Birthday Umar

Umar, umi dan abi bukan tak sayang Umar tau. Tahun nih, takde beli kek atau apa-apa sambutan untuk birthday Umar. Walau ade tahun yang kita hanya sambut bertiga, tapi, umi dan abi tetap belikan Umar hadiah dan kek untuk dituip. Umar suke umi nyanyi lagu Happy Birthday. Tapi...tahun ni, semuanya takde, abi dan umi buat diam je. Tapi, Umar tetap umi dan abi sayang sangat. Bukan sebab umi dan abi terlalu sibuk sampai lupa uruskan birthday Umar. Umar ingat tak..tahun pertama birthday Umar, masa tuh kangar banjir teruk dan banyak kedai yang tutup. Malam sebelumnya, abi sibuk memikir dimana nak cari kek. Tiba-tiba, di petang birthday Umar abi ade bawak balik kek.

Tadi, Umi jadi sedih sebab Umar cakap, "Umi, nanti birthday Umar, Umar nak pakai topi koboi, ade pistol kat pinggang, ade star kat dada, pastu pakai baju susu dengan seluaq jeans macam polis koboi". Umi confuse, "Baju susu tuh ape?". "Alaaaa...baju body tuh", jawab Umar sambil tersenyum. Walaupun hanya angan-angan, Umar tetap senyum lebar. Umi pun senyum tapi umi masih tak paham apa baju susu tu.

Sebenarnya, umi ada rancang nak buat birthday umar besar-besaran di taman kita tinggal. Tetapi, melihatkan suasana taman yang umpama dihuni oleh alien. Umi matikan rancangan. Dulu petang-petang, umi selalu bersiar-siar dengan Umar keliling taman dan kampung. Duduk berkebun pokok bunga di luar rumah sambil menjerit-jerit nama Umar. Rase seperti umi seorang saje mak yang duk terkial-kial di luar rumah di taman itu. Yelah, anak umi dah besar, perlu main diluar, jadik umi kenalah pantau sambil-sambil berkebun.

Takpelah umar, memang umi rancang nak buat birthday macam yang umar nak di rumah tok ayah. Rumah tok ayah pun dah cantik. Rumah warna hijau kesukaannya. Cikcu semestinya pembantu umi nanti, menyiapkan hiasan untuk birthday umar. Insyallah....

Maybe, Umar bercerita dengan umi tentang birthday sebab Umar rasa dah lama tak tiup kek, nyanyian birthday dari umi dan dapat hadiah surprise dari abi. Hadiah abi meleret-leret. Mula-mula satu hadiah dulu keluar, esoknya satu hadiah lagi, lusanya keluar satu hadiah lagi. Abi suka beli hadiah banyak-banyak tapi diberikan kepada umar secara mengejut mengikut giliran hari.

Ok, umar, insyallah, umur panjang, murah rezeki, kita buat birthday macam umar nak ye, yang penting, umi dan abi doakan, "Umar menjadi hamba Allah yang beramal soleh dan bertakwa, anak yang taat dan baik kepada umi dan abi, anak yang cerdik dan pandai, manusia yang berguna di dunia dan akhirat"....Aminnnn, Ya Rabbal Alaminnnn.....

Selamat Hari Lahir Umar yang ke 5 tahun pada 21/12/2009.

Hilang Di Penang Muncul Di Pudu III

“T dan Zila dah naik feri semula”, beritahu saya pada suami. Suami terus menggaru kepala sambil menyuruh saya menelefon T lagi. “K.noni minta T dan Zila lepaskan diri dari Makcik tu. Cuba T dan Zila duduk jauh skit dari Makcik tuh dan minta tolong orang yang ada kat situ.”, pinta saya bersungguh-sunguh. T menjawab dengan suara yang agak perlahan, “K.noni, T tak tahulah, T dah cakap kat Makcik tu, tapi Makcik tu cakap nak bawak jalan-jalan lagi. K.noni, janganlah telefon kerap sangat, sebab Makcik tu curi-curi dengar”. Saya cemas dan meminta untuk bercakap dengan Zila, “Zila, boleh tak Zