Tajuk diatas diambil dan dicopy paste dari FB cikcu...nak suke pulak bile tengok tajuk tuh...Betullah tuh, nakal-nakal sungguh diaorang berlima tuh...Nani slalulah "mamuii" ngan budak-budak tuh...tuh cucu tok ayah n nani baru ade lima...insyallah, nanti nak masuk enam pulak...
aku ade anak sdare yg nkal3...korang adooo????
Posted by Umar at Thursday, April 15, 2010 0 comments
Eidil Khadijah
Inilah si comel khadijah...Lawaknye lagi, cik teh aka mummy, suka sangat jadik pengasuh khadijah. Tapi, time cik teh nak kiss-kiss khadijah, mesti khadijah buat-buat nak pukul, kiss ngan orang lain takpe pulak...hehehhe...abang umar selalu cakap, "umi...umar nak adik...umar nak adik 3 orang...umar nak 3 baby laki."..fuhhhh, umi nak p cari mane 3 baby lelaki tuh...ehehehheh...abang umar nih diskriminasi jantina skit, "umar, kalau baby nanti pompuan cam baby eidil khadijah, boleh tak?", umi saje je nak tengok ape reaksi umar...."hmmm...bolehlah..."..asal sebut nama khadijah je, abang umar boleh tahanlah skit....jangan nama budak perempuan lain, abang umar tak suka....hehehhehhe....
Posted by Umar at Thursday, April 15, 2010 0 comments
Behday beramai-ramai
Semua pakat nak tengok kek. Abang umar cuma nak cek nama dia ada ke tak. If tak ada nahaslah cik adik kena marah ngan abang umar.
Khadijah yang perasan comel sedang meninjau sebahagian hidangan ringan dan menunggu geng-gengnya yang duk bersiap. Kelihatan naim masih tidak memakai seluar dan abang umar sedang melipat kaki seluarnya, abang umar sudah pandai bersemat. Cikcu cakap, abang umar bergaya sangat macam nak p kelab dangdut. Baru-baru nih, abang umar meminta abinya membelikan tie dan baju susu (baju kemeja warna putih susu). Kadang-kadang, pakai baju main (baju gambar robot n seluar pendek yang dibeli dipasar malam) pun abang umar akan kenakan dengan tali pinggang. Punyelah nak bergaya.
Abang umar dan naim membuat aksi galok sebelum acara dimulakan. Abang umar sebenarnye ingin menunjukkan stail rambut leper. Aritu sibuk ngan stail rambut ditektif konan, tapi sebab abi dah bawak p potong rambut skit (abi tak berani nak botakkan, takut nanti balik umah umar mengamuk, susahlah pulak if umar suruh abi sambung smula rambut dia), yelah, panjang-panjang sangat pun susah jugak musim-musim panas nih. Rambut dah pendek, abang umar pandai buat stail rambut leper pulak. Nasib baik abang umar pandai buat gaya-gaya rambut. If nak gaya avatar, susahlah pulak umi nak kena lukis anak panah atas kepala.
Acara meniup lilin pun bermula, dan berlakulah adegan sepak-menyepak dari abang umar ke naim. Abang umar marah naim sebab naim tak ikut arahan, naim tiup semua lilin, abih semua orang tak dapat tiup. Kesian naim. Terpaksalah lilin dinyalakan semula dan semua gigih meniup lilin masing-masing. Yang paling comel si khadijah yang bersusah-payah meniup lilin walaupun dibantu oleh bong. Manakala yang paling low profile, si najihah yang tidak meniup lilin langsung, sekadar melihat sahaja.
Sebelum makan-makan bermula, semua kena bergambar dengan tok ayah n nani dulu.Posted by Umar at Monday, April 12, 2010 0 comments






