Boss jahat....Boss jahat...


Maharaja Lawak disertai banyak nama-nama besar dan hebat dalam arena melawak. Persembahan peserta-pesertanya sangat menghiburkan dan sentiasa mantap dari minggu ke minggu...masing-masing berusaha untuk menjadi yang terbaik dan melawak dengan gaya tersendiri.

Peserta Maharaja Lawak (ihsan google)

Sehingga kini, Jozan masih kekal di tangga teratas kerana mungkin disebabkan mereka mempunyai ramai peminat yang setia. Peratusan kedudukan itu dikira berdasarkan populariti iaitu melalui undian peminat. Tapi, bagi saya, jika diundi berdasarkan persembahan, kumpulan Jambu dan Nabil sentiasa memberikan persembahan yang hebat dan kreatif. Memanglah tidak dinafikan kumpulan Sepah juga sentiasa memberikan saingan yang hebat kepada semua peserta. Lagipun, ini jelah peserta yang berkedudukan stabil dalam melawak yang mana momentum lawaknya sentiasa meningkat dari minggu ke minggu, yang lain biasa-biasa sahaja. Kumpulan Balas, boleh tahan lawaknya, tapi saya kurang suka dengan lawak double meaning.

Dalam banyak-banyak persembahan dari minggu pertama hingga minggu keempat, saya paling suka persembahan Nabil pada minggu ketiga, iaitu tema muzikal komedi. Sangat-sangat kreatif dan menghiburkan. Berkali-kali tengok pun saya tak jemu....yelah, tak jemu lagi...hehhehe...Lirik lagu yang Nabil reka tu yang kelakar tak ingat tuh....


Boss jahat...Boss jahat... (ihsan youtube)

Awal-awal Maharaja Lawak, saya memang tak suka langsung dengan Nabil...yelah, Nabil dan kontroversi memang senada...bila dah banyak sangat kontroversi, lama-lama orang pun naik menyampah dan jadi tak suka...sebab tu Shaheizy Sam dapat anugerah artis paling cemerlang....sebab dia tak ada kontroversi malah dikenali sebagai seorang anak dan adik yang sangat baik...nama bersih tu sangat penting dalam dunia hiburan dalam meraih sokongan peminat. Lainlah, dalam politik, prestasi kelaut dan nama buruk-ghodoh pun, orang sokong dan undi lagi...pelik betul...hehehehe....

Tapi, Nabil memang sangat kreatif dan sentiasa beridea bernas. Jangan lupa juga dengan Amir....memanglah ramai tak suka dengan Amir....bagi saya, lawak Amir ialah lawak bodoh yang diselambakan disebabkan perwatakan Amir tu sendiri....lurus bendul....lawaknya ada idea cuma tak berapa menjadi bila diterjemahkan dalam bentuk persembahan...tapi, itulah juga lawak.

Bagi juri pula, saya suka dengan pandangan yang diberikan oleh Mamat Khalid dan Ahmad Idham sahaja.

0 comments: