Maharaja Lawak

Nih, baru nak cerita walaupun semua dah tahu....Sepah dah jadi juara Maharaja Lawak..memang dah agak yang antara kumpulan Jozan n Sepah je bersaing hebat...Nabil n Jambu dari minggu ke minggu makin kering idea dan lawak tuh tahap ketawa biasa-biasa je. Sepah dari minggu ke minggu sangat menyengat lawaknya...rasanya, kedudukan Sepah mencacak tingginya dari kumpulan lain bermula dari persembahan "Manisnya Kurma iniiii....".

yang kiri : typical posing bagi pelawak profesional, tak over aksi...takdelah duk berhempas pulas berposing jelir lidah sambil menjulingkan mata, supaya nampak lawak-selawaknya, dizaman 80an, memang sangat lawak tetapi tidak dizaman sekarang....posing macam nih dah ok dah...orang tengok pun dah senyum dah....
yang tengah : berposing ala-ala model terlalu macho sambil tayang badan berketak-ketak n pakai spender je....
yang kanan : berposing macam dah biasa sangat dengan kamera...tak kekok dan tak kaku...biasa dan rilek je...tak nampak jakun langsung..
(Gambar ihsan google)


Jozan setiap minggu menampilkan lawak yang memang sangat-sangat lawak....tapi, hampanya....di final....Jozan mempersembahkan lawak yang tak berapa nak jadi.....tapi, tak apelah...masing-masing dah kaya...masing-masing menang duit besar....hehhehe....Jambu time final tu pun ok jugak...yang penyamun kira wang emas tuh....Sebenarnya, yang bertanding dari awal hingga akhir Maharaja Lawak nih, memang lawak-lawaklah....tapi, hasilnya...yang cemerlang dari yang terbaik ialah Sepah....dan...dann Jozan...hehhehe...nak jugakkkkk....nampak sangat peminat Jozan....

Kerlassslahhh Sangatttt

Duk belek-belek google tadik...jumpelah sembang-sembang nih di bincang.net....sangat menarik pendapat dari 'Gripen' nih....dari perbincangan mengenai sambung phd bla...bla..bla....

Gripen
06-05-11, 02:59 AM

tidak semestinya...ramai juga mereka yang di industri...mempunyai PHd...tetapi bekerja dalam industri. Contoh paling mudah, Dr Dzahar Mansor...boleh Google nama dia, terpampang biodata.

Dulu dia ambil Phd di Melbourne U, pernah menjadi lecturer di Melbourne U. Tetapi, dia cakap...dia rasa ketinggalan berada didalam university..ketinggalan teknologi terkini...sebab di academia...teori...blue ocean research...di industri... applied research...patent dan technology developement. Jadi dia pun blah dari jadi lecturer.... dari jawatan Vice President of R&D Celcom... ke CTO di Symphony ke National Technology Officer di MS.

Pelik di Malaysia ni, ramai nak amik Phd sebab...nak naik pangkat? tak tahan kerja diindustri?
Bulan January lepas saya bertemu dengan Mark Russonovich...pengasas SysInternal. Rupanya2, Mark ada Phd, tapi biasa la..style di US... Phd letak belakang dan tidak ditunjuk2 macam kat Malaysia, nak dipanggil Doctor je manjang. Begitu juga dengan Crispin Cowan...pun ada Phd...seorang pakar Security, pun diam2 jek dan mereka semua berada dalam industry, dan dijemput oleh akademia sekali sekala memberi ceramah, atau fellow.

Satu lagi observation, bila nak buat Phd, soalan2 ditanya bukannya... what research area... what will be my contribution, tapi balk2... berapa elaun? IPTA ni bayar berapa, IPTA tu bayar macam ni... etc etc. So what exactly is your value proposition? How does the Phd add value to your net worth?

So, apa sebenarnya tujuan ko nak amik Phd ni? Sebab keperluan pekerjaan ke...ko dalam IPTA? Minat?
Kalau terpaksa, baik x payah. Wasting your time, and wasting tax payers money. Sorry, it may sound harsh and crude, but this is the absolute reality of Phd candidate in Malaysia...paper chasing...junkies.

Saya sangat suke dengan pendapat 'Gripen' nih....sebab saya selalu berfikir seperti apa yang diutarakan oleh 'Gripen' nih..."kerlasss kau mariaaaa"....hehehehhe

"Kerlasss kau mariaaa"

If terdengar or terbaca ayat diatas tuh, mesti rase nak tersenyum pastu suke terkekeh-kekeh....hehehehe....tambah-tambah yang menyebutnye ialah seorang perempuan ala-ala datin yang berpakaian beria-ria rambu-ramba...rambut perang-perang merah skit....kerinting mengerbang-ngerbang...sebijik macam pelakon tambahan dalam drama....tak tahu nama ape pelakon tuh....tapi, selalu jugak jadi datin...dan dia yang selalu sebut ayat nih.. :D

Akhirnyeee...

Rezeki...sesiapa pun tak dapat dan tak boleh nak ramal rezeki seseorang....Hanya Allah swt sahaja yang Maha Tahu segalanya...Akhirnya, di musim penutup Akademi Fantasia....Hazama berjaya dinobatkan sebagai juara AF9....setelah bertahun-tahun bertungkus-lumus untuk memboloskan diri ke dalam AF...

Seingat saya, dari musim Mawi lagi, Hazama berentap untuk menyertai AF...tapi tak berjaya....masa tu, Mawi dan Marsha tak dapat masuk AF..ramai peminat yang membantah dan Astro terpaksalah mengadakan mini perlawanan nyanyian semula bagi pra-perserta AF yang tak layak masuk akademi pada musim ke3 tuh....padahal memang nampak sangat dah plan pun, yang Mawi dan Marsha yang akan dimasukkan....Hazama dan yang lain-lain tuh, cuma tempelan je....masa pra-peserta berentap tuh, Syiha Mentor 5 pun ada sekali....Akhirnya, dua-dua berjaya di AF9 dan Mentor5...walaupun Syiha bukan juara Mentor5...tapi, sekurang-kurangnya dapatlah ditunjukkan kepada semua yang mereka ini sememangnya dari dulu lagi layak dengan bakat...

Wahh...dasyattt...ayat mula-mula dah macam ustazah nak berkuliah maghrib....tetibe, citer pasal AF rupenyeee....hehhehhe...tapi betullah tu....hasil dari usaha yang tak henti-henti dan doa yang tak putus-putus....akhirnya, hikmah itu dapat dinikmati juga....ada hikmah yang terang-terang...ada hikmah yang tersembunyi dan terpaksalah kita nak kena fikir sendiri....