kru nih kan memang sentiasa melimpah dengan idea-idea untuk mendapatkan perhatian dan minat orang...tapi, maaflah sekarang dah tak minat AF...Raja Lawak pun tengok sikit-sikit sebab suka tengok juri n pengacara je..peserta langsung tak best...hehhehehe...

Saya terfikir yang mawi nih masih releven ialah kerana dari cerita drama di astro baru-baru nih...Jiwa Kacau...cerita yang diilhamkan oleh Mawi nih memang best, walaupun tak berapa mantap...tetapi nyanyian mawi dalam drama Jiwa Kacau nih sangatlah syahdunya...saya terus terfikir, takpelah mawi kawin dengan kikin, dah jodoh mereka...lagipun, baguslah sebab mawi bimbing isteri dia dengan baik, dah pakai tudung, orang anggap baik dahlah kot...hehehhehe...

yelah, kita nih semua hanya orang-orang biase je, tak ade kuasa makrifat apa-apa pun...tak layak untuk menghakimi orang lain...bila dah jodoh n rezeki, kita patut gembira untuk orang tersebut..wahhh, baiklah pulak...hehehhehe...tapi, memang betul, saya kadang-kadang terfikir...kena tanam sifat jangan menyampah bile orang dapat sesuatu, dari sifat menyampah tuh akan menumbuh kepada sifat dengki....kita kena rasa bangga dan gembira bagi pihak orang tersebut...dah rezeki dia..rezeki tuh dari Allah swt...jadiknye, kita tak boleh buat apa-apalah...sesetengah manusia ditakdirkan untuk bahagia or kaya dan sesetengah manusia ditakdikrkan untuk menderita..terimalah takdir kita dan sentiasalah berdoa..wahhhh, macam ustazah takde sijillah pulak...merepek je...kekekkekkee...

Jiwa Kacau memang meruntun jiwa dan perasaan...saya sedih bile tengok anak yang baik, tapi terjebak dengan dadah...sayang, anak tersebut mempunyai ayah dan mak yang sangat baik dan kuat agama....sepanjang menonton, saya asyik menangis je....saya tahulah yang saya nih mudah menangis..tapi, saya menangis hanya bile tengok kisah kekeluargaan, kisah budak-budak yang kasihan nasibnya, orang tua yang menyedihkan..saya tak boleh tengok...tapi kalau perserta AF yang menangis, saya tak nangis pun...menonton kisah-kisah cinta yang sedih dan tragis pun saya kurang menangis jugak...sebab tuh saya tak pernah tengok Nur Kasih...saya tak tahu kenapa semua orang suka Nur Kasih...hehheheheh...

Saya rase, if saya kaya macam Oprah, mesti saya pergi dari rumah ke rumah, saya hulur duit RM500 sebuah rumah...maybe dengan duit tersebut, ade yang dapat bayar hutang yuran skolah...bayar hutang dengan kawan-kawan...buat belanja anak-anak...kalau kaya-rayalah...tapi, manusia nih, bila diuji dengan kaya-raya, nanti sifatnya jadik lainlah pulak..wallahuallamm....nauzubillahhh...

Jiwa kacau dilakonkan oleh Syed Ali sebagai Kamil, saya rase Mawi pilih Syed Ali sebab muka mereka hampir sama...maybe Syed Ali ade iras arwah abangnya kot...Muka Kamil memang menyedihkan...memang terlihat jelas wajah anak yang baik...tapi disebabkan oleh dadah, jiwanya jadi kacau...ayah dan mak kamil sentiasa menderita akibat perlakuan kamil kepada mereka....ayah kamil sentiasa diperli oleh orang kampung...yelah, walaupun kuat agama, disebabkan anak, ayah kamil juga hilang sabar dan selalu bergaduh dengan orang kampung...yelah, anak sendiri selalu diperlekehkan orang kampung, ayah mane yang tak marah...lagipun, Kamil baru keluar dari pusat serenti dan ingin berubah dan diterima masyarakat...tetapi, masyarakat tetap memandang serong terhadap Kamil...siapa yang tak letih...kita berusaha untuk menjadi baik, tetapi tiada sokongan dari masyarakat sekeliling tetapi ditambah dengan caci hina. Jiwa Kamil mencambah kacaunya apabila kekasihnya dipaksa kahwin dengan orang lain iaitu dalam diam adalah pengedar dadah terbesar di kampungnya. Bekas penagih nih, hati mereka rapuh..maka terjebaklah semula Kamil ke kancah dadah atas dorongan 2 malaun iaitu balaci kepada bakal suami kekasih Kamil. Bila dah terjebak dengan dadah semula, Kamil hilang pertimbangan dan sentiasa menyebabkan ayah dan maknya bersedih dengan sikapnya. Tetapi, ayah dan mak mane yang tak sayangkan anak...buruk baik
anak sendiri, kenalah kita terima...macam mak saya selalu cakap....sebab tuh saya sedihhhhhhhhhh...

Saya sedih melihatkan ayah dan mak kamil yang tidak letih membantu kamil...sehinggakan ayah kamil sanggup mencari dadah, kerana tidak tahan melihat penderitaan anaknya menahan gian dadah. Akhirnya, Kamil meninggal kerana terlalu sakit menahan gian dadah. Dalam Jiwa Kacau, Mawi melakonkan watak inspektor polis yang menyiasat kegiatan pengedaran dadah di kampung Kamil dan akhirnye semua yang terlibat dengan pengedaran dadah telah ditangkap dan ditembak oleh Mawi. Bagus jugak Mawi jadi polis, hanya tembak pengedar dadah dan bukan budak....eehhehehhe....

Saya menonton Jiwa Kacau bersama umar...umar pun sedih, maybe umar sedih sebab tengok muka uminye sedih je sepanjang cerita Jiwa Kacau tu..ehehhe..Saya tak suka dengan orang yang sangat suka rasa dirinyelah yang suci dan baik sehingga sanggup mencaci-cerca orang lain...Sebenarnya, sepanjang cerita itu, saya sentiasa teringatkan adik saya, Amir...adik saya ini, nasibnya tidak seperti adik-beradik saya yang lain...muka dan kulit Kamil dalam cerita Jiwa Kacau tuh ade iras-iras juga dengan adik saya. Saya lihat, kuku Kamil pun serupa dengan kuku adik saya tuh, sedih....tapi, adik saya bukannlah penagih dadah seperti cerita tersebut....Nauzubillah...Nauzubillahh...Nauzubillah....Ya Allah, jauhkanlah dari kita semua...aminnnnn....cuma nasib manusia nih berbeza-beza..tapi, dimasa depan, kita semua tak tahu apa nasib kita seterusnya....jadi, kita hanya perlu sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah swt...ayah saya cakap, dalam keluarga, jangan kita memandang remeh adik or abang or kakak kita yang nasibnya agak tidak cemerlang seperti orang lain, mungkin mereka yang boleh diharap berbanding orang lain, maybe yang lain sibuk mengejar kerjaya, tetapi yang tidak sibuk berkerjaya itu membantu menjaga ayah dan mak dihari tua mereka.

aku ade anak sdare yg nkal3...korang adooo????

Tajuk diatas diambil dan dicopy paste dari FB cikcu...nak suke pulak bile tengok tajuk tuh...Betullah tuh, nakal-nakal sungguh diaorang berlima tuh...Nani slalulah "mamuii" ngan budak-budak tuh...tuh cucu tok ayah n nani baru ade lima...insyallah, nanti nak masuk enam pulak...

abang umar n naim duk membotol depan tv..dah letih main dari pagi sampai ke malam....kalau berjumpa mesti duk sibuk pasal cari ikan durilah, ikan puyulah, ikan kelilah...macam-macam...pastu berlari kehulu, berlari kehilir....dah abih cara bermain dah, mulalah bergaduh...yang bersedia nak bangun tuh, khadijah..bersedia untuk membuat onar or mencari tok ayahnye....asal tengok muka tok ayah je...."deegheehh, alan..alan" terjemahannya "degheh (cakap pekan wehh) - cepat, jalan, jalan".......hehehhe...yang duk tercengang tuh...aina, jenis tak duk diam jugak....suka tengok bola ngan abah dia....bile tengok bola, mulut n gaya skali seiring.

Nih najihah, yang takde kat gambar atas...suka mencari-cari dan mengusik-ngusik barang nani untuk dipecahkan....memanglah senyap n solehah je luarannya, tapi tangan merayap merata....
Nih sesi duk cerita sepupu-sepapat umar...nanti citer lain pulak..selamat hari lahir ke-33.. :)

Eidil Khadijah

Sebelum-sebelum nih dah tepek gambar n citer pasal adik-adik sepupu umar - naim, najihah, aina. Tapi, yang sorang nih tak pernah citer pun. Pasal behday baru nih je baru inteprem gambar khadijah. Khadijah nih pandai, yelah anak cikgu n doktor (wah..puji anak sdare sendirilah pulak, orang baca pun meluat..ekekekeke)...Yelah, aritu umar, umi n abi balik pahang untuk raya haji n time tu khadijah umur 8 bulan kot. Adalah skali tuh, lepas kitaorang buat kenduri korban, Bong buat lawak ngan menari shuffle. umi berialah suka n time tuh tengah dukung khadijah. Pastu dah tak kelakar, semua diam jelah n sembang-sembang je...tetiba khadijah sorang duk buat-buat suka kuat-kuat sebab nak suruh orang semua suka-suka lagi. Lawak betul time tuh.
Baru-baru nih pulak, time yang umar, umi n abi balik pahang sebab pasal tanah-manah (ikut suka je nih)...ada petang ape ntah, umi marah umar sebab duk pukul naim, geram betul umi time tuh, pastu umar nangis n tok ayah yang tengah dukung khadijah ambik umar n pujuk sambil duk atas kusi. Kusi tok ayah n khadijah mengadap kusi umar. Khadijah pandai pujuk abang umar dia. Mula-mula abang umar nangis, tok ayah duk pujuk-pujuk n Khadijah pun buat-buat nangis (memang nampak cam menangis mengada-ngada..ehehehe). Pastu tok ayah cakap khadijah nangis kalau abang umar nangis, abang umar pun suka, khadijah pun suka, pastu khadijah duk buat suka-suka sebab nak suruh abang umar ikut dia suka. Klakar time tuh...tapi, umi geramlah sebab umar suka sangat pukul naim, memanglah naim tuh nakal skit, tapi janganlah duk pukul dia. Tapi, skrang abang umar macam dah pandai, maybe sebab dah besar n dah jarang sangat kena marah, sekolah pun takde masalah dah (sebab umi tiap-tiap hari janji ambik awal, pukul 1 dah ambik dah), belajar pun dah rajin sebab petang-petang umi ajar membaca n mengira(tambah n tolak). Kadang-kadang umar yang ajak umi ajar umar buat keje skolah, tak payah susah-susah umi nak paksa umar belajar dah. Alhamdulillah...syukur sangat pada Allah swt.

Inilah si comel khadijah...

Lawaknye lagi, cik teh aka mummy, suka sangat jadik pengasuh khadijah. Tapi, time cik teh nak kiss-kiss khadijah, mesti khadijah buat-buat nak pukul, kiss ngan orang lain takpe pulak...hehehhe...abang umar selalu cakap, "umi...umar nak adik...umar nak adik 3 orang...umar nak 3 baby laki."..fuhhhh, umi nak p cari mane 3 baby lelaki tuh...ehehehheh...abang umar nih diskriminasi jantina skit, "umar, kalau baby nanti pompuan cam baby eidil khadijah, boleh tak?", umi saje je nak tengok ape reaksi umar...."hmmm...bolehlah..."..asal sebut nama khadijah je, abang umar boleh tahanlah skit....jangan nama budak perempuan lain, abang umar tak suka....hehehhehhe....

Behday beramai-ramai

Bukan saja bersunat boleh dibuat beramai-ramai, behday pun biasa orang buat beramai-ramai juga. Aritu balik pahang jap sebab ada hal n kebetulan sampai je pagi tuh hari behday khadijah n bong. Jadinya kami semua bersepakat nak buat behday beramai-ramai. Meriah jugaklah petang tuh. Meriah dengan karenah umar, naim, najihah dan khadijah. Aina tak sampai lagi sebab pak ngah n cik ngah balik ke kemaman dulu n bila nak balik KL baru singgah ke pekan.

Semua pakat nak tengok kek. Abang umar cuma nak cek nama dia ada ke tak. If tak ada nahaslah cik adik kena marah ngan abang umar.

Nih kek yang dibeli secara tiba-tiba di sikret resepi.

Khadijah yang perasan comel sedang meninjau sebahagian hidangan ringan dan menunggu geng-gengnya yang duk bersiap. Kelihatan naim masih tidak memakai seluar dan abang umar sedang melipat kaki seluarnya, abang umar sudah pandai bersemat. Cikcu cakap, abang umar bergaya sangat macam nak p kelab dangdut. Baru-baru nih, abang umar meminta abinya membelikan tie dan baju susu (baju kemeja warna putih susu). Kadang-kadang, pakai baju main (baju gambar robot n seluar pendek yang dibeli dipasar malam) pun abang umar akan kenakan dengan tali pinggang. Punyelah nak bergaya.

Abang umar dan naim membuat aksi galok sebelum acara dimulakan. Abang umar sebenarnye ingin menunjukkan stail rambut leper. Aritu sibuk ngan stail rambut ditektif konan, tapi sebab abi dah bawak p potong rambut skit (abi tak berani nak botakkan, takut nanti balik umah umar mengamuk, susahlah pulak if umar suruh abi sambung smula rambut dia), yelah, panjang-panjang sangat pun susah jugak musim-musim panas nih. Rambut dah pendek, abang umar pandai buat stail rambut leper pulak. Nasib baik abang umar pandai buat gaya-gaya rambut. If nak gaya avatar, susahlah pulak umi nak kena lukis anak panah atas kepala.

Acara meniup lilin pun bermula, dan berlakulah adegan sepak-menyepak dari abang umar ke naim. Abang umar marah naim sebab naim tak ikut arahan, naim tiup semua lilin, abih semua orang tak dapat tiup. Kesian naim. Terpaksalah lilin dinyalakan semula dan semua gigih meniup lilin masing-masing. Yang paling comel si khadijah yang bersusah-payah meniup lilin walaupun dibantu oleh bong. Manakala yang paling low profile, si najihah yang tidak meniup lilin langsung, sekadar melihat sahaja.

Sebelum makan-makan bermula, semua kena bergambar dengan tok ayah n nani dulu.

Selepas semua dah selesai, barulah acara membuka hadiah masing-masing.

Jawab Tag dari en.pangsenam

Malam semalam saya termimpikan isteri en.pangsenam, pn.sue...hehehhe..saya mimpi, saya n pn.sue p satu tempat, macam pasar malam gitulah...saya dan pn.sue cari barang nak beli...tapi lambat sangat nak jumpe kedai jual barang yang kami nak beli tuh...tapi saya tak tahu nak beli ape....dengan En.Rezal (ahli kajian) pun termasuk dalam mimpi saya n dia jadik jurujual..En.Rezal cakap dia n family dia sebenarnya buat part time berniaga kain baju n barang hiasan wanita. Tiba-tibalah pulak En.Rezal jadik peniaga dalam mimpi saya...hehehheh....Saya n pn. sue cari baju, cari sepit rambut, cari skaf rambut dan macam-macamlah...tapi tak berkenan...pastu saya n pn.sue, jumpe kedai makcik tua...saya pilih kain batik n baju kelawar beberapa helai. Pastu, saya terjaga...pasai dah dah subuh...tak sempat nak bayar kat makcik dalam mimpi tuh...hehehhehe...

Kenapa ye, asal mimpi pn.sue je...mesti mimpi p beli barang.....hehhehee...hanya saya n pn.sue je yang tahu...dulu-dulu kami selalu keliling bandor kuantan, angkut barang sampai melelas-lelas tangan...hehehhehhe...hal-hal yang berkaitan sebab apa kami selalu angkut barang tuh, cuma kami berdua jelah yang tahu...tapi yang pasti, kami berdua bukan keje part time angkat barang masuk dalam lori ye.

Ok, abih dah melalut, saya nak jawab tag yang diamanahkan oleh en.pangsenam kepada saya....hehehhehe...

1. Where is your cell phones?
Ape punye soalan daa....ape sebab tanye kat mane hphone..ade kaitan ngan soalan-soalan seterusnya ke?..xpelah, jawab jelah, hphone tengah cas kat atas meja.
2. Relationships?
Umi-Umar, Umi-Abi, Umi-family umi, Umi-family abi dan seterusnya
3. Your hair?
pakai tudung...mane boleh citer pasal rambut..aurattt...dalam bahasa pekannya, "ooorattt"
4. Works?
Ya. hari-hari kerja siram pokok. if tak nanti pokok mati pulak musim-musim panas nih.
5. Your sisters?
Ada 3 orang. Adik beradik dibahagi sama rata. 4 lelaki dan 4 perempuan.
6. Your favorite thing?
Tengok TV dan baca forum isu semasa.
7. Your dream last night?
Semalam mimpi pasal p beli barang ngan pn.sue
8. Your favorite drinks?
Milo suam dan teh tarik
9. Your dream car?
Kete lepad n beria (hanya diriku yang paham)....heehhehhe....
10. Your shoes?
Kasut xde, sandal selipar je yang ade.
11. Your fears?
Takut masuk neraka...Ya Allah...
12. What do you want to be 10 years?
10 tahun lagi baru umur 43 tahun...taklah tua sangat lagi, maybe badan pun sihat lagi..banyak cita-cita tapi salah satu cita-cita dalam 40an tuh dah ke Mekah etc.
13. Who did you hang out with last weekend?
Duk umah berehat, pasai badan tak berapa sihat
14. What are you not good at?
Mencangkul tanah, menebas pokok dan memutar skru dengan screwdriver
15. One of your wish list item?
Jadi orang pandai..hehehheheh
16. Where you grew up?
Pekan, Pahang...orang pekan wehhh....duk kampung ketapang tengah...tapi bukan ketapang jati..hehehhehe..berlagaklah orang ketapang tengah...dulu-dulu, if ade silap je, ade jelah datang umah, datang tuduh adik i bla..bla..bla..cakap family i bukan orang ketapanglah ape lah, xde sedara maralah...blah lahhh...mentang-mentang dulu kitaorang orang miskin, orang kampung pandang hujung mata je...manusia...manusia...tapi, bile dah berjaya, mula terhegeh-hegeh duk bertanya...hampehhhh...
17. Last thing you did?
Makan nasi dengan kuah ikan singgang..lamenye tak makan ikan singgang...perrrggghhhh...sedap wehhh...
18. What are you wearing?
Baju T-Shirt n kain batik
19. What aren't you wearing?
pakaian yang tak menutup aurat
20. Your pet?
Anak musang...tapi dah mati...
21. Your computer?
Kat umah ada 2 notebook. Dua-dua bukan saya punye, semua guna duit grant...hehehhehe...
22. Your life?
Cam nih jelah..hehhehe...
23. Missing?
Citer supernatural n Merlin dah abih...kena tunggu musim akan datang pulak
24. What are you thinking about right now?
Kalau fikir-fikir, apa motif soalan-soalan tag nih...if cam dah jawab n ade bagitahu, orang nih jenis A, orang nih jenis B..bestlah jugak...hehheheh
25. Your car?
Kereta kecil bersentimental value padaku...
26. Your kitchen?
Sentiasa dilap selepas memasak, walaupun lepas masak air.
27. Your favorite colour?
semua jenis warna...tapi paling tak boleh tengok, warna coklat...
28. Last time you laughed?
Baca komen qayyum, adik i ler, kat facebook tadi
29. Last time you cried?
Entah, tak ingat...tapi baru-baru nihlah, time tengok citer ape ntah..
30. Love?
Love semua
31. So who want to share their ones? How about?
Mamahakim (amirulhakim), imluvka (4 love diamond) and missyaimi (miszaimi)
Ok, dah siap en.pangsenam...TQ kerana sudi memilih saya menjawab tag diatas....hehehhehe...

Dah habis

Sebelum nak meraung ke..nak melalak ke......sapu habuk dulu...fuhh...fuhh...fuhhhhhhhh.... banyak betul habuk blog nihh...habuk jelah....mujur sawang tak naik lagi. Haa...baru boleh meraung...waaaaaa....hehhee...meraung skit-skit dahlah...meraung cara sopan dan ala-ala ibu solehah gitu.....banyaklah solehahnyeee...heheheh...citer Supernatural dah abih semalam (dah abih ke?..sebab saya nih selalu je salah sangka...maybe jarang tengok halaman intisari rancangan kat suratkabar --> alasan tak berkaitan)

Tapi mujurlah citer LOST sudah bermula...kuang...kuang...kuang...cerita yang dinanti-nanti. Cerita nih memang best giler...biar meleret-leret pun, tapi yang penting isi cerita best. Umar n abi tak suke cite LOST nih. Abi cakap cite ntah apa-apa, tak paham. Citer yang banyak episod nih, Abi cuma suka citer CSI, Criminal Mind n Leverage. Umar pulak minat sangat kat Ditektif Conan. Bangun pagi aritu, Umar duk sembang ngan abi, "Abi...umar taknak gunting rambut. Umar nak rambut cam Tetaktif Konan tu". Amboi, kecik-kecik dah pandai nak rambut berpesen-pesen.

Tahniah En. Beng

Tahniah buat En. Beng aka kambeng aka Abu Garcia aka En. Shafizan (pemberi komen yang setia dia ruangan chat eeewwwooo nih). Ini kerana En.Beng telah selamat menjadi suami kepada isterinya pada 9hb baru-baru ini. Maaf banyak-banyak sebab tak dapat hadir kerana faktor kejauhan. Tahniah sekali lagi dari saya, suami dan Umar. Semoga En.Beng suami isteri bahagia dunia dan akhirat. Semoga cepat-cepat jadik papa dan mama ye...dan Semoga sentiasa aman sentosa dan berkekalan selamanya....aminn....

Saya dan PehBuk

Tengahari tadi saya dah mula gune pehbuk (facebook). Saya guna sebab ramai orang bising-bising duk guna pehbuk tuh. Tadi saya add saidah, miza, amy, intan dan shada. pastu saya search lagi dan saya add Nik, Iqbal, Normie, Yamato (Sa) dan ade beberapa lagi orang yang saya tak kenal. diaorang request suruh add, saya add ler, tapi pastu saya delete. Jahat ke?...tak jahatlah sebab yang saya tak kenal n tuh cuma tukang iklan masuk skim kaya raya nih. Bagi RM10 jadik RM10k. Mane ade. Sudah-sudahlah....duit tuh hang pusing-pusing je.

Best jugak pehbuk nih, ramai kawan lama-lama saya boleh tengok pics. Tetiba teringat pulak zaman sekolah rendah, menengah, KUSZA dan UTM. Kawan seKUSZA saya dulu, banyaklah pulak letak pics lame-lame. Kelakor pun ade bile tengok pics tuh. Saya dulu ahli geng Mazura Mislan. Ahli geng Mazura Mislan terdiri dari orang kanannya, Rafeah Yahya, orang tetapnya saya, nora dan cikna, serta orang sekali sekala join, mekzie dan ciknah. Geng Mazura Mislan ini sememangnya low profile. Sebagai ketua geng, Mazura Mislan hanya memakai tudung hitam sahaja dan sekali sekala memakai tudung putih. Sebagai geng yang low profile, maka banyaklah pics kami yang hanya membatu sahaja dan tidak seperti kawan-kawan yang lain, yang mempamerkan pelbagai aksi lucu, gembira, terlebih excited, ayu (hanya mamahakim sahaja) dan sebagainya. Kelakar tengok gelagat zaman-zaman muda dulu. Nantilah saya citer lain pasal kawan-kawan di KUSZA. Saya juga akan tunjukkan pics kawan sekusza yang duk di UniMAP bersama dengan saya sekarang. Siapa orangnya....tungggu....hehhehehe

Hilang Di Penang Muncul Di Pudu (Akhir)

4 orang polis wanita yang tadinya telah tekun menonton adegan cemas saya di telefon, tanpa berlengah terus menulis laporan di komputer yang tengah. Terdapat 3 buah komputer di meja kaunter itu. Tiba-tiba telefon balai berdering. Sarjan penyiasat ingin bercakap dengan saya. Saya perlu menceritakan sekali lagi kepada Sarjan penyiasat itu dan saya rasakan mulut saya berbuih-buih dek duk bercerita cerita yang sama dari tadi.

Selang beberapa minit, Sarjan penyiasat itu turun dan berjumpa dengan saya dan suami. Sarjan itu sedikit berumur dan rendah orangnya. Kelihatanya, dia adalah seorang yang sangat berpengalaman dalam dunia polis-memolis ini. Sarjan penyiasat memberitahu polis bawahannya supaya menulis laporan dengan cepat. Sesambil itu saya berfikir, kerja polis memang sukar kerana perlu mendengar cerita berulang kali dan membuat analisis dari apa yang kita cerita. Dari semudah-mudah analisis kepada sesusah-susah analisis. Polis yang berpengalaman seperti Sarjan itu dengan mudahnya membuat analisis secara rambang kepada saya dan suami. Sarjan tersebut syak yang T berada dibawah pengaruh kawan iaitu Zila. Namun, Sarjan tersebut faham, tindakan perlu diambil kerana dikhuatiri mereka benar-benar diculik. Sarjan meminta keterangan diri bagi Zila dan T, baju mereka pakai dan gambar. Saya meminta bapa saudara memberikan apa yang dikehendaki kerana dari tadi saya hanya bercakap dengan T di telefon sahaja. Tidaklah pula saya tahu dia pakai baju dan seluar warna apa. Maklumat tentang No.IC, pakaian yang dipakai, ketinggian dan warna kulit T dan Zila telah disms oleh kakak T kepada saya. Gambar mereka juga telah dismskan juga kepada saya.

Sarjan memerlukan gambar mereka dicetak dan diberikan kepadanya. Disuruhnya suami saya mencari kedai gambar yang berdekatan untuk mencetak gambar tersebut. Kebetulan, disebelah kami, dua orang lelaki cina sedang membuat aduan berkenaan dengan kehilangan motorsikalnya yang baru dibeli 2 bulan. Dua lelaki cina itu adalah peniaga kedai gambar. Dibawanya suami saya ke kedainya. Saya dan Umar ditinggalkan di balai polis bagi menunggu tindakan polis yang seterusnya. Saya fikir, tentu susah untuk mencari T dan Zila. Saya fikir lagi, mungkin malam ini, mereka akan menjadi habuan lelaki-lelaki bertopeng syaitan. Saya masih berfikir, tentunya sesudah menjadi habuan lelaki-lelaki jahat, mereka akan diasuh menjadi pelacur. Saya makin meleret-leret berfikir, mungkin mereka akan bekerja di lorong-lorong belakang bangunan, menghisap rokok sambil menunggu pelanggan. Ya Allah, takutnya saya dengan fikiran-fikiran saya ketika itu.

Tetapi, yang peliknya, ketika perkara itu berlangsung, saya langsung tidak menangis. Saya hanya terpinga-pinga dan termenung. Selalu-lalunya, saya ini amat mudah menangis. Ketika saya di UTM dulu, saya telah melihat satu gambar di majalah. Majalah tersebut telah dibeli oleh rakan serumah saya, Zura. Selepas melihat gambar tersebut, saya menangis. Dan bila teringatkan gambar tersebut, saya menangis lagi. Selama seminggu, tiap-tiap malam sebelum tidur, saya mesti menangis perlahan-lahan kerana teringatkan gambar tersebut. Gambar yang membuatkan saya sedih ketika itu, ialah gambar sepasang adik beradik. Saya agak, si kakak berumur dalam lingkungan 6 tahun dan adiknya berumur 3. Mereka sedang bekerja mengangkat batu-bata di kawasan pembinaan. Diumur yang terlalu muda, mereka telah bekerja dan tangan mereka disaluti debu bata. Saya fikir, mereka adalah anak yang terbiar di India dan terpaksa mencari wang untuk hidup. Sungguh sedih dan kasihan. Ketika melihat gambar tersebut, saya asyik teringatkan adik lelaki saya, Qayyum dan adik perempuan saya, Kakak. Ini kerana, ketika saya di UTM itu, mereka dalam lingkungan umur sebegitu.

Namun begitu, kisah T dan Zila ini, langsung tidak membuatkan saya terasa hendak menangis. Saya terasa hendak menenyeh kepala mereka berdua adalah. Setelah ditenyeh kepala, saya akan menyekupkan kepala mereka dengan baldi. Namun, itu hanya angan-angan saya sahaja. Saya juga suka berangan yang saya ini kuat, pandai silat, taekwando dan kungfu. Berangan menjadi kaya-raya memang selalulah juga saya buat.

Ketika menunggu suami mendapatkan gambar T dan Zila. Sarjan itu telah diberitahu yang ayah saudara saya di Pahang juga telah membuat laporan polis tentang kehilangan anaknya. Maka dengan segera, Sarjan penyiasat telah mengarahkan saya mengikutnya ke biliknya, bagi memberikan keterangan dengan lebih terperinci. Saya dan Umar telah dibawa ke bangunan di belakang balai dan naik ke tingkat 2. Bangunan itu agak uzur. Di tingkat 2, terdapat banyak pintu bagi bilik-bilik penyiasat polis atau Inspektor. Di luar dinding bilik, saya lihat banyak gambar penjenayah ditampal. Saya fikir, kalau saya terserempak dengan penjenayah tersebut, atau siap bersembang dua tiga jam pun, mesti saya tidak kenal. Ini kerana, gambar yang ditampal itu, sangat senget-benget hidungnya, telinganya dan matanya. Cuma tidaklah seteruk lukisan Picasso. Bilik Sarjan itu terletak dihujung lorong. Sarjan itu sempat memberitahu yang biliknya tiada aircon dan kecil. Wah, adakah saya kelihatan seperti orang kaya yang membuatkan Sarjan tersebut mengeluarkan kenyataan tersebut. Atau mungkin, saya, suami dan termasuk Umar kelihatan educated?. Namun, itu cuma perasaan saya yang perasan. Sebenarnya, awal-awal masuk, Umar dengan selambanya berkata, “Umi....panas....Umar nak kipas, bilik tok ann nih buruk (Tok ann tu Tok Wan, Umar susah nak sebut Tok Wan)”. Serta-merta saya menekupkan mulut Umar seperti penjenayah hendak menculik budak. Sarjan itu Cuma senyum dan berkata, “Alaaa....biarlah, budak-budak memang macam tu..”. Sedikit lega saya rasa.

Tetapi Umar kelihatan amat tidak selesa ketika saya disoalsiasat oleh Sarjan tersebut. Umar membuat banyak ragam, “Umi.....Umar letihhhh nih, Umar nak tido....Umar dahaga nih, Umar nak air...Mana abi?, Umar nak p kat abi..”. Namun saya dan Sarjan tetap meneruskan sesi soal selidik. Akhir sekali, saya pula bersoal jawab dengan Sarjan tersebut, “Tuan Sarjan, susah ke nak cari mereka berdua nih?. Agak-agak boleh jumpa ke?”. Sarjan itu senyum lagi dan berkata, “Dalam 2 ke 3 minggu, mereka akan balik...”. Saya agak terkejut dengan jawapan Sarjan itu. Sarjan menyambung lagi, “ Ini kerana, ada 2 keadaan bila melibatkan kes makcik-makcik nih. Pertama, makcik-makcik nih terdiri dari driver van kilang yang kerja sampingannya mencari budak-budak untuk bekerja di kilang. Satu kepala dalam RM60 keatas. Bila mereka dah dapat mangsa, mereka tak akan lepaskan sebab mangsa sendiri yang bercerita hendak mencari kerja. Maka mereka seboleh-boleh akan pegang mereka untuk didaftarkan di kilang yang memerlukan pekerja setia. Kedua, makcik-makcik yang memang kerjanya mencari budak untuk bekerja di kilang. Mereka sanggup masuk ke kampung-kampung untuk mencari orang muda untuk bekerja di kilang. Kilang sukakan pekerja luar dan bukan pekerja yang asalnya dari Pulau Pinang. Ini kerana, pekerja yang berasal luar dari Pulau Pinang amat setia dan bekerja lama di kilang mereka, tetapi pekerja yang asal dari Pulau Pinang, suka bertukar kerja dan tidak setia”. Sarjan tersebut menambah lagi, “Tetapi, ini kali pertama kes yang melibatkan orang Pahang. Selalunya kes budak hilang yang asal dari hulu-hulu Kedah”. Apabila Sarjan tersebut memberikan keterangan sebegitu, saya merasa amat mudah untuk bernafas.

Akhir sekali, Sarjan itu berkata, “Kalau saya kata, ayah T itu seorang yang tidak bertanggungjawab..Puan marah tak?..kerana membiarkan anaknya”. Saya menjawab dengan penuh hemah, “Tuan Sarjan, saya tak marah, tapi, ayah saudara saya itu sangat baik orangnya. Dia ustaz. Bercakap dengan anak-anak pun dengan suara yang lembut. Mungkin terlalu manjakan anak kot”. Sarjan menganggukkan kepala tanda setuju. Seketika kemudian, suami sampai ke bilik Sarjan dan memberikan gambar T dan Zila. Lebih kurang 5 minit, kami dibenarkan pulang oleh Sarjan dan menasihatkan saya dan suami agar tidak terlalu risau. Saya dan suami agak yakin dengan Sarjan tersebut, kerana pada hemat kami Sarjan itu kelihatannya sangat berpengalaman.

Kami bertiga dengan gembiranya menuju ke kereta. Lega kerana tugas kami telah selesai dan gembira dengan keterangan Sarjan itu. Ketika saya hendak masuk ke dalam kereta. T telah menelefon saya, “Kak Noni, saya dan Zila kat Pudu sekarang nih”. Saya terkejut, “Haaaa...kat Pudu?..Betul ke...ke kat Juru?..”. T menegaskan yang mereka sekarang di Pudu. Saya tidak percaya dan meminta untuk bercakap dengan Zila, “Zila, betul ke Zila skrang kat Pudu?”. Zila menjawab dengan sedikit suara termengah-mengah, “Ha’ah kak noni, kami kat Pudu. Skrang kami tengah larikan diri dari makcik tu”. Saya yang tadinya amat sangsi terus percaya apabila mendengarkan perkataan makcik, “Zila, cepat lari...bawak T lari sama....lari jauh-jauh dan minta tolong dengan orang sekeliling di Pudu tuh”. Saya cemas. Zila menjawab dengan suara sedikit gementar “Tak tahu nak minta tolong siapa kak noni, kat sini sunyi, tak ramai orang”. Saya risau, “Takpe, zila lari...dan tolong cari orang yang zila rasa orang tuh boleh dipercayai”. Zila memberitahu saya yang tiada orang. Saya hairan, macamana boleh tak ada orang. Pudu tuh tempatnya sentiasa ramai orang, lagipun baru pukul 9.30 malam.

Saya sedikit bersuara keras kepada Zila, “Takkan takde orang, cubalah cari”. Zila terkedu dan berkata, “Haa...nih T sedang cakap dengan orang lelaki nih”. Saya arahkan Zila memberikan telefon kepada T, “T, tolong bagi handset tuh pada orang lelaki tuh”. T bersuara kehairanan, “Nak bagi handset, kenape?”. Saya sedikit memujuk, “Takpe, T bagi je handset tuh kat lelaki tuh”. Saya terpaksa percayakan orang yang tidak dikenali buat kali ini dari percayakan mereka berdua itu. T memberikan handsetnye kepada lelaki yang tidak dikenali itu, “Encik, betul ke tempat yang encik duduk tuh Pudu?”. Lelaki tersebut menjawab, “Ya, ini memang Pudu”. Saya memberi arahan dengan lancar kepada lelaki itu, “Encik, boleh tak encik tolong saya, tolong bawak 2 orang budak perempuan tuh ke pondok polis di Pudu tu. Ini kerana mereka telah dibuat laporan polis tentang kehilangan mereka ”. Suara lelaki itu kedengaran sedikit cemas, “Mereka berdua nih tahu ke?”. Saya menjawab dengan penuh yakin,”Saya rasa mereka tak tahu, tapi sekarang, boleh tak encik tolong bawakan mereka ke pondok polisi berdekatan. Terima kasih banyak-banyak encik”. Telefon dimatikan.

Suami tidak berpuas hati kerana merasakan mereka berdua sedang berlakon-lakon dengan jayanya. Suami syak yang Zila merupakan dalang kepada cerita ini. Ini kerana, umur Zila sudah 24 tahun. Awalnya, kami fikir yang T dan Zila adalah sebaya. Tetapi, setelah suami melihatkan no. IC Zila, dia terkejut dan membuat pelbagai andaian. Kami sudah tidak percayakan T dan Zila. Untuk memastikan tiada lakonan lagi dari mereka berdua, suami menelefon T semula, “T, sekarang T kat mane?”. T menjawab, “Saya kat pondok polis”. Suami pula memberi arahannya, “T tolong bagi handset pada polis kat T tuh”. Suami bersuara lagi, “Tuan, betul ke ini pondok polis Pudu?”. Setelah yakin dengan jawapan polis di Pudu itu dan yakin keadaan telah selamat. Suami perlu masuk ke balai polis semula dan memberitahukan perkara tersebut kepada Sarjan dan polis terlibat.

Tiba-tiba Umar bersuara, “Umi....abi nak p mana pulak tuh. Tadi umi dah sembang lama dah ngan Tok ann tuh...nih abi pulak nak sembang lama-lama. Umar nih dah letih..”. Saya memujuk Umar sambil mengurut dadanya, “Sabar ye sayang, kejap je abi pegi jumpe polis tuh. Umar lapar ye. Sabar ye”. Umar menghentak kakinya, “Umar bukan lapar...Umar dahaga..Umar nak air”. Kesian Umar. Sepanjang kami sibuk menguruskan kes T dan Zila, Umar diabaikan. Lebih kurang 15 minit, suami masuk kedalam kereta dan Umar terus mengadu kepada abinya, “Abi...Umar nak air...Umar dahaga nih...Abi asyik sembang je..”. Abi pujuk Umar dan terus membawa kereta ke stesen minyak. Di stesen minyak, abi beli roti dan air.

Setelah Umar sedikit tenang, saya dan suami mula berbincang dengan perkara yang telah terjadi pada hari itu. Suami memberitahu yang T dan Zila telah selamat berada di balai polis dan sedang menunggu ayah saudara saya mengambil mereka berdua. Saya dan suami sangat sangsi,bagaimana dengan cepatnya mereka boleh berada di Pudu?. Katanya dibawa masuk ke kereta di jeti pulau, tiba-tiba boleh muncul di Pudu dalam tempoh tidak sampai 4 jam. Suami bersuara dengan sedikit tegas, "Kalau sayalah ayah T, jumpa je diaorang kat balai polis tu nanti, siap lah kena pelempang kiri kanan". Saya hanya diam sahaja. Walaupun saya dan suami ditinggalkan dalam keadaan curiga, tetapi kami bersyukur kerana T dan Zila telah selamat. Semestinya, sesampai di rumah mak mertua, saya dan suami sekali lagi berbuih mulut bercerita perkara yang sama kepada mak mertua dan adik ipar. Selang 30 minit, mak saya juga menelefon saya, ini kerana mak saya sebagai wartawan yang berhemah, dia perlu membuat kesimpulan kepada cerita yang penuh misteri ini. Mak saya membuat kesimpulan yang tergantung juga, “Aku pelik sungguh dengan budok berdua tuh, macamane yang boleh tiba-tiba duk terkuyung-kayang di Pudu tuh pulak. Ada ilmu terbang ke?”. Saya hanya ketawa sahaja dan berkata, "Hilang di Penang, muncul di Pudu".

Sekian, tamat.

kuang...kuang...kuang...kuang....