Birthday Umar

Umar, umi dan abi bukan tak sayang Umar tau. Tahun nih, takde beli kek atau apa-apa sambutan untuk birthday Umar. Walau ade tahun yang kita hanya sambut bertiga, tapi, umi dan abi tetap belikan Umar hadiah dan kek untuk dituip. Umar suke umi nyanyi lagu Happy Birthday. Tapi...tahun ni, semuanya takde, abi dan umi buat diam je. Tapi, Umar tetap umi dan abi sayang sangat. Bukan sebab umi dan abi terlalu sibuk sampai lupa uruskan birthday Umar. Umar ingat tak..tahun pertama birthday Umar, masa tuh kangar banjir teruk dan banyak kedai yang tutup. Malam sebelumnya, abi sibuk memikir dimana nak cari kek. Tiba-tiba, di petang birthday Umar abi ade bawak balik kek.

Tadi, Umi jadi sedih sebab Umar cakap, "Umi, nanti birthday Umar, Umar nak pakai topi koboi, ade pistol kat pinggang, ade star kat dada, pastu pakai baju susu dengan seluaq jeans macam polis koboi". Umi confuse, "Baju susu tuh ape?". "Alaaaa...baju body tuh", jawab Umar sambil tersenyum. Walaupun hanya angan-angan, Umar tetap senyum lebar. Umi pun senyum tapi umi masih tak paham apa baju susu tu.

Sebenarnya, umi ada rancang nak buat birthday umar besar-besaran di taman kita tinggal. Tetapi, melihatkan suasana taman yang umpama dihuni oleh alien. Umi matikan rancangan. Dulu petang-petang, umi selalu bersiar-siar dengan Umar keliling taman dan kampung. Duduk berkebun pokok bunga di luar rumah sambil menjerit-jerit nama Umar. Rase seperti umi seorang saje mak yang duk terkial-kial di luar rumah di taman itu. Yelah, anak umi dah besar, perlu main diluar, jadik umi kenalah pantau sambil-sambil berkebun.

Takpelah umar, memang umi rancang nak buat birthday macam yang umar nak di rumah tok ayah. Rumah tok ayah pun dah cantik. Rumah warna hijau kesukaannya. Cikcu semestinya pembantu umi nanti, menyiapkan hiasan untuk birthday umar. Insyallah....

Maybe, Umar bercerita dengan umi tentang birthday sebab Umar rasa dah lama tak tiup kek, nyanyian birthday dari umi dan dapat hadiah surprise dari abi. Hadiah abi meleret-leret. Mula-mula satu hadiah dulu keluar, esoknya satu hadiah lagi, lusanya keluar satu hadiah lagi. Abi suka beli hadiah banyak-banyak tapi diberikan kepada umar secara mengejut mengikut giliran hari.

Ok, umar, insyallah, umur panjang, murah rezeki, kita buat birthday macam umar nak ye, yang penting, umi dan abi doakan, "Umar menjadi hamba Allah yang beramal soleh dan bertakwa, anak yang taat dan baik kepada umi dan abi, anak yang cerdik dan pandai, manusia yang berguna di dunia dan akhirat"....Aminnnn, Ya Rabbal Alaminnnn.....

Selamat Hari Lahir Umar yang ke 5 tahun pada 21/12/2009.

Hilang Di Penang Muncul Di Pudu III

“T dan Zila dah naik feri semula”, beritahu saya pada suami. Suami terus menggaru kepala sambil menyuruh saya menelefon T lagi. “K.noni minta T dan Zila lepaskan diri dari Makcik tu. Cuba T dan Zila duduk jauh skit dari Makcik tuh dan minta tolong orang yang ada kat situ.”, pinta saya bersungguh-sunguh. T menjawab dengan suara yang agak perlahan, “K.noni, T tak tahulah, T dah cakap kat Makcik tu, tapi Makcik tu cakap nak bawak jalan-jalan lagi. K.noni, janganlah telefon kerap sangat, sebab Makcik tu curi-curi dengar”. Saya cemas dan meminta untuk bercakap dengan Zila, “Zila, boleh tak Zila dan T jauhkan diri dari Makcik tu”. Zila juga kedengaran bingung seperti T, “K.noni, saya tak tahulah nak buat apa”. Saya buntu dan memberikan telefon kepada suami.

Pada fikiran saya yang sudah naik geram pada masa itu, memikirkan apalah bodoh sangat mereka berdua itu. Tapi, itu cuma fikiran saya sahaja yang geram. Namun, luarannya saya masih dapat menahan sabar kerana memikirkan saya perlu kepada misi asal iaitu memujuk mereka sebaik mungkin. Agak lama juga suami memujuk mereka berdua supaya lari dan kerap bertanya, “Sekarang, Zila nih kat mana?. Di sekeliling, Zila nampak apa?”. Saya kurang pasti kenapa suami sering bertanyakan soalan itu. Selang 2 minit suara suami kedengaran sedikit keras, “Saya yang duduk dekat stesen bas nih pun boleh nampak yang sebelah kanan nih ade bukit-bukau, takkan Zila tak boleh nampak apa-apa”. Suami bertanya lagi, “Sebelah feri ade nampak tak kapal?”. Suara suami kedengaran makin lama makin keras hinggakan Umar ditolakkan kepada saya kerana Umar sibuk hendak memeluk kaki abinya, mungkin suami terlalu geram dengan kelembapan T dan Zila, hingga tidak sedar tertolak anak sendiri.

Akhir sekali suami berkata, “Oklah Zila, saya tak dapat nak tolong Zila kalau Zila tak tolong diri sendiri. Sekarang, bila sampai di jeti sana, Zila dan T tolong lari dari Makcik tu dan cari polis atau pegawai jeti yang ada kat situ”. Lebih kurang 15 saat, suami menutupkan telefon dan berkata, “Saya geram betul, kalau ikut hati saya, nak je saya cakap, ’Mampus pi lah kat hang!’”. Saya yang mendengarnya tergelak kecil seolah menyokong ikut hati suami itu. Saya, suami dan Umar berjalan laju menuju ke kereta.

Di dalam kereta kami berbincang. Suami memberitahu dengan jujur, “Tadi masa bercakap dengan Zila, saya dengar ada orang duk gelak perlahan-lahan”. Tanpa berfikir saya terus menyampuk, “Yelah, abang kan lelaki, mestilah Zila tuh jadi galok bile duk kena pujuk-pujuk macam tadi”. Saya terus memasamkan muka. Suami yang sudah arif dengan perangai saya terus menjawab, “Bukan, ada macam something je, sebab saya tanya kat mana dan nampak apa, boleh Zila cakap tak nampak apa-apa. Bila saya cakap, saya pun boleh nampak bukit bukau terus suara Zila tersekat-sekat. Yelah, kalau dalam feri dan nak ke jeti penang, mestilah depan dia nampak bangunan banyak-banyak dan belakang dia nampak bukit-bukau”. Otak saya yang tadi dikaburi dengan rasa cemburu terus tersentak dan dapat berfikir semula seperti Inspektor Haliza di Gerak Khas. Kenapa perlu gelak perlahan-lahan. Namun, saya perlu menetapkan otak supaya berfikir positif sahaja kepada T dan Zila. Saya khuatir, jika saya berfikir negatif berserta dengan syak, saya akan menyesal seumur hidup jika perkara buruk memang berlaku pada mereka.


Saya mengingatkan kepada suami dengan amanah yang perlu dipegang. Suami memberi cadangan, “Awak dan Umar tunggu kat sini, biar saya naik feri dan cari diaorang kat sana. Kotnya diaorang dah jumpa polis atau pegawai jeti kat sana, bolehlah saya pi ambik je”. Kami berdua berfikir sejenak. Ini kerana , bukan mudah untuk mencari di jeti sebelah sana. Suami lantas menelefon bapa saudara dan memberitahu situasi anaknya.

Di Pekan, bapa saudara telah berkumpul bersama bapa saudara bongsu dan termasuk ayah saya. Telefon saya dan suami bukan sahaja sibuk dengan T dan bapa saudara, malah ada juga sekali dua sibuk dengan panggilan dari ayah dan mak saya. Semestinya, mak saya bertindak sebagai ‘penyampai radio era’ dan berlakunya ‘Hujah’ dikalangan mereka. Mak dan ayah saya akan berselang-seli menjadi host ‘Hujah’ bak Dr. Agus dan ahli panelnye terdiri dari adik beradik saya dan mak-mak, bapa-bapa saudara. Agak sayalah. Seketika kemudian, bapa saudara bongsu menelefon saya, “Noni, boleh tak noni tolong pergi buat aduan di balai polis. Maaflah sebab Noni dan Nasir jadi banyak kerja skit kena buat nanti. Tapi, perkara nih mesti diadu pada polis”. Saya memberitahu kepada suami dan suami sedikit merasa tidak setuju. Suami menelefon bapa saudara bongsu dan setelah mereka berdua berbincang, suami bersetuju.

Dengan pantasnya, suami terus menuju ke balai polis berdekatan. Dalam perjalanan, hati saya sibuk melayan perasaan bimbang dan gementar. Saya tidak pernah mengadu dengan polis, kalau mengadu dengan cikgu, memang selalu saya buat masa budak-budak dulu. Sesampai di pintu masuk utama balai polis pada pukul 7.10 malam, kereta suami ditahan dan polis yang menjaga pintu post, bertanyakan tujuan suami ke balai polis. Suami menceritakan serba ringkas kepada polis tersebut dan kami dibenarkan masuk.

Kaki saya lemah melangkah ke pintu balai polis. Dari luar semasa melangkah ke pintu, saya lihat, sekumpulan polis sedang menikmati makan malam di meja makan. Sedar-sedar saya di meja kaunter dan kelihatan suami sibuk bercerita kepada polis yang mengambil aduan. Sesekali saya menyampuk. Seketika kemudian, suami menyerahkan tugas bercerita kepada saya kerana didapatinya saya bercerita dengan amat detail, siap dialog-dialog lagi. Saya bercerita dengan lancar kepada 4 orang polis di depan saya dan mereka tekun mendengar cerita saya. Seolah-olah menonton pertandingan bercerita peringkat negeri bagi sekolah rendah. Suami juga ada menyampuk ibarat pengerusi majlis yang cemburu dengan masa yang diambil terlalu lama oleh pencerita. Sesambil itu saya rasakan suasana balai menjadi semakin sibuk dengan polis yang mundar-mandir.

Setelah bercerita hampir 10 minit, polis meminta saya menelefon T dengan menggunakan telefon balai. Tidak berangkat. Saya terus menelefon menggunakan telefon saya. “T kat mana skrang nih?. T dah sampai jeti ke?”. T menjawab dengan suara sedikit getar, “K.noni, T dah dalam kereta ni”. Serta-merta kepala saya terus berpinar namun masih gagah meneruskan perbualan, “Ya Allah, kenapa T ikut Makcik tu naik kereta. Siapa yang pandu kereta. T tolonglah lari!”. T menjawab dengan suara kebingungan, “Orang lelaki yang pandu kereta nih. Saya peninglah k.noni”. Saya minta bercakap dengan Zila, “Zila, boleh tak Zila lawan Makcik tu dan keluar dari kereta. Tendang dan jerit minta tolong”. Zila menjawab dengan suara sedikit perlahan, “Tak boleh k.noni, Makcik tu gemuk dan dia pegang tangan saya dan T kuat sangat”. Saya yang sangat cemas berkata, “Zila, bukalah tingkap kereta tuh dan jerit minta tolong”. Zila diam. Saya berikan telefon kepada polis. Polis memberi arahan supaya mengenalpasti jenis kereta dan no. plat, juga menyuruh mereka berdua menyelamatkan diri.

Dalam keadaan cemas itu, saya masih sempat berfikir dengan amat geram, memikirkan yang budak berdua itu memang betul-betul bodoh tahap baldi. Saya perlu bersabar. Telefon telah dimatikan. Polis cuba menelefon lagi menggunakan telefon balai, tidak berangkat. Polis mendail kali kedua, dan meminta saya bercakap, Zila bersuara, “K.noni, Makcik nih nak tutup mulut saya dan T”. Telefon terus dimatikan. Saya amat cemas dan terasa ingin pitam.

Bersambung...

Hilang Di Penang Muncul Di Pudu II

Pada pukul 10.50 pagi, bapa saudara menelefon, "Noni, boleh tolong tengokkan T dengan kawan T, Zila, diaorang baru sampai subuh tadi kat Penang untuk cari kerja. Noni tolong pujuk T supaya balik semula ke Pekan". No.tel T diberikan kepada saya. Saya risau sebab, T ini adalah sepupu saya yang sedikit blur budaknya. Sejurus selepas itu, saya terus menelefon T dan bertanyakan dia berada dimana. Katanya berada di stesen bas. Saya bertanya kepada T, "Stesen bas yang T turun tuh ade jeti feri tak?". Dengan lajunya T menjawab, "Ha'ah, ade feri". Selalunya, bas dari Kuantan ke Penang akan berhenti di stesen bas jeti. Saya memesan kepadanya agar menunggu sehingga saya sampai dalam masa 15 minit. Sesampai saya, suami dan Umar di stesen bas jeti, saya menelefon T lagi, "T tunggu kat mane, k.noni dah sampai nih". "K.noni, T kat kedai kain depan skit dari stesen bas nih".

Saya sedikit keliru, "Kedai kain?, kat mane ye, apa bangunan yang boleh k.noni nampak". T menjawab tanpa berfikir, "Ade kedai top-up sebelah nih". Saya bertambah keliru, sebabnya deretan kedai di depan stesen bas tak adalah pula kedai kain. Saya melilau mencari mereka, kehulu-kehilir di terik tengahari. Abi pula sibuk melayan Umar yang hendak membeli keropok dan dan karipap. Saya telefon T dan menyuruh dia duduk di kerusi yang disediakan di stesen bas supaya saya mudah mencarinya. Namun hampa setelah dicari setiap ceruk stesen bas itu. Puas saya cari, cuma saya tidak mencari di bawah setiap kerusi ataupun membuat spot check setiap beg yang dibawa oleh orang ramai di stesen bas tersebut .

"Cuba T tanya orang, sebenarnya, T berada dimana sekarang ni". T menjawab dengan sedikit berfikir, "K.noni, orang nih cakap, T skrang di Nibong Tebal". Alahai, macamanalah bas boleh berhenti di Nibong Tebal. Bas dari Kuantan ke Penang akan berhenti di stesen bas jeti. Saya dan suami sedikit curiga, kerana awalnya dia memberitahu yang dia duduk di stesen bas berdekatan dengan jeti. Nibong Tebal ade jeti ke?. Tapi, saya dan suami sengaja membodohkan diri dan tidak banyak soal kepada T kerana ingin menjaga dan memujuk hatinya. Itu pun sebab dipesan oleh bapa saudara agar memujuknya pulang ke rumahnya di Pekan.

"Laaa, T kat Nibong Tebal ke. Jauh tuh. Takpelah, T datang sini nak jalan-jalan kan. K.noni bagi T dan Zila jalan-jalan dulu tapi jangan jauh-jauh. Jalan dekat-dekat je tau. Sebabnya k.noni ada janji dengan mak mertua nak pegi tengok biras k.noni baru lepas bersalin". T menjawab dengan nada gembira, "Ok k.noni, T tunggu kat sini je". Saya sekali lagi berpesan, "T dan Zila jangan pegi jauh-jauh ye, tunggu k.noni sampai nanti ye".

Saya terpaksa membiarkan mereka dahulu, kerana perlu memenuhi janji kepada mak mertua. Saya perlu membawa mak mertua dan adik ipar ke Gurun untuk berjumpa dengan biras yang baru bersalin anak kedua. Umar dan abi hanya menunggu di rumah kerana tulang belakang abi sudah terasa sakit dan perlu rehat. Sudah beberapa bulan abi menerima rawatan di Ortopedik dan Fisioterapi berkenaan dengan tulang belakang.

Pada pukul 4.00 petang, ketika itu saya dalam perjalanan pulang dan sudah hampir ke bandar Penaga, T menelefon saya, "K.noni, T skrang dalam feri. Ada makcik nih bawak T dan Zila jalan-jalan dulu. Makcik nih cakap tak elok duk tempat tadi. Ade banyak Mat Hitam. Bahaya. Ti dan Zila ikut makcik nih jalan-jalan. Lepas tuh, makcik ni nak suruh kitaorang tidur rumah dia semalaman". Saya sedikit risau, "T, tolong bagi k.noni cakap dengan makcik tuh".

“Hello, ini makcik ke?”. Makcik yang tidak dikenali itu menjawab,”Ya, saya makcik yang jumpa diaorang dan skrang tengah bawa diaorang bersiar-siar”. Saya sedikit curiga kerana suara makcik itu kedengaran agak muda dan tidak bercakap slang utara, “oooo...kejap lagi saya nak pegi ambik diaorang, saya rasa tak payahlah diaorang nak tidur dirumah makcik”. “Makcik nak minta diaorang tidur semalaman saje. Sampai jeti nanti, anak makcik dah tunggu nak bawak bersiar-siar sedikit lagi di sekitar jeti dan balik rumah. Pagi esok ambiklah diaorang ketika anak makcik hendak pergi kerja”, Makcik itu kedengaran sedikit degil. “Makcik tinggal dimana?”, kerana pada fikiran saya, jika makcik itu membawa T dan Zila pulang kerumahnya, bolehlah saya ambik dirumahnya saje. “Makcik tinggal di Taman Pauh Indah di Seberang Prai”.

Saya tidak memberikan sebarang keputusan, “Ok makcik, kejap lagi saya telefon lain. Terima kasih banyak-banyak sebab tolong T dan Zila dari duduk di tempat yang ramai Mat Hitam tuh”. Dengan ramahnya makcik itu menjawab, “Ok, jangan risau, bagilah mereka tidur di rumah makcik semalaman dan makcik akan jaga diaorang macam anak makcik sendiri”. Saya sedikit lega bercampur curiga.

Saya perlu hantar mak mertua dan adik ipar ke rumah dengan segera kerana walaupun saya rasa sedikit lega tetapi saya perlu juga mengambil T dan Zila. Saya tidak berani untuk melepaskan mereka tidur dirumah orang yang baru dikenali. Sesampai dirumah mak mertua, saya sempat makan nasi berkuahkan kari dan berulamkan jering muda yang diambil di rumah biras. Rumahnya banyak pokok ulam-ulaman dan tanaman lain. Mak biras pula seorang yang berani, pergi ke sungai seorang diri menangkap ikan haruan untuk hidangan pantang anaknya. Saya perlu makan nasi, sebab sangat lapar, paginya saya hanya sempat minum air teh dan sedikit cekodok, manakala di rumah biras saya cuma makan sedikit kudapan dan air teh. Takut nanti, sibuk-sibuk mencari mereka, pengsan pula saya nanti. Saya makan cepat-cepat tapi sempat lagi tambah dua kali.

Sesudah makan dan solat Asar, suami terus mengajak mengambil mereka berdua di jeti. Agak-agak hendak sampai di jeti, saya menelefon T, “T, kat mane nih. Dah sampai jeti ke?”. T menjawab dengan sedikit keliru, “Saya tak tahulah k.noni nak sampai ke tak lagi”. Saya meminta T memberikan telefonnya kepada makcik yang tidak dikenali itu, “Makcik dah nak sampai jeti ke?”. Dengan spontan makcik menjawab, “Ya, dah nak sampai”. “Boleh tak makcik tunggu saya sekejap je, saya dah nak sampai jeti nih. Tunggu saya 10 minit je”, pinta saya. Makcik tersebut berdegil, “Makcik tak boleh tunggu dah. Anak makcik dah nak sampai, nak bawak diaorang pergi bersiar-siar dan balik rumah. Tadi kan makcik dah cakap nak minta diaorang tidur rumah makcik dan esok sajelah anak ambik diaorang”. Saya terus diselubungi rasa curiga, “Takpe makcik, boleh tak makcik tolonglah tunggu saya 10 minit je lagi. Saya dan suami dah nak sampai dah nih”. Suami makin geram dan bertindak membawa kereta ala-ala Alex Yong yang tak pernah jadi juara F1.

Kami sampai di jeti kurang dari 10 minit, suami menurunkan saya betul-betul di depan stesen bas dan suami pergi kerana perlu mencari parking terlebih dahulu. Saya sepantas kilat menelefon T, “T dah turun dari feri ke?”. Dengan ralatnya T menjawab, “K.noni, sebenarnya T naik feri semula. Makcik nih ajak T dan Zila pegi naik feri semula, nak bersiar-siar lagi”. Saya yang telah diamanahkan oleh bapa saudara untuk mencari anaknya terus menjadi tidak keruan. Seluruh badan saya ketar ibarat handset bervibrate tak henti-henti kerana banyak panggilan tak berjawab dari along dan ceti.

Saya masih berlembut dan masih mahu menjaga hati T, “T, boleh tak bagi k.noni cakap dengan makcik tu”. “Hello, nih makcik ke?”. Makcik itu menjawab dengan tanpa rasa bersalah, “Ya, makcik nih”. Saya masih bersabar, “Makcik, tadi makcik cakap dah nak sampai jeti. Kenapa makcik naik feri semula”. Makcik itu menjawab dengan penuh yakin, “Tadi kan makcik dah cakap nak bawak diaorang bersiar-siar lagi dan lepas tuh bawak balik tidur rumah makcik. Anak kan dah bagi diaorang tidur rumah makcik. Esok jelah anak ambik diaorang”. Tanpa disedari saya tinggikan suara di khalayak ramai di stesen bas itu, “Makcik!, Tadi makcik cakap anak makcik dah sampai jeti dan nak ambik makcik. Lepas tuh makcik cakap cuma nak bersiar-siar di sekitar jeti je. Yang makcik pergi bawak diaorang naik feri semula ape pasal!”. Makcik tersebut tidak bersuara. Banyak mata tertumpu kepada saya. Sesambil bercakap di telefon, saya berlari ke jeti feri yang jaraknya agak jauh dari stesen bas, “Yang makcik tak bagi saya nak ambik adik sepupu saya tuh ape pasal! Makcik nih mesti ada rancangan jahat nih!”. Serta merta, telefon dimatikan oleh makcik itu.

Saya menelefon T sekali lagi, “T, tolonglah keluar dari feri tuh. Boleh tak T tolong lari”. T menjawab dengan rasa bersalah, “T peninglah k.noni, T tak tahu”. Saya kembali memujuk, “Ok takpe, T tolong bagi telefon pada Zila”. Zila menjawab dengan kedengaran sedikit sombong, “Ye?”. Saya menjawab dengan penuh semangat, “Zila, boleh tak zila tolong bawak T keluar dari feri tuh”. Zila menjawab dengan suara sedikit hambar, “Tak boleh, feri dah bergerak”. Saya terus menutup telefon dan mematikan langkah ke jeti feri. Yelah, katanya feri dah bergerak, takkan saya nak berenang menuju ke feri yang dah bergerak. Saya bukan pandai berenang. Setakat tutup hidung menahan nafas dalam kolah mandi selama 10 saat bolehlah. Saya berlari keluar dari jalan menuju ke jeti dan stesen bas. Kelihatan suami dan Umar berpimpinan tangan bergegas menuju ke arah saya.

Bersambung...

Hilang Di Penang Muncul Di Pudu I

Badan letih tapi otak ligat berlegar. Sibuk berlegar di setiap sudut kotak fikiran. Memikirkan tentang semalam yang penuh sejarah. Pengalaman baru yang mengharu-birukan hidup dek kerana keHILANGan.

Balai polis pun saya tak pernah jejak apatah lagi duduk di kerusi yang berdepan dengan ramai polis. Dulu-dulu, berek polis memang selalu saya jejak sebab berkawan baik dengan Nik si anak polis. Saya juga berkawan baik dengan anak polis yang tidak tinggal di berek polis, Roselawati atau nama sawan tangisnya Rahimah. Dulu-dulu, kalau budak baru lahir yang sawan tangis perlu diberi nama lain untuk hilang sawannya. Orang sekarang, anak sawan tangis, bagi susu formula, bolehlah nak buat diam setengah hari. Agaknya, anak lapar sebab susu ibunya cair sangat dan kalau diselang-seli dengan susu formula anak boleh tahan kenyang, anggapan sayalah.

Langkahan pertama saya di pintu masuk balai polis, saya teragak-agak. Tetapi melihatkan suami dengan penuh yakin bergerak masuk macam Sarjan Misai beraksi memberi maklumat Mat Rempit kepada Inspektor Haliza dalam drama Gerak Khas. Saya mengikut jejak suami dan saya lihat, satu set sofa mengadap tv diletakkan di sebelah kiri pintu masuk. Di tv, kelihatan pasangan Sazzy sedang menarikan tarian tradisional kontemporari. Beberapa langkah ke depan terletaknya kaunter dengan dibarisi 3 buah kerusi untuk pengadu membuat laporan. Sambil melangkah, saya ligat berfikir samada hendak duduk di sofa bak mak datin datang bertandang sambil menonton Sehati Berdansa atau menuju terus ke kerusi di kaunter. Tetapi, dengan warasnya, saya mengikut suami ke kerusi di kaunter.

Awalnya, ketika kami masuk, kelihatan sekumpulan polis wanita sedang menikmati makan malam di meja makan yang terletak di hujung sudut bersebelahan dengan meja kaunter. Suami secara spontan terus bertanya, "Tengah berbuka puasa ke ni?", yang mana ketika itu azan Maghrib sedang berkumandang di masjid berdekatan. Saya yang mendengarnya tergamam. Yelah, kalau dihadapan kami itu cuma sekumpulan budak yang menjamu selera selepas penat bermain polis sentri, tak kisahlah nak buat pertunjukan lawak sarkas pun. Namun begitu, dengan segeranya sekumpulan polis wanita tersebut terus menuju ke meja kaunter ibarat suami saya itu PA kepada Ketua Polis Negara yang akan memaklumkan bahawa lawatan akan dibuat dalam masa 5 minit lagi di balai mereka. Mujurlah mereka semua tersenyum dan bertanyakan bantuan yang diperlukan.

Saya dan suami menceritakan satu-persatu.

Bersambung....

MALAS

Rasa macam dah lame je x menulis dalam blog eeewwwooo nih. Umar pun sibuk, umi lagilah sibuk. Lagipun segala aktiviti dibuat tak sempat nak berposing bergambar. If takde gambar, nak tulis pun tak bersemangat.

Aktiviti membuka dan membaca blog kawan-kawan pun dah tak seaktif dulu. Ape yang telah terjadi pada umi nih umar wehhhh....MALAS...dan kurang semangat.....itu sajelah punca asalnya. Entahlah, bukan blog sendiri n kawan-kawan je umi malas tengok....tengok tv pun umi dah malas. Biasanye umi nih kaki tv...Oprah pun umi dah lame tak tengok, yelah boring jugak sebab asyik pasal anjing je eh, mentang-mentanglah dia pencinta anjing.

Tapi ade satu cerita yang memang umi suke tengok, "Pushing Daisies" . Kisah ala-ala forensic fairy tale. Nantilah kita ulas pasal cite nih. Tiba-tiba semangat MALAS datang menerpa pulak dahh nihh....

Sekarang cuma nak bercerita tentang MALAS. Sebenarnye, MALAS jika dilihat dari sudut berbeza, ia adalah perkara yang ada membawa kebaikan. Disebabkan oleh MALAS, manusia menjadi kreatif dan inovatif dengan mencipta teknologi dan mesin. Tapi, teknologi dan mesin boleh ke menyelesaikan masalah MALAS solat, MALAS puasa, MALAS berjimat etc. Sebenarnye, teknologi dan mesin dibina untuk kemudahan manusia untuk menjadikan kerja lebih mudah dan bukannya untuk menyelesaikan masalah MALAS.

OOoowwwwoooohhhh....lebih-lebih pulak bersyarahnye mengalahkan cikgu IT pulak eh. Tapi malas umi nih bukannya malas sudut berbeza-beza tuh. Nih malas yang tiada semangat. Kenapa boleh jadi macam tuh?...entahlah...takpelah, kita tengok jelah nanti ape kesudahanya....hehehhee...Cuma berdoa, semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan dan kerja umi...aminnnnn....

Selamat Berperiksa

Ucapan ringkas khas untuk cikcu n Bong.....Semoga dapat menempuh peperiksaan dengan baik dan tenang...aminnn....Study betul-betul....Dapatkan pointer yang baik. Ok, all the best n good luck.

Sayu Umar

Malam Isnin lepas, umar susah nak tido. Umi pulak duk berkemas kat dapur n biarkan je umar depan tv berjiwang sorang-sorang sementara nak boleh tido. Tiba-tiba umar menangis slow-slow kat umi yang tengah basuh pinggan. "Umiii..umar nak abi....", sambil bibir tercebik-cebik. Kelakor puloklahh...hehehhee... jarang benor nak tengok umar mencebik bibir menangis manja. Yelah, slalu abi p keje mane-mane cuma 2 malam je xde n malam ke-3 dah ade kat umah. Nih, umar menangis sebab dah malam ke-4, tapi abi x balik-balik lagi, Ahad nih baliklah abi. Abi ade keje seminggu. Insyallah, semoga semuanya selamat. amin...

Umar nih, if susah nak tido, tabiatnya kena garu belakang. "Abi, tolong garu..", abi pun duk garu-garu blakang umar sampai umar tido. Garu pun bukan stakat belakang je, sampai ke punggung-punggung abi garu. Umar x bagi umi garu, "Umi x boleh garu....umi pompuan".

Pic umar pagi selasa sebelum p skolah, yelah, umi ambik pic sebab tiba-tiba umar cakap, "umi, lama kan kita tak ambik gambar"...pic umar mengembangkan hidungnya..hehehhehe...yelah, raya baru nih pun umi lupa nak ambik pic. Umi nih memang lembab betul bab-bab bergambar. Ade dulu time kenduri, kamera dah ade kat tangan...tapi x ambik pun pic...yang paling ralat, time hada n family n shikin dtg umah...tapi umi x ambik pic bersama pun. Padahal kamera dah ade kat tangan. Punyelah umi nih pemikiran cepat terganggu ngan persekitaran. Cepat lupa dan alpa....hehehhehehe....

Nih pulak pic umar n umi. Kelakor ambik pic sendiri, muka jadik bulat lonjong or umi yang dah gemuk...kuang kuang kuang...statement coverlah pulak....cikcu selalu marah umi bile time bergambar, kepala tegak je cam kayu.

Haaa...nih bolehlah kot, bergambar ala-ala artis tengah bersosial. Siap rakan artis letak-letak tangan atas bahu sambil model utama berposing memegang kepala kerana khuatir pin tudung beralih ke pipi.

Salam Lebaran

Kita masih di bulan Syawal, bulan kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa. Maka masih sempat lagi saya nak beraya dengan semua, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas segala salah silap saya kepada semua.

Suke ala-ala je

Tadik tengok kelab pop, dulu x suke benor tengok kelab pop....tapi, semenjak dua menjak nih, cam sukelah pulak tengok...sebabnye suke tengok artis tergedik-gedik...diaorg buat lawak gedik, kelakorlah pulak....tengok tadik ade kumpulan gossip girl n 2+1, suke tengok muka anak julie dahlan tuh, dalam kumpulan gossip girl....dulu, anak julie dahlan nih x berapa cantik pun, masa zaman bebudak dulu...gigi besar n gelap skit....tapi skrang, haaaa....cantik betul....seksi pulak tuh. Cam citer anak itik yang hodoh tuh kan, masa kecik x cantik, dah besar jadik makin cantik. Artis nih memang cantik-cantik kan....dah dalam tv kite tengok diaorang cantik, kat luar lagilah cantik. Anugerah berharga dari Allah swt, yang hanya pada manusia bertuah sahaja, kalau manusia terpilih tu bersyukur, mereka akan gunakan kelebihan itu ke jalan yang diredhai Allah swt tetapi malanglah jika sebaliknyaa....Wallahua'lam....(wahhh...rase cam duk dalam kelas ting. 2 Yasmin, sek. men. (A) Tg. Ampuan Fatimah, Pekan, Pahang....hehehehhehe...NIK FADHILLAH NIK IBRAHIM!!!!....tringat pulak zaman skolah dulu kan Nik (sahabat karib dari sek. ren. nih.....)

Umar bile tengok tudung umi renyok-renyok, pin tudung yang dari bawah dagu dah naik ke tepi pipi, mesti umar baiki n kemaskan tudung umi supaya nampak elok, "haaa...umi, baru cantik"...hehehhehe...."umar, umi cantik tak?"...."umi cantik, umar comel, abi hainnsem"....itulah jawapan perasan yang selalu kuor dari mulut umar setiap kali umi tanya soalan yang sama....kekekkekekkeke....

Biaselah, budak-budak....mestilah cakap mak diaorang paling cantik, ayah diaorang paling hebat n kuat....yelah, walaupun uminye nih struktur mukanya cam jalan tanah merah yang baru nak turap tar, pastu gigi pulak besar bergeligih-geligih (tau takpee....statement sedar diri...kekekkeke), tapi umar tetap cakap, "umi cantikkkkkk"....ekekekekek....syukur Alhamdulillahh.....sayanggg umar.

p/s: Post ucapan raya nanti dululah....post yang nih dulu....dah tulis dah posting untuk raya....tapi save dalam draft je dulu.....hehhehehhe

Kira Bolehlahhhh....

Ok, nih resepi spaghetti bolognese untuk miszaimi n geng diploma, ibu princess n geng-geng cluster, xpelah lambat ye asalkan buat....wahhh siap ayat memaafkan diri sendiri tuh...ehhehhehe..Berikut adelah resepinya :

1. Panaskan sedikit minyak (3-4 sudu besar) n tumis bahan yang telah dimesin - bawang besar (1 1/2 biji), bawang putih (5 ulas), lada kering (10 - 15 tangkai) n halia ( 1 1/2 inci).

2. Setelah garing sedikit, masukkan cendawan butang yang telah dipotong nipis-nipis.

3. Lebih kurang 5 minit, masukkan daging (250 - 400 gm dan dipotong kecil-kecil). If daging nak cincang hancur pun boleh, tapi abi umar x suke daging kecik sangat, sebab masa makan mesti dia tanye, xde daging ke....sebab tuhlah umi potong nipis skit n sebesar kuku ibu jari je...sebab nanti pun daging tuh kecut n jadik kecik jugak....Asalkan nampak berketul, kira bolehlahhh...Biarkan daging empuk bersama cendawan.

4. Lebih kurang 20-30 minit, masukkan sos tomato (4 sudu besar), sos tiram (2-3 sudu besar) dan sos lada hitam (4 sudu besar). Kacau.

5. Bila hampir kering, masukkan separuh kiub ayam dan air (3-4 cawan / lebih skit pun xpe, sebab nanti nak tunggu pekat je). Masukkan juga tomato puree dalam tin tuh, if tin kecik masukkan semua, if tin besar, masukkan separuh je.

6. Lebih kurang 10 minit, masukkan serbuk lada hitam (1/2 ke 1 sudu besar) dan serbuk oregano (1/2 ke 1 sudu besar). Garam, gula secukup rasa.

7. Biarkan pekat sedikit n dah siap masak, masukkan tomato (1 biji yang besar) yang dipotong dadu, dadu besar-besar skit pun xpe...nanti x cepat hancur....dah masuk tomato, 30 saat ke 1 minit lepas tuh, terus tutup api.

8. Sesambil lagi 15 minit kuah tadi nak masak, panaskan air dalam periuk n masukan sedikit garam dan planta. Bila air dah menggelegak, masukkan spagetti dan tunggu sehingga lembut (10 -15 minit)...jangan terlalu-lalu lembut...nanti makan pun rase lembik sangat....

Cara menghidang ala kakmah yang sempoiiii.....kekkekeke...hidangkan panas-panas...tapi, jangan main pakai hempuk speghetti atas pinggan je n terus jirus kuah.....kenalah ambik spaghetti yang panas tuh dan hidang secara membengkok...dan ambik lagik, bengkok arah bertentangan pulak....supaya hidangan tuh jadik nampak membulat, pastu barulah letak kuah tuh ke atas speghetti dengan penuh sopan santun dan lemah lembut.

Pastu ambiklah cheesedale, xyah cheese parmesan pun xpe, mahal giler cheese parmesan....kita pakai yang sekodarnye ajelahhh, letaklah cheesedale yang diracik-racik tuh atas kuah n speghetti yang panas tuh....cheese tuh akan mencair dan nampak speghetti kita berkilat-kilat, ibarat sekali imbas cam makanan plastik....wahhhh, punyelah berkilat tuhhh..

Oklah, cara hidangan tuh, atas masing-masinglah. Dibawah nih contoh hidangan untuk abi berbuka tadik dan yang 2 kali tambah (pn.munirah di cluster, mintak tulis resepi berserta gambar, siap suruh ambik gambar setiap steps tuh, xpelah munirah, nantilah tunggu kak noni lancar buku masakan bergambar ye....hehehehhe..berangan betul, baru masak speghetti dah berangan lebih-lebih).

Berbuka tadi, umi makan skit jee....sebab x berapa suke westeng-westeng nihhhh....suke makan nasi ngan sambal belacan jeee....kekekkekek....makan makanan omputih nih umi cepat dugheeeey perut...weeeehhhhh, darat betullll....


Hidangan adalah diatas pinggan melamin berbentuk 4 segi yang dibeli secara longgok....hehehhehe...boleh didapati di kedai-kedai rm1.90, kalau jumpelahhh...taklahhh, beli kat langkawi, tapi pilih pinggan mangkuk yang longgok kat tempat muroh jee....hehehehe...

Atas arahan Mummy

Video nih diambil sebelum dari video yang dipost sebelum nih. Iaitu sebelum umi memberi arahan supaya umar p mandi, sebab tuh umar masih berkeadaan galok. Bile umi suruh p mandi je, terus muka umar masam. Oklah, nih khas untuk mummy, cikcu n konco-konconyeee.....

Umi bukan suke sangat video nih, sebab umar mengade-ngade sangat....eehhehhehe....umar sendiri pun x suke sebab bile bagi umar tengok smule, "umi, knape umar galok....teeth umar x elok"....tau tak peee... :)

Sebelum berbuka

Arini umi berbuka ngan umar je, abi ade majlis kat dewan. Umar bukannya puasa pun, tapi "kesian umi makan sorang-sorang...umar teman umi makan". Prinsip umar, if makan mesti berteman...x boleh sorang-sorang. Kadang-kadang if umi abi dah siap makan, tapi umar x abih makan lagi....mesti umar cakap "kesian umar, makan sorang-sorang, umi abi x teman pun.."...pastu abi mesti jawab, "yelah, abi teman..."...hehhehehe...



Umar tengok abi pakai kopiah, umar nak pakai jugaklah...padahal x mandi lagi. Video nih khas untuk tatapan cikcu, bong, cikteh n semualahh....If cikcu tunjuk kat tok ayah nih, mau sayu tok ayah nih....kekkekekke...abaikanlah bilik serbaguna umi nih....bile tengok-tengok bilik nih, tak bersepah pun (taknak ngaku tuhhhhhhh).....tapi barangan cotet-cotet disusun diatas kayu-kayu yang direkabentukkan sendiri oleh umi dan dipadankan dengan perabot yang murah harganya....kekkekekek....nak jugakk tuh, tuh yang wujud kenyataan sokongan pada diri sendiri tuh....abi cakap, selagi tak duk umah sendiri, kita jangan beli perabot lebih-lebih nanti susah nak pindah. Maka dengan serba sedikit kecerdikan yang umi ada, umi ambiklah mane-mane kayu yang boleh menampung barangan cotet-cotet tuh....yelah, nak letak atas meja cam tuh je...cam x cantiklah pulak....plain je....nak nampak lain skit...tuh letak kayu sana....letak kayu sini.....padahal buat semak jeeeee...ehhehehhe...

Ok, nanti citer lainlah...banyak mende x tercerita nih asyik tertangguh je nih. Resepi spegetti yang diminta oleh kawan-kawan kat sini pun masih x tulis lagi. Wahhh...macamlah best sangat...padahal dalam internet berlambak-lambak orang tulis resepi spegeeti tuh...ekkekkekkee...

Salam Ramadhan

Once again fasting month is here, mudah-mudahan di bulan yang penuh hikmah dan berkah ini kita menjadi umat yang beruntung dan lebih baik dibanding bulan-bulan sebelumnya. Semoga dipanjangkan umur kita lagi untuk beramal dan Semoga amalan kita dibulan puasa ini diterima dan diberkati Allah swt....aminnnn....

Selamat Berbuka, Selamat Bertarawih dan Selamat Bersahur...

Salam Ramadhan dari Umar, umi n abi.

Cerita-cerita ilang tension :)

Blog eeewwwooo nih dah kurang input, sebabnye skrang nih kepala macam serabut je. Banyak bendanye nak pikir n nak buat, otak cam jadik semakin lembab je. ..dah jadik cam kura-kura nak balik sarang (kura-kura ade sarang ke?) , 3 hari baru sampai. Sebenarnye, rase macammmm MMMAAAALLLAAAASSSS, itulah yang nyatanyaa.....orang lain makin banyak keje makin rajin, umi nih makin banyak keje makin malas. Teruknyelah umi nih, xde daya saing langsung.. :)

Umar dah masuk kelas renang minggu lepas. Nanti posting lain umi letakkan pic umar belajar berenang, lupe nak ambik gambar aritu. Tapi, first day, susahlah skit, umar xnak belajar..cuma nak main kolam yang air paras pinggang je....Cikgu renang tuh ambik umar masukkan dalam kolam yang aras tinggi skit, umar menangis duk panggil abi. Yang kelakarnya, umar cakap "umi, tu bukan cikgu, itu tokwan"...ehehehheheh...xpelah, sabar jelah, cikgu renang cakap, biar je dulu...nanti dah biase, umar mesti nak belajar dengan yang lain. Ade yang dah setahun baru join yang lain n skrang dah teror berenang.

Abi bersemangat betul, agaknye nak jadikan umar cam Jeffry Ong kot...ekekekkeke...Abi nak anak-anak dia nanti cemerlang dalam pelajaran n sukan...insyallah...aminnnnn.....yelah, abi perasan cam diri dialah tuh....konon-konon cemerlang dua-dua....hmmmmmm.... :P. Umi dulu pun pandai bersukan jugak tauuuuuu...acara berlari..masa sekolah rendah dulu, merentas desa mesti dapat nombor bawah 10 walaupun bukan nombor 1...tapi lari pecut 100m, umi selalu menang, tapi x sempat wakil sekolah....sebab time latihan tuh, sibuk nak p ikut kawan (Nik n Rose) berjalan ke umah kawan satu lagi (Nina)....beria n seloklah nak pegi umah kawan tuh sebab dia kaya..p umah dia boleh makan kek n air oren...yelah, umi dulu adalah budak golongan kelas bawah, makan kek tu dah kira mewah dah...ehehhehehe....tapi, time skolah menengah dah x aktif bersukan...sebab skolah agama perempuan, mane ade sukan berlari-lari nih...semuanye muslimin-muslimat yang diredhoi, maka dengan itu umi pun turut samalah kena bertawwadduk jugak....hehehhehe...

Kelakar pulak tringat zaman skolah rendah dulu....umi n cik teh, memang teror sukan balapan....yang lawaknye, cik teh wakil umah biru (rasenyelah...x ingat dah) menang banyak acara tuhhhh...lompat jauhlah...lompat tinggilah..padahal cikteh dulu pendek je...kekekkeke...umi pulak wakil umah hijau...masuk lumba larilah...100m dapat nombor jugaklah....tapi 500m kalah teruk...sebab awal-awal dah pecut n bile dah nak tinggal satu pusingan je lagi, terus rase lembik kaki....x larat nak lari laju dah...terus dapat nombor corot....yang lawaknye, tukang bagi sorakan padu time tuh, cik teh n ustazah Fadzilah (sebab umi tukang sorak untuk cik teh time dia lompat jauh)...umi suke sangat ustazah Fadzilah nih, x pilih kasih...mula-mula umi menang sebab pecut tuh, cik teh n ustazah bukan main suke bersorak...pastu bile umiii dah lembik n lari slow...terus umi dengar cik teh n ustazah cakap "..aaallllaaaa...cepat...cepat"....ehhehehhehe....cik teh siap marah-marah umi lagi sebab kalah....cik teh tuh memang pesen dia dah...marah sokmo....kekekkekekke...lawak betul...

Berbalik kepada cerita renang umar, cikgu renang ajak ibubapa join berenang skali sebab anak lebih cepat nak belajar. Abi dah pandai berenang, jadik cikgu suruh umi yang join. Umi sengih jelah....abi bersemangat suruh umi belajar sama....tapi depan cikgu tu je abi tunjuk semangat...belakang cikgu tuh, siap cakap slow-slow lagi kat umi..."nak join renang ke?...macamane baju renang?...x ketat ke?..".....umi pun cakap.."ade baju renang muslimah sejatilahhhh, siap baju loose kat luar n tudung..."....ehhehehe....if join sekali ngan kawan-kawan cluster aritu, bolehlah tahan sebab ramai perempuan. Nih umi sorang je....malulah....xpelah, lain kali jelah...skrang buat latihan di bilik air dengan merendam kepala ke dalam baldi, slow-slow belajar cara nak bernafas dalam air dengan betul dulu....hehehehe...

Wahhh...kite dah nak berpuasa kan eh....bestnyeeeeee.....bile bulan puasa je...mesti sentimental feeling tuh mai sebab secara automatik akan ingat kenangan berRamadhan di KUSZA...KUSZA nih lain (x tahulah keadaannya skrang...dah moden kot)...duk KUSZA rase soleh tuh menebal jee tapi kuor dari KUSZA terus soleh tuh menipis secara perlahan-lahan seperti menipisnye lapisan ozon di langit....hehehhehe...oklah, posting akan datang nak cite pasal pengalaman di KUSZA n duk perlis nih ade jumpe pulak kawan seKUSZA dulu. Ringkasnya, if boleh kembali ke masa lalu, umi nak pegi ke zaman belajar di KUSZA....memang best...."Ya Allah, semoga berikanlah ku petunjuk untuk kembali ke pangkal jalan.....aminnnnn....macam doa untuk penagih dadahlah pulak ngan gune ayat ke pangkal-pangkal jalan nihh....hehehheheh...ape-apelah, yang penting semoga Allah swt sentiasa merahmati dan meredhoi umar, abi, umi n semua....aminnnn..

Nih pic umar n baby...bestfren kat umah nihlah..asal umar kuor main basikal je mesti p cari baby dulu...nih pic dicilok dari blog princess5 (halal yeee), boleh p kat link sebelah ye n tengok pic umar n baby lagi...nih satu jelah picnye, sebab umi suke pic nih....abang umar cam malu-malu je...sebab abang umar nih susah nak bergambar ngan budak perempuan...tapi ngan baby oklah pulak....comel n manja je baby duk peluk abang umar tuh...cantik kan gambar nih....hehhehehe....


Oklah, panjang lebar dah nih, dari satu cerita ke satu cerita....lagipun yang menulis nih pun rase nak termuntah...ape tah lagi yang membacanya....ok, papaiii... :)

Sedihnyelahhh....

Salam semua, silalah tengok :
Bagi link jelah ye...oleh sebab tulis posting arini kat opis jadiknye x bolehlah nak bukak youtube n letak je video kat dlm posting nih....sebabnye duk kat opis nih dah difilter webnye...jadiknye hanya web-web tertentu jelah yang boleh dibuka. Takpelah, yang penting diharap pembaca blog nih dapatlah jugak menekan link tuh. Janganlah berat tangan nak tekan link tuh yeee....bile dah tengok nanti, gerenti x menyesal.... :) . Terima kasih kepada en.kambeng kerana memberikan link youtube tu pada saya.

Selama nih saya hanya mendengar je pasal kebuluran di Afrika..kebuluran di China...kebuluran di Korea Utara...kebuluran di Darfur...dan banyak tempat lagi berlakunye kebuluran. Saya selama nih, x pernah ambik berat n ambik pusing pun pasal kebuluran nih. Bile tengok di tv pasal kebuluran, saya cume simpati ketika process pemberita baca berita tu sahaja dan selepas 10 minit, saya dah x ingat dah. Teruk betul saya nihh.

Banner Darfur yang saya letak kat bawah posting-posting nih pun sebab saya nak saya sentiasa ingat tentang kesusahan orang Islam yang lain. Yelah, lebih mudah..setiap kali bukak blog sendiri n tengok banner tuh, hati jadik sejuk skit dengan rase insaf....x 100% pun tapi 0.1% pun dah Alhamdulillah dah...

Bile saya tengok link video tuh semalam...sampai saat nih pun saya masih duk teringat-ingat lagi kanak-kanak yang kebuluran di Uganda tuh....sedihnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....air mata nih x dapat nak ditahan-tahan dah bile melihat keadaan kebuluran pada kanak-kanak tuh. Memang betul-betul sedih. Yelah, saya nih memang azalinya tangkap leleh tuh terlebih sudahhhh...tambah-tambah bile tengok drama yang ade pelakon Latif Borgiba. Maka secara automatiknye, mata dah bersedia dengan air mata....Yelah, saya nih x boleh tengok mende-mende sedih, mesti feel sedih tuh terlebih-lebih dari pelakon tuh sendiri.....hehehehehhehe...

Tapi, seriusnya....kita selalu je mendengar Pertubuhan Kristian bukan main bersemangat menolong orang-orang yang dalam kesusahan nih. Pertubuhan Islam pun ade memberikan sumbangan kepada negara-negara yang susah nih tapi kurang sedikit berbanding pertubuhan Kristian yang sentiasa bergerak aktif dan sanggup bersusah payah demi memberi bantuan. Maybe nih jadik salah satu sebab yang skrang nih dalam Islam pun ade Sister....Sisters in Islam...hehehhehe...

Rasenye orang-orang Islam banyak yang kaya-raya...pak-pak Arab jutawan minyak...Malaysia pun x kurang jugak, sebabnya sekarang masing-masing yang kaya tuh pun dah buat rumah berpuluh-puluh n beratus-ratus juta. Maybe orang-orang kaya Islam nih cakap, diaorang bagi duit pun takkan nak bagitahu kita....ehehehehe...tapiiii, sekarang nih dah jadik budaya dah keuntungan melalui kebajikan.... :)

Kalaulah ada undang-undang yang mewajibkan jutawan-jutawan seluruh dunia memberi sumbangan 10% dari keuntungan bulanan mereka untuk golongan susah. Tapi, bukanlah pulak mengharapkan sumbangan mereka itu sebagai duit belanja bulanan orang susah, nanti terlebih subsidilah pulakkk. Tetapi sumbangan tuh dibuat pelbagai perlaksanaan untuk menjana golongan susah memulakan kehidupan baru yang lebih baik. Mesti dunia nih baikkkkk je kan n xde masalah....realitinya, dunia nih mana boleh baik jee....heheheehehhe....

Yelah, negara kita pun ramai yang susah...Takpelah, kita ade pusat Zakat...jadiknye masing-masing pandai-pandailah nak buat ape kat kaunter zakat tuh....ehhehhehee...yelah, dengan banyaknye duit zakat yang terkumpul, lebih mudahlah pekerja-pekerja di Pusat Zakat bergerak aktif untuk memberikan bantuan kepada pihak yang memerlukan. :)

Wahhh....panjanglah pulak saya berleter nih, mesti ade yang lepas baca nih kepala jadik pening n terpaksa p cari panadol....kekkekekke....jadiknye, pengajaran yang saya dapat dari video tuh, betapa seksanya kebuluran itu tambah-tambah pada kanak-kanak dan keikhlasan seorang kakak. :)

Special Post

Posting nih khas untuk mamahakim n en.beng, yang sama kelab persatuan...hehhehehhe....



Tak nak komen lebih-lebih, kite sama-sama tengok ajelah. Ada banyak lagi bukti di youtube bagi speku-speku yang dibuat disuratkhabar. Mane yang betul? either suratkhabar yang hanya ade tulisan or video yang papar cerita. :)

Teringat kisah lama, acara nih biasenye bermula lepas isya' dan berakhir tengahmalam, tapi kuor pun ngan umar, mak, ayah n qayyum...umar time tuh baru 6 bulan kot, semangat punye pasal, x kisahlah, angkut jugakkkk....(acara tuh rahsiaaaaa...hehehhehe). Time nak balik tuh, singgahlah tengok-tengok orang yang bukak gerai tepi-tepi jalan tuh. Tiba-tiba terdengar suara seakan berbisik dibelakang saya. Suara tuh mungkin dah berkali-kali menegur saya dari belakang tetapi saya tak sedar. Bile dah sedar, memang terkejut besarlah sebab x sangka...rupenyee suara bisikan tuh dari En.Siwok yang cute comel dan ustaz Superman yang hensem...hehehhehhe...kenangan paling lawak sebab En.Siwok n ustaz Superman tuh pun memang lawak giler...if bersembang ngan diaorang je asyik nak terkekeh je sokmo.....rupenye kitaorang satu kelab. Masih keeeee?....heheheheh..

Tetamu Yang Tidak Diundang..

Sejak cerita MJ ditulis dalam blog nih....banyak pulaklah tetamu-tetamu yang tak diundang masuk melalui google, sweetim etc....saya dah pun simpan cerita MJ n saya memang tak berminat langsung orang-orang luar buka blog nih except who behave well :)

So, to anyone who uninterested, please do not read n pleaseeee get out.... :)

Hilang Boring Jap

Aritu tengok kat youtube, hippo nih duk nyanyi lagu In The Jungle....comel n cute je...tambah-tambah ade dog galok tuh, duk menari gelek-gelek kat hippo, tapi hippo maintain selambe jee. Tapi yang tampal kat blog nih hippo n dog nih duk dikir barat pulok doh....kecek klatee lagi....macam kena je ngan lagu Anak Tupai nih....hehehhehe....



Macam-macam, orang klate nih kreatif n rajin dehhh. Ade pulak tuh siap buat video klip lagu Irwansyah tuh, Pencinta Wanita....bijok...bijok...bijok memplagiat....hehheheh....xpelah penyanyi Sheqa (nama penyanyi Pencinta Wanita kelate version) nih kreatif dan inovatif jugaklah. :). Tapi, baca kat komen-komen tuh, ade gak yang marah, rasenye cam orang indonesia je yang marah tuh, yelah dah lagu diaorang....tapi, rasenye x payahlah nak marah-marah, Sheqa tuh buat untuk suke-suke je kot sebagai tanda dia minat sangat lagu tuh. Tapi (banyak betul tapinyeee...hehehhe..) orang kelantan nih, diaorang boleh rakam lagu macam-macam, pastu laris pulak kat sane tuh, esp. dikir barat.

Lagu dikir barat tajuk "Katok", tengok dalam youtube, best jugak sebab ade Crazy Frog n tiga orang atok duk membebel...bile campur ngan muzik, kira cam atok-atok duk tengah rap lahh...hehehehe...nanti nak tunjuk kat Umar, mesti dia suke katak duk nyanyi " ting...ting.."...Umar suke sangat Crazy Frog tuh. Dalam ruang lingkup diaorang je, boleh jual-jual album bagai....tuhlah cakap orang kelantan nih bijak....puji lebih-lebih pulak, tapi dah bile pikir-pikir memang jelas pun...hehehhehe

Kisah Sebelum Diet

Diet skit-skit, senaman skit-skit, akhirnye turun jugaklah skit berat badan nih. Berat badan pernah mencecah 59kg, itupun tahu bile p timbang kat hospital kangar baru nih. Setiap 2 bulan ke 3 bulan sekali, saya ade rawatan kat hospital kangar according to masalah saya yang selalu keguguran, dah lebih dari 3x, dah 5x untuk 4 tahun. Tapi, if ade bercerita kat kawan-kawan, saya cuma cakap 3x je, malas nak panjang lebar. Sebenarnye, dah setahun lebih saya buat rawatan kat hospital kangar.

Awal tahun nih, lepas doktor dah cek, saya kena ambik darah 11 tiub sekaligus, rase nak pengsan sebab cam rase p derma darah...walaupun bukan tiub besar cam derma darah tuh, tapi dah banyak memang raselah jugak darah ditarik keluar, siap tanye lagi nurse, "bile nak cukup nih...takut dah saya nih", nurse suka je....ehehehehheh. Pastu, pergi pulak rawatan seterusnya, nak tahu keputusan tapi kena ambik darah pulak skali lagi, sebab 2 makmal x tahu darah saya p mane. Takpelah, mujur kena ambik 2 tiub darah je.

Pergi pulak lagi, keputusan x dapat lagi sebab 2 result p hantar ke makmal kat kl, n kena tunggu lagi, tapi doktor cek2 n ambik sampel ape yg patut....kesian jadik ibu bermasalah nih...hehehhehe... sebabnye rawatan nak ambik sampel tuh memang sakitlah, bile balik umah tuh, tiba2 darah kuor n perut pun sakit...hmmmmm...

Last saya p hospital pulak, bulan 4 baru nih..dapat semua keputusan. Doktor bagitahu semua keputusan saya baik. Siap doktor bagitahu satu-satu n explain....explain pulak tuh siap lukis-lukis lagi, doktor explain macam saya nak p exam medic esoknya. Lawak betul. Doktor cakap saya sihat, xde masalah n normal, ringkasnyalah, cuma badan saya cepat menolak janin yang cacat or x cukup sifat. Lagipun janin yang gugur tuh semua dalam linkungan 2 1/2bulan, patern yang sama. Setiap sesuatu tuh ade hikmahnya. Doktor cakap xde rezeki lagi n usaha manusia kita dah buat, cuma tunggu rezeki dari Allah swt jelah... :)

Tapi, time pegi rawatan ke berapa ntah, doktor yang lain cakap saya rahim lemah etc. Bile keputusan kuor, doktor lain pulak cakap lain....ehhehhehehe.. Xpelah, yang penting saya dah mendapatkan rawatan. Cuma last saya pergi baru nih, doktor cuma bagi vitamin je n doktor cakap saya x perlu apa-apa rawatan dah....hehehhehehe...sebab doktor cakap saya sihat n perlu membiarkan secara semulajadi untuk hamil tuh. Doktor suruh datang tahun depan pulak...hehehhe...tapi, if hamil semula, saya kena cepat ke klinik. Selalu saya pergi Poliklinik kat kuala perlis tuh je.

Xpelah, alhamdulillah...lepas rawatan terakhir baru nih, saya dah rase lega dengan penerangan doktor. Doktor-doktor n nurse-nurse kat hospital kangar memang bagus. Saya suka buat rawatan kat hospital kerajaan (wah cam ayat raih undi jeee....kekekkeke), sebabnya rawatan yang dilakukan berlanjutan dan ade susulan walaupunnnnnn lambat sdikit. If contoh lepas bersalin, nurse akan datang ke rumah untuk tengok baby, call kita if x ikut tarikh p klinik etc...saya suke macam tuh.

Sebenarnya, dulu saya dah buat rawatan kat klinik pakar sakit puan di kangar nih...bayar mahal tapi rawatan yang diterima macam x berapa nak puashatilah. Doktor pakar tuh x percaya saya banyak kali gugur, dia cakap saya sihat n rahim ok, jadik perasaan saya je pasal gugur-gugur tuh. Doktor pakar tuh tanye keje saya ape n cakap saya stress dengan keje, memanglah rasenye ade kaitan jugak tapinye yang geramnye sebab dia cakap cuma perasaan saya je....alahaiii...

Pastu dah rase cam malas dah nak p klinik pakar tuh, saya p hospital besar...kat sane memang dah ade rekod if kite masuk wad, jadiknye senang skit, masalah perasaan saya yang sangka saya gugur tuh xde, sebab semua bukti ade dalam rekod. If saya x p hospital besar, saya gugur n p klinik biasa, doktor klinik biase pun akan cek n rekod. If dah gugur semua, x perlu cuci dah n doktor klinik x sarankan p hospital besar, if kena p hospital besar, doktor klinik akan buat surat. Tapi, saya x p hospital besar trus sebab takut, if 5 orang doktor selang-seli nak cek kita, 5 kalilah kena korek....takut n serun...hehehheheh

Jadiknye skarang, saya dah ambik keputusan untuk menguruskan badan....sebab dulu-dulu saya biarkan je badan saya naik sebab sentiasa menunggu proses untuk hamil. Bukan sebab saya dah putus asa untuk hamil. Tapi, saya biarkan aje...ade rezeki adelah n insyallah, semoga cepat-cepat ade rezeki n x gugur dah...aminnnn...Lagipun, kesian kat umar, lepas tengok baby eidel aritu, selalu je cakap, "umiii, umar nak adik laki tau...cam baby eidel". Padahal baby eidel tuh perempuan. Bile umi cakap baby eidel tuh perempuan, umar marah betul, siap cakap, " 'gholek-gholek' baby eidel x tumbuh lagi, dah besar nanti tumbuhlahh".....kekekkekeke...lawak betul.

Kerap gugur pun sakit jugak sebab lepas gugur je mesti badan rase x sihat n cam ketar-ketar je...kena tunggu 2-3 minggu jugaklah badan sihat smula cam biase...paling rase x sihat time gugur kali ke-3 dulu, siap nani n tok ayah datang sini ambik umi n umar lagi, bawak balik ke pekan, umi dah cakap x payah, tapi nani n tok ayah suke sangatlah if umar duk pekan....bersemangat tuh datang ambik cucu....hehheheh...tapi gugur kali ke-4 n 5, dah biase dah, siap p klinik biase je ngan abi n umar, pastu siap p makan roti canai pulak...ehehhehe...cuma badanlah cam lemah-lemah gitu, cuma makan vitamin n minum air masak banyak-banyak jelah.

Skarang berat saya dah 54.5kg...saya nak sampai target 49-50kg je, jadiknye kena turunkan lagi 4-5kg lagilahh...Sebelum kawin dulu 45-47kg, saya xnak dah....saya nak biase-biase je....x kurus n x montel sangat....hehehheheh...Mintak-mintaklah tercapai target tuh, sebabnye kadang-kadang iman makan tuh lemah skit....asyik nak makan je, sebab dah biase makan sokmo. :)

Pukau Lihat Masa Lalu

Rasenye perkara yang saya nak ceritakan kat post arini agak menarik jugak, saya yang raselahhh orang lain x tahulah....hehehhehe...Sebenarnye, dah lame nak tulis pasal nih, tapi sebab ari-ari rase malas nak berposting. Abihnye, dah terlanjur minggu nih minggu yang amat rajin berblog. Nak tulislah serba skit hasil dari penengokkan di tv, cite ape lg...cite Oprah duk pot pet pot petlahhh....kisah nih hanya ulangan dari tahun lepas. Tahun lepas saya dah tengok, cuma x concentrate n x berminat ngan topiknye, tapi tengok pulak ulangan baru nih, rupenye barulah paham isi kandungannye...memang menarik.

Hasil yang baru mula diterima oleh orang-orang di amerika, tetapi kajiannya dah dibuat lame, berpuluh-puluh tahun. Mulanya, oprah membahaskan isu fobia, ketakutan yang berlebihan terhadap sesuatu hal dan amat mengganggu kehidupan seharian. Untuk ulas perkara tuh, Dr. Brian L. Weiss, pakar psikologi yang guna method hipnosis atau pukau untuk menyembuhkan penyakit fobia nih. Untuk mensohihkan method Dr. Weiss nih, Dr. Oz jadi bahan ujikaji untuk rancangan Oprah tuhlah. Tapi, memang Dr.Weiss nih pakar pukau, dia dapat pukau kesemua penonton di oprah. If kat sini, sape pandai pukau kejenye ambik duit n barang kemas mangsa yang tengah x sedar tuh. Tapi kat US, pakar pukau jadik pakar psikologi.

Bermula dari method pukau tuh lahirlah konsep, membawa pesakit melihat kembali kehidupan mereka di masa lalu untuk menemukan sumber yang menjadi penyebab fobianya itu. Ringkasnya, dikatakan setiap manusia mempunyai kehidupan sebagai orang lain di masa lalu sebelum kembali lahir sebagai dirinya di masa kini, itu adalah reinkarnasi. Selalunya reinkarnasi nih kepercayaan Hindu ngan Buddha, tapi skrang omputih pun dah percaya. Rasenye, dalam kepercayaan Hindu, Jika kehidupan sebelumnya dia seorang yang baik, maka kehidupan akan datang pun dia akan menjadi orang baik jugak. Aritu ade tengok cite cina, x ingat tajuknya, lagipun tengok gitu-gitu je, ade sorang lelaki nih yang boleh tengok masa depan n banyak kelebihan (Andy Lau) n berkenalan dengan perempuan keje polis (rasenye, if x silap). Selalu je lelaki nih menyelamatkan perempuan tu dari jatuh bangunan, kena tembak etc. Tapi, akhirnya lelaki tu give up sebabnya memang nasib perempuan tuh macam tuh, sebab dimasa lampaunya, perempuan tuh adalah askar jepun yang suka membunuh orang. Macam ade kisah dalam cite LOST jugaklah, ada sorang penyanyi rock tuh akan mati jugak, walau ape cara dibuat oleh rakannya untuk selamatkan dia. LOST nih banyak unsur kepercayaan DHARMA, sebab asal cite nih penumpang kapalterbang terdampar di pulau misteri yang dikuasai DHARMA. DHARMA nih lebih kepada Buddha.

Ade penonton wanita berketurunan cina yang menetap di amerika. Dia dihipnosis oleh Dr.weiss dan semasa dihipnosis, wanita cina tuh melihat dirinya dimasa lalu sebagai seorang wanita bernama Manju tinggal di satu daerah pergunungan di Nepal. Ada masa ketika dia turun dari pergunungan Nepal dengan membawa seguni gandum menuju ke kota kecil di perbatasan Nepal dan India, Anji. Semasa hipnosis itu, dia sangat fasih dan lancar berbahasa hindi, padahal dimasa kininya dia wanita cina yang x pernah berbahasa hindi dan x pernah ke Nepal. Jadinya, untuk menunjukkan kebenaran kisah wanita cina tuh, wartawan oprah telah membuat kajian. Di peta skrang x ada kota bernama Anji, tetapi di peta 50 tahun yang lalu, ada titik kecil di sempadan antara Nepal dan India yang bernama Anji. Wartawan tersebut kesana, dan menyoal orang-orang tua di Anji, mereka mengatakan dahulu memang terdapat sebuah pasar yang penjualnya adalah wanita-wanita dari pergunungan Nepal. Maka kisah wanita cina itu memang benar mengenai kisah masa lalunya.

Banyak kisah lagi dalam oprah tentang pesakit-pesakit Dr.Weiss nih, kajiannya untuk membuktikan wujudnya reinkarnasi. Dr.Weiss sendiri membuat hipnosis keatas dirinya, yang mana dimasa lalunya dia adalah adalah seorang pendeta yang kejam dan jahat. Dan masa lalunya yang seterusnya, dia adalah seorang pendeta yang arif bijaksana tetapi akhirnya dihukum mati kerana mengajar ilmu reinkarnasi kepada orang-ramai. Ini bermakna, kejahatan Dr.Wiess pada kehidupan pertama telah dibalas pada kehidupan kedua.

Dalam rancangan Oprah tuh, banyak lagi kisah-kisah menarik, tapi xlah nak cerita semua. Nanti panjang lebarlah pulak nak menaipnye, ini pun dah panjang sangat dah...yang mengarutnye, ada yang fobia dengan ayam, setelah dihipnosis rupenye dulu dia sebutir beras...hehehhehe...lawak betul.

Dr.Weiss kata, ini adalah benar, kerana kajian telah dibuat berpuluh-puluh tahun dan bukan dia seorang yang membuat kajian. Pakar psikologi lain juga ramai yang membuat kajian mengenai reinkarnasi ini, seperti Dr. Helen Wambach, Prof. Ian Stevenson etc. Ini adalah kajian dari segi saintifik dan ia berkaitan dengan DNA or genetik iaitu dari segi pembawa sifat yang diwariskan secara turun-temurun dari nenek moyang hingga generasi sekarang. Mungkin, reinkarnasi ini serupa dengan Dejavu, iaitu seolah-olah pernah kesini atau ada di suatu tempat, yang banyak juga dirasa oleh orang sebagai suatu keadaan yang sering dialami. Orang-orang barat amat mempercayai sains. bermula dari Galileo membuktikan dari segi sainsnya, bumi ini bulat, bukannya persegi empat. Tambah percaya dari kata-kata manusia IQ tertinggi, Albert, "Science without religion is lame, Religion without science is blind".

Sains dari barat kadang-kadang boleh menyelewengkan akidah. Bahayanya sains, tambah-tambah dengan peredaran masa yang manusianya semakin amat moden, yang mana ledakan revolusi teknologi mencabar fungsi agama. Kita sebagai orang Islam, mempercayai dan menyakini Hari Akhirat, Syurga dan Neraka. Tapi, saya rase orang yang berpengetahuan tinggi patut menghuraikan isu ini. Saya cuma memberitahu apa yang diceritakan oleh mereka-mereka di Oprah tuh...ehehhehe...Harap if Ustaz Madi baca nih, bolehlah dia huraikan di blognye. :)

Ramahlah pulakkk...

Nih tag dari vog (my lovely blog), sorrylah vog ye, baru nak buat...lagipun setiap satu nak 5 perkara...banyak tuhhh. Disebabkan nampak cam banyak nak kena fikir tuhlah asyik tertangguh je nak buat....nih, akhirnyee buat jugak...Silalah baca 5 perkara mengarut dariku ini....kekekkekek...

1. "5" nama timangan

  • Slalu orang yang kenal panggil noni or kak noni...orang x kenal x panggillah, sebab x kenal..
  • Umar panggil umi...bile posmen tanye,"ibu ade?"...umar jawab,"ibu xde, umi ade"
  • Suami panggil awak or noni je...if bercakap ngan kawan-kawan dia, dia sebut, "wife aku arini gune kete, aku kena tunggu wife aku ambik dulu..bla..bla..bla"...dalam hset dia tulis "isteri"...lawak pulak, punyelah skema tahap tertinggi suamiku itu, xdoklah dia nak tulis sayang ke darling kee....jauhlah, jauh berkilo-kilometer...lebih jauh dari garis yang dibuat oleh pen kilometrico...nasib baik x tulis "isteri 1"..."isteri 2"....if macam tuh, memang nak kena kerat 19, lebih satu dari arwah mona fendey....kekekekkekek....(ya allah, nauzubillahimin zalik)
  • Kok de...nih adik-bradik panggil...
  • fatimah....nih panggilan formal...tapi saya suke orang panggil fatimah...cam classic.fm je...dulu time kecik-kecik slalu brangan, napelah ayah x letak nama tun fatimah noni... :P

2. "5" sifat/tabiat buruk

  • Tak boleh serabut-serabut dengan orang time nak mengemas rumah...nak dapat marahlah, yelah, time orang nak menyapu tuhlah sibuk duk kehulu kehilir...cam x boleh lalu ikut lain...
  • Suka buat muka kesian + muka cam x tahu, sebab tuh selalu kena marah ngan cikcu n cikadik..diaorang cakap suke buat muka cam orang bodoh je, sebab tuh orang selalu pandang rendah...xpelah ehhh, orang nak pandang rendah ke, pandang sipi ke, jangan pandang belakang ke...lantaklah eh, yang penting den happy :), maybe sebab keyakinan diri tuh kurang, tapi skrang maybe dah naik skit tahap keyakinan tuh...kekekkeke...sentiasa memperbaiki diri
  • Selalu cubit umar...kesian umar :(....yelah, sebabnye kadang-kadang perangai umar melampau-lampau sangat....tapi, kadang-kadang rase sedih jugak...nak jadik ibu mithali nih susah kan....tambah-tambah umi nih kurang sabar....tuhlah, sentiasa berdoa dengan Allah swt supaya umi n abi nih jadik ibubapa yang baik, umar anak yang soleh....aminnn :)
  • Suka tengok cite hantu kat tv....pastu mulalah, bile buat keje sampai lewat malam, umar n abi pulak dah tido....tiba-tiba rase takut je, trus lari lintang-pukang masuk bilik...komp. pun x sempat tutup, takut punye pasal...
  • Cepat marah n cepat cool...bile marah memang muka cam nak makan orang, masam n diam je....hehhehehe....

3. "5" makanan favourite

  • Laksam
  • Laksa kuah pahang
  • Nasi panas-panas makan ngan budu, ikan kerisi bakar n ulam...
  • Mee goreng basah
  • Nasi dagang kuah ikan aye + lada kecik

4. "5" subjek pelajaran paling suka

  • Lukisan - time sek.ren...banyak masuk pertandingan...tapi, slalu dapat no.2, sebab no.1 anak murid kesayangan cikgu dah cop...hehehhe...
  • Geografi - suka tahu bagaimana mukabumi terbentuk, flora fauna, ekosistem etc....
  • Bahasa Melayu - ingatan paling manis sek.men....dapat no.1 dalam menulis karangan dengan menyambung cerita bermula dari perkataan tiba-tiba....menang sebab jalan cerita lain dari yang lain, ade bentuk horror suspen skit...ekekeke.....lagipun dulu kan rtm mengharamkan adegan tahyul jadiknye sebab suka sangat ngan cite horror nih maka saya intrapitasikan ke dalam karangan skolah...hehehehe...Masuk jugak reka cereka untuk majalah skolah....buat bertiga ngan kawan baik...nik n misah...jalan cerita pun boleh tahan gak, kisah orang kerdil...bukan kisah yang berakhir rupenye dia ade barah otak...jalan cite tuh memang klise betul time skolah-skolah dulu kan....hehehhehhe...
  • Insya' - subjek karangan bahasa arab...score tuh dlm SMA...tapi, sebenarnye x tahu macamane boleh score...rezeki.. :P
  • C/C++ Programming - mula minat dari utm..tapi time tuh x study betul-betul...skadar tahu je...pastu keje kat shahputra...kena ngajor subjek tuh jugak...tapi x study lebih-lebih sangat pun...study ikut silibus je...tapi alhamdulillah, mengembangkan ilmu dengan ambik master, buat prog dalam c...bile pikir-pikir, rupenye kitaran hidup kita ni ade kaitannye...dulu, time projek akhir kat kusza, saya n nora (lame x dengar cite nora) buat projek pasal tabung darah, x menjadi pun, dapat cukup makan je...pastu, saya sorang kena ulangbalik subjek c time utm dulu, x boleh transfer credit dari result kusza cam kawan-kawan lain, pastu mengajar pulak subjek c kat shahputra. Rupenye semua tuh ade kaitan ngan kehidupan saya skrang....buat projek master guna c untuk dna (darah ade dna)...insyallah, tajuk yang sama untuk coming phd..nampak kitaran tu simple cuma prosesnya melibatkan masa...rupenye setiap sesuatu kejadian itu ade hikmahnya....Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kepada Allah swt...

5. "5" benda wajib dlm purse

  • Duit skit...
  • IC umi n umar
  • Lesen kete
  • IC kawin
  • Insuran medical card

6. "5" topik yang biasa di bual bersama pasangan/teman.....

Time rase nak bercakap, macam-macamlah topik x kira ape...rase malas nak bercakap, diam jelah. Macam tulis bloglah jugak, time rajin ade posting, time malas or bz xde posting... :)

7. "5" MANGSA TAG - yang dipilih adalah semuanya kaum ibu...

  • Mamahakim - walaupun dah sarat, kena buat jugak....
  • Mama OdahIloh
  • Ummi Damia n Marha
  • Ummi Mujahid - walaupun vog dah suruh buat...tapi i tulis jugak nama u skali lagi...hehhehehhe...
  • Mommy Aqil n Arif

Ok vog, sudah siap kerjaku setiap 5 perkara itu. Panjang lebar lagi huraiannya....hehhehehe..wahh, ramahlah pulakkk :P

Umar Nak Balik Kampung

"Umi....umar nih dah lame dah x balik kampung tok ayah...umar nak naik bas...nak p umah tok ayah"...selalu jugaklah umar duk merengek nak balik kampung. Padahal baru je balik awal bulan 5 aritu. Kenduri aqiqah baby eidel...tp balik baru nih x best sangat...sebab sibuk ngan batuk umi....batuk sama sibuk ngan kaki tangan time kenduri tuh.....malu kat orang....yelah, takut nanti orang yang datang geli nak makan lauk pauk kat umah tok ayah...rupenye idokkk...nasib baik....batuk sokmo-sokmo pun malu jugak kat orang....yelah, takut orang geli ngan kite ke ape ke...siap ngan kain lampin lame umar lagi buat tutup mulut...besar skit kainnyee....senang tutup seluruh muka....kuman pun x terkeluar berterabur banyak sangat.... :P

Umar nih sebenarnyee rindu sangat kat tok ayah dia....selalu je tibe-tibe duk cakap kat umi depan tv, "umi, umar suke sangat kat tok ayah....nani...bong....cikcu...cikteh....baby eidel...cik adik...bla...bla..bla..". Cikcu nak balik ke upsi aritu pun umar pegang kaki cikcu supaya jangan balik....duk umah tok ayah jee. Aritu kat pekan, umar sayang sangat kat baby eidel...asyik duk menempel nak jaga baby eidel..."cik adik, kalau pampers baby eidel dah abih...ambik pampers umar, umar bawak banyak"...hehhehhee....yelah, umar malam-malam pakai pampers, takut kencing kat tilam...tapi skrang dah x pakai dah, alhamdulillah, stakat x pakai nih, x pernah lagi kencing atas tilam...baby eidel lak jenis muka masam jee...muka duk ohhh ehhh ohhh ehh...muka serba x kena....hehehhehe....lawak betul muka baby eidel...comelll jee...


Pic nih umar duk merenung tok ayah n naim di bangsal sambil menunggu ayam barbeque siap. If umi marah umar je...mesti umar merajuk, "umar nak naik bas sorang-sorang...nak p umah tok ayah"...amboi kecik-kecik dah berangan nak lari-lari dari rumah..... :)

Makan aje....

Malam isnin nih, abi duk conquer tv...pasal ade siri baru kat AXN...Leverage....abi suke tengok cite tuh....mujurlah umar tido awal malam nih....maka, abi tengok tv dengan selesanya....selalunye, if umi or abi nak tengok cite pilihan je...mesti umar suruh alih citer lain...."umar xnak tengok cite nih....abi, alihlah citer lain...lame dah umar x tengok powerpuff girl"....hehhehehe....padahal tiap-tiap hari duk tengok cite kartun, powerpuff girl...ben10...spongebob...wordworld..etc...umi ade gak ejek umar,"umar laki tapi tengok powerpuff"...umar mesti marah....aritu nak beli beg skolah baru...tunjuk kat dia beg pic powerpuff girl tuh...."umar xnak beg nih...nih beg orang pompuan" :)

Malam esok pulak, time umi conquer tv....biaselah...citer desprate housewife....malam esok mesti dah nak last-last dah...sebabnye edie akan mati kena karan...jeng..jeng..jeng....hehehhehe....nih x best nih sebab if dah abih citer nih, nak kena tunggu lamelah pulak untuk season baru...

So, sementara abi duk melayan tv....umi duk melayan internet...malas tengok tv, x minat citer yang abi duk tengok...nihlah masa nak duk godek-godek blog nihh...yelah, time cuti skolah nihh....siang-siang memang susahlah nak duk kat komputer sebab umar slalu je ajak bersembanglah....suruh umi buat itu...buat ini....if umi dah letih, naik anginlah....kena marah....tapi skrang, nak marah betul-betul pun susah...asyik nak tersuke jee...kelakor duk dengor umar membebel bile umi duk marah....hehehehehe....selalu umar suruh buat makanlah...awal pagi dah nak nasi....tapi, umi x amalkan sangat nasi pagi-pagi, selalu bagi sarapan yang sesuai je....tengahari n maghrib baru makan nasi...petang tuh makanlah ape-ape yang ade..kuih ke, cekodok ke, keropok lekor ke...badan umar pun makin bulat dah skrang....asyik makan jee....

Nih, pic lame jugaklah, akhir tahun lepas kot...mane ade pic baru pun....lame dah x ambik gambor...saje tunjuk pic umar makan sambil tiup belon...selain nasi, roti pun umar suke gak....roti yang bungkus 50sen tuh, pagi-pagi umi buat roti bakar cam kat kopitiam tuh...ehhehehhe....umar nih cerewet sangat bab makan....kat kedai cume boleh makan roti canai je....nasi-nasi memang umar x makan....asyik nak muntah je bile tengok nasi kat restoran...kadang-kadang geram gak....tapi sebenarnye bagus gak...sebabnya buat kitaorang x kuor makan luar....tiap-tiap ari makan nasi kat umah je...cume ujung-ujung minggu p sarapan roti canai :)

Pesona Manusia

Salam semua, sunyi betul blog nihh....kadang-kadang ade, kadang-kadang xde...xpelah, yang penting ade masa n idea barulah saya postingkan ceritanya....jadiknya, arini baru ade cerita nak dicoretkan....sebenarnya, aritu pn.hada ade suruh bagi komen skit pasal Susan Boyle....yelah, dari pn.hada sefamily masih ade kat uk sampailah dah balik sini smule, barulah saya nak buat komen nih.....hehehhehe...sorrylah pn.hada, lambatlah pulak....tapi, x lambat lagi rasenye nak ucap "Welcome Home hada n family"..... :)

Aritu pn.hada ade citer pasal Susan Boyle kat blog dia (cari link kat sbelah ye), pastu saya pun tengoklah Susan Boyle tuh kat youtube....sebabnya nak tengok kat tv..rasenye kat tv mesia nih xde lagi Brittain Got Talent 2009....x tahulah if kat astro ent dah ade....sebabnye umah i cume sewa astro pekej biase-biase je, xde lebih-lebih....hehehehe...off topic jap, yang paling menyampah ngan astro nih..astro kirana yang umar n umi duk suke tengok cite antu tuh pun dah masuk pekej lain yang kena bayar lain...bijak astro nih dalam hal kutip duit orang ramai, if rancangan realiti nak undi sms, pandai lak letak kat astro ria jee....geram betul, if astro nih ade pesaing lain...memang lame dah tukar....cam tukar digi ke maxis ke....maxis ke celcom ke...celcom ke telekom ke....hehehehhee

First time tengok Susan Boyle kat youtube, walaupun dia hebat tapi saya x rase terpegun cam saya tengok paul pott nyanyi lagu opera Nessum Dorma dulu....maybe sebab saya x pernah dengar lagu yang susan duk nyanyi tuh kot lagu I Dreamed a Dream dari muzikal les Miserables (nih pun tahu sebab baca komen kat youtube tuh) sebab tuh saya x terpegun sangat kot, tapi memang suara dia hebat n best pun....auranya pun lebih hebat dari mawi dan paul pott...hehehheheh...saya tertarik dengan kelaku susan tuh....lawak, ibarat kat sini cam joyahlah (bukan joyah_adam ye)....banyak mulut skit, x brape malu gitu, lawak-lawak n cam kampung skit bagi diaorglah...tapi bagi kita yang tengok susan boyle tuh, cam biase je, xlah hodoh sangat..tapi kat sane sampai ade orang gelar dia sikodok bersuara emas...apolah, bukannye hodoh sangat pun....tapi skrang susan tuh dah pandai bergaya....papparazi pun slalu duk ambik pic dia di mane-mane....dia lebih popular dari oprah...hehhehehhe...


Saya rase yang buat dia jadik popular sangat-sangat sebab ditambah dengan dia masih anak dara pada usia 47 tahun, kat sane peliklah if ade kes macam tuh sebab diaorang jenis x kisah halal haram...sampaikan popularnya dia, kat Wikipedia pun ade info pasal susan nih n dia mengalahkan semua orang ternama di dunia nih dalam rating kat youtube n Wikipedia tuh...dasat wanita Scotland dari kampung West Lothian, Blackburn nih...wahhh, kampung ke Blackburn tuh....hehehhehhe...

Dimana-mana semua sama je, tabiat prejudis minda manusia....yang nyata, pesona manusia tuh unik...bukan cam yusop selam ngan pesona bintangnya tuh....nak yang cantik jelita n hensem menawan je....x ketinggalan jugak prof yang sibuk ngan kisah mami-mamu penang tuh...kliseee sungguh....ehehehhe...tapi x semua macam tu, contoh filem yang x memerlukan pelakon yang cantik dan hensem ialah "Jogho" yang hanya heronya Khalid Salleh dan heroinnya Normah Damanhuri....filem tuh tetap hebat dan dapat banyak anugerah dalam n luar negara....

Oklah, dah meleret-leret dari Susan Boyle ke Yusop Selam pulak dahhh...oklah, papai.. :)

Dah baik dah....

Alhamdulillah, syukur sangat....Sekarang umi dah bebas dari batuk yang sungguh lame....dah berbulan-bulan batuk...dari awal tahun sampai pertengahan tahun....hehehhehe...lame sungguh batuk...kejap-kejap batuk simple-simple je, kejap-kejap batuk yang sampai nak terkeluar isi perut....nak tido pun susah, rase seksa betul ngan batuk yang lame nih.....pergi klinik dah berpuluh kali dah...siap kena pakai inhealer tuh (betul ke dok ejaan ngan nama alat tuh x tahulah...bantai jelah...hehehhehe...)..doktor dah berapa kali bagi ubat paru-paru....makan-makan ubat x baik jugak...ubat batuk pulak, awal-awal aritu makan pakai sudu....dah bosan, pakai teguk dari botol ubat batuk je....batuk je teguk, batuk je teguk....hehehhehe...dah bermacam-macam jenis ubat batuk dah...yang dari klinik x payah kiralahh..beli kat farmasi....nasib baik x jadik penagih ubat batuk je...nauzubillah....

Macam-macam petua dah buat....minum madu perah asam limau (nih petua jiran), minum air kelapa muda (petua dari cik naim)...minum air kelapa muda...pagi sebijik..petang sebijik..malam sebijik....punyelah banyak bijik dalam sehari....ehhehheheh....buat dalam 4 ari kot...x baik jugak...sepatutnya minum air kepala muda dah boleh baik dah....tapi, batuk nih degil sungguh-sungguh....if degil cam daki kat badan...boleh jugak nak digonyoh-gonyoh...disental-sental.....akhirnya licin balik kulit, nih memang jenis karat....nak kena kikis ngan pahat baru tanggal....hehhehheheh....pastu balik pekan baru nih, ibu (kakak ipar) cakap makan kicap satu sudu pastu perah asam limau....best jugak petua tuh...batuk je makan kicap n air limau nipis....tapi, tahan jugak skit....tapi batuk tetap x ilang....setiap 5-10 minit je batuk..batuk...batuk....

Kat pekan aritu, p klinik sulaiman..dia bagi berpeket pil paru-paru n satu botol ubat batuk khusus untuk paru-paru....pastu doc tuh cakap...if makan nih x baik jugak....kena p hospital, cek ape yang patut....tapi, makan dah nak abih pil, ubat batuk botol pun dah abih....x baik jugak....akhirnye, cik adik cakap...minum air masak banyak-banyak....umi pun minumlah air masak dalam botol mineral yang 2 liter tuh...yeke 2 liter...rase banyak tuhlah...hehhehehe...minum berbotol-botol sehari disertai ngan ubat batuk kicap ngan asam limau....tapi, akhirnya...alhamdulillah...batuk berkurangan....tapi, suara pulak x keluar.....nak cakap pun susah....dah 3 minggu suara xde....dari balik pekan aritu sampai skarang....hehhehehhe....xpelah, yang penting batuk dah baik....alhamdulillah....

Busy..jangan kacau

"Umi ngan abi jangan kacau umar tau....umar nak buat keje sat...umar banyak keje.."..konon-kononlah tuh....busy duk taip abc n 123 kat word je....umar tiru ayat abi lah tuh...slalu umar suke kacau abi buat keje....abi cakaplah macam tuh...umar kacau umi buat keje umi x kisah pun....dah besar, taklah kacau cam kecik-kecik dulu...dah besar nih kacau cuma suruh tolong ajar lipat kertas nak buat botlah, jetlah, topilah...


