Esok Balik Penang

Malam esok nak bertolak ke penang....abi nak bawak aqif p jumpe mama tok n saudara-maranya disana....semuanya tak tengok aqif lagi.....disebabkan keistimewaan itu...adakah aqif akan disambut dengan karpet merah dan paluan kompang?.....

"Macamanelah rupe saudara-mara di penang ye?....adakah semuanya botak juga seperti diriku ini"...keluh aqif tanda kecewa...kecewa kerana dibotakkan dengan rakus sekali oleh umi dan abinya...

"Tengok tv lagi best...." fikir aqif dan seboleh-bolehnya aqif tidak mahu memikirkan sangat masalah botaknya itu....

"Nak bersosial di luar?...hmmmm.....malaslahhh...."...kebelakangan ini aqif agak risau dengan penampilan dirinya....

"aqif...aqif...sudahlah dik....jangan difikirkan sangat.."...pujuk umar...umar tahu adiknya aqif resah memikirkan penerimaan saudara mara mereka di penang....

Balik penang lama jugak...pastu pegi perlis jugak...ade keje di perlis....abi nak buat keje phdnye....umi nak pegi pejabat ijazah tinggi...nak jumpe dekan dan co-supervisor ....bla..bla..bla...pastu dah selesai semua...balik penang semula....pssssttt...umi sebenarnye malas nak balik penang...bukan tak suke...dulu memang suke...tapi disebabkan peristiwa tempoh hari....mood umi dah tak macam dulu dahhh....mood nak mengamuk adelahh....jeng...jeng..jenggg....

Cerita dari Facebook

Kisah kasih ibu yang dicoretkan ke dalam facebook...

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya. Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau.

Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah... **Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang"...

By: Syamsul Kahar

sedihnyeeee.....al-fatihah untuk ibu mithali ini....semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disamping orang-orang yang beriman.....semoga anaknya menjadi anak yg soleh/solehah dan berjaya di dunia dan akhirat...semoga anaknya tidak mengalami apa-apa masalah yang memudaratkan dirinya dan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt...aminnnnnnn....sama-samalah kita doakan untuk kebaikkan kita bersama....

Saje-saje

Gambar dari forum CARI.com