Nih pic bong ambik ngan hset dia aritu....umar memang suke pakai mende kat telinga tuh...name ape ntah benda tuh....alat yang paling simple pun boleh lupe nama ape...umi nih memang tak pandai pasal hardware nih....malas nak ambik tahu....heheheehhee...menyesakkan otak jee. (tapi if pasal cite kat tv x sesak otaklah pulak :P)...umi nih nama je ambik sains komp...skrg komp eng tuh.....kekkekeke..lawak lak...x pasal-pasal jadik komp eng....macamlah cerdik sangat siap berengineering-engineering lak eh....cam x layak jee...takpelah, x layak- x layak pun dah dapat nak buat guanee....ade hasil usaha jugaklah dari otakku yang kejap-kejap cepat kejap-kejap lambat nih.... :P

Umar nih tak suke tengok tv kuat-kuat....if umi or abi tekan volume tv lebih skit...mesti umar ambik remote n tekan jadik slow je...."slow skit....bisinglah umi"...hehehhehe....tapi if tengok cite kartun kat you tube...mesti dia pakai mende telinga tuh n pasang kuat skit pun xpe....hehheheh....

Saya suka Tiara Jacquelina :P

Macam peminat setia giler jee bunyi tajuk kat atas tuh....sebenarnye, taklah berapa minat pun...tapi suka....kenapa jadi suka....sebabnya, semalam duk tekan-tekan remote astro tuh....tertekan rancangan Cerita Artis Malaysia....pasal Tiara Jacquelina tuh.....bagus jugak the principal nih....daya usaha dia untuk majukan diri...suka menjadi seorang yang perfectionist dalam setiap kerjanya....sebab tuh dia sentiasa belajar.....dia pergi tasmania, australia untuk teman suami tapi sambil tuh dia ambik kursus macam-macam untuk ilmu seninya., ambik kursus penulisan skrip lagi....Bagus kan....hehhehehe....tapi, sebab apa bagus dan senang nak buat apa pun...sebab dia banyak duit...banyak duit berpuluh-puluh juta dalam bank...bolehlah nak buat ape pun....hehehhehe....

Tapi dalam bagus-bagus pun principal Tiara tuh.....AF terkini tetap x bagus (x ingat AF ke brape dah)....tak tengok pun....sebab tak suke....macam lembik je blake....cuma aritu tengok OIAM je...Shah Inderawan aka Tomok jadik juara tuh....best jugak tengok..tapi final x tengok pun....x tahu sebab ape yang x tengok tuh.....tengok dah last dah....Tomok peluk family dia sambil dimukanya ade misai yang x berapa terang...klakor amat muka Tomok....ehhehehhehe...kesian Esther n Aweera (artis kangar nih)....diaorang memang best...yang best jugak Simon...saya suka jugak Simon tuh....husky voice memang menarik untuk didengar....

Berbalik kepada kisah Tiara tadi, if saya duk KL...rasenye dah lame dah p ke teater muzikal Puteri Gunung Ledang n P. Ramlee tuh.....sebab saya memang suka tengok teater, cuma terhad serba-serbi dalam melaksanakan kesukaan tuh....hehehhehe....Yelah, tengok kat tv, macam best je promote teater-teater tuh....wahhh...beria pulak ulas pasal Tiara nih....xdok pekdoh betul....ehheehhehhe....

Oklah, selamat hari lahir buat pn.sue....pada 14.5 baru nih.....yang ke 32 tahun....muda lagi, walaupun ramai yang cakap kita dah tua....hehhehehhe....yelah, pn.sue selalu ingat wish behday kat i nih..sebabnya kitaorang punya tarikh hampir sama....saya 15.4 tapi pn.sue 14.5....eehehehhe....

Lame x berblog....arini dalam bz sampai rase jantung nak terkeluar pun masih sempat berblog....yelah, time jantung nak terkeluar tuhlah sibuk nak berblog....hehehehhe....

Sebab malas berposting....

Petang semalam sibuk berkebun....menanam serai yang dah berapa kali tanam dah...asyik mati je....hehhehehe....yang peliknye, serai je asyik x tumbuh subur, mati akar buruk....banyak sangat air kot...hehhehehe...tapi pokok lada, kunyit n pokok bunga lain naik elok je.....paling sayang pokok bunga ros yang merah menyala....dalam sebulan mesti ade 3-4 kuntum bunga yang mekar....hehheehhe....x banyak pun, tapi suke tengok....umar pun suka cium bunga ros tuh n buat report kat umi...."umi, bunga nih wangi...yang nih x wangi pulak...."...hehehhehe....

Skarang saya x brape nak posting dalam blog nih sebab xdok gambar nak tunjuk...x bestlah pulak posting xde gambar...banyak sebenarnyee nak cite...pasal p present paper kat PSU songkla aritu, pasal umar n cicaknye lagi, pasal umar dah bersongkok....citer pasal songkok, time mula-mula beli songkok aritu...p ikut abi main futsal pun pakai songkok tapi mesti sedondon ngan baju upin ipin...tuh memang dah jadik baju rasmi dah...cam YB nak melawat kawasan....ehehhehe...

Gambar tuh ade, tapi x boleh nak dimasukkan ke dalam komp....duk dalam memory card kamera jelah...yelah, malas nak p antor ke kedai...komp nih x boleh nak baca memory card tuh....detect virus....dulu ade pernah p antor kedai cuci gambar...kedai boleh bukak memory card tuh...tapi skrang x p lagi kedai cuci gambar.....malasnyelah nak bergerak ke bandar.....hehhehehe....

Tadi pulak....tertengok klip video pasal maid indon....sepak terajang budak umur x sampai 3 tahun....bodoh punye maid....pijak-pijak badan budak tuh....kesian budak tuh...menangis-nangis....ishhhh....x tengok abih pun klip video tuh, rase tensen giler....kesian kat budak tuh......nih yang buat rase terbantut nak berblog pagi-pagi nihh......slalunye if ade klip video yang papar aksi realiti ganas-ganas nih....saya x tengok....sebab takut.....pagi nih tengok pulak dah....terus jadik tensennnnnnnnnn.....geram ngan maid tuh....if saya jiran budak tuh....memang lame dah maid tuh kena pijak ngan pelempang.....wahhhhh, cam kuat jeee....kekekekkekke....

Award Yang Takde Red Carpet

Salam pagi selasa....pagi yang cerah n ceria :)...x p cluster dah brape hari dah....sebab ade musababnyee...hehehhehe....skrang nih bz jugak....1800(600x3 program) data dna punye pasal...skrang duk buat jadual jelah...supaya senang nak tengok untuk buat graph...

Oklah....award lagi skali saya terima dari pn.vog (my lovely blog) dengan sebab supaya blog eeewwwooo nih ade postingnye...time kasih....hehehhe...

Dulunya udah dibuat....

Aritu, ade tag dari ummi mujahid pasal gambar ke brape dalam folder tuh....pastu ditag jugak oleh vogue-lovely blog...pastu ditag pulak oleh puan zila-odahiloh blog....tag yang sama sudah saya buat yang ditag oleh mama hakim.....tag tuh dalam folder 2008 bulan disember (sadis blog eeewwwooo nih, nampak sangat orang x prasan nih....kekekkeke).....ok, tenkiu sebab tag i yeee....oleh sebab dah ade tag tuh, silalah rujuk yang sedia ade jelah...hehehhehe...ok, tq :)

Tuah ayam sape yang punyeeee?...

Reality program memang berlambak-lambak dalam tv skarang nih....ramai yang minat tengok rancangan pesen nih....termasuklah i nihh....hehehhehe....tahun lepas dalam bulan brape x ingat dah....cam biase, tengok oprah....jemput Paul Pott's menyanyi....dia nih pemenang Britain Got Talent 2007....best betul dia nyanyi stail opera omputih....lepas dah tengok oprah tuh....search ler kat youtube pasal paul pott's nih....suke betul tengok dia time audition...memang kesian betul....tengoklah kat bawah nih....sedih....sampai dia nyanyi tuh ramai yang mengalirkan air mata, termasuklah saya nih....kekekkeke...wahhhh, xdok kena mengena pun nak menangis jugok keee......yelah, kesian tengok muka dia....orang mula-mula x brape confident je dia boleh nyanyi hebat cam tuh....tapi bagus paul pott's nih....dia selamba jee n muka rendah diri tuh memang jelas.....



Time paul pott's datang nyanyi kat oprah tuh....dia dah diubahsuai oleh simon....gigi dah elok...muka dah x selebeh dah....penampilan pun dah kemas.....simon jugaklah yang buat album dia dan dah jual berjuta-juta....bagus kan eh....tuah dengan bakat semulajadi.... :)

Malam nih...rase nak search youtube pulak dah..pastu jumpe lak mende nih...klakar n menarik....baguslah jugak...sambil ikut budaya barat tuh, penari tuh x lupe budaya sendiri...pastu kreatif lak tuh....sampai orang pun tak sangka.....omputih sukelah menari meriah-meriah cam tuh....biaselah india, bab beria n meriah-meriah tuh memang dah azali dah.....hehehheh....



Terasa lawak lak...komen dari puan zie (student phd aka pengurus cluster) :) yang mengomenkan bahawa i tulis blog cam buat report suratkabor....ekekekke....ha'ah, rase cam memang betul je....hehehheheh...yelah, mendescribekan sesuatu tuh beria-ria dan penuh ramahnyee....bak kata en.kambeng....cara oprah mesia....kekekkekke...

Tag dengan rulesnya....

Untuk menampakkan ade post dalam blog nihh....saya jawab tag pn.aja dr shahaqilif.blogspot.com :) , sorry aja..k.noni baru nak jawab ler....dah bagi sebelum kite p songkla lagi....nih baru nak buat....hehehhehe....tag nih siap ade rules lagi....ok, nak buat kena baca rules dulu...

The rules:

It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. Have fun! Don't forget to post it!

1. What is your name: Noni
2. Four letter word: Niat
3. A boy's name: Najib
4. A girl's name: Najibutya (nama gadis mongul nih...jangan x tau pulak , :P)
5. An occupation: Nelayan
6. A color: Neon...warna cahaya lampu neon....hehehhe...ade kaitan kee...xpelah labuuu....asalkan huruf N....
7. Something you'll wear: baju berNila...t-shirt putih yang dinila sehingga kebiru-biruan....bolehlahhhh....
8. A food: Nasi goreng sardin...nih resepi mak i dan diolah menjadi ala noni...hehehehe...time mule-mule adik i (bong) mai sini, cube buat kat bong....bong cam suke je....if bong suke...maknenyee sodap ler.....hehehehe..
9. Something found in the bathroom: NonSilk....jenama baru syampooo....hehehehhe...bolehlah reka-reka pun....
10. A place: Nenasi, Pekan, Pahang
11. A reason for being late: Nunggu anak bangun tido...alasan logik ke nih....if keje, dah lame kena buang....
12. Something you'd shout: Nanti dulu..!!
13. A movie title: Notting Hill...pernah tengok dulu, time duk utm...cite julia roberts ngan pelakon lelaki british mane ntah tuh....x best pun cite nih....cakap-cakap banyak sangat....
14. Something you drink: Nenas jus....lame betul dah x minum nihh...
15. A musical group: New kids on the block....kumpulan omputih zaman skolah lagi nihh...dulu budak-budak lelaki omputih pun nyanyi suara berdepeeng (suara ikut idung) jugok...cam 4u2c n baru skit new boyz....suara diaorg semua sama kan....nak nyanyi mesti suara ala-ala sengau2 n hidung tersumbat...hehehehe...mengata terlebih sudahlah pulak...
16. An animal: Nemo...nama ikan yang slalu umar lukis.... :)
17. A street: jalan ke Neraka bagi orang-orang yang sentiasa engkar dengan Allah swt....nauzubillah....
18. A type of car: Nissan
19. The title of a song: Na..na...na..na...teganu kiteee

Ok...dah siap...tq pn.aja sebab tag i yeee....now, I'm tagging :

1. Pn.hada (hada_azman_kids) - if ade masa buatlah yee...takut sibuk ngan baby adam yg hensem tuh, baru sebulan....geram tul tengok pic baby adam....sibuklah pulak adik saya (cikcu) membelek pics anak-anak hada....hehhehehhehe....
2. Pn.vog (My lovely blog)
3. En.Pangsenam (senang....melalui en.pangsenam, akan merebak trus ke link kawan-kawan kolej n xkolej...hehhehehe)

Cukup lah 3 je....ok, cubelah buat yeee.....tq :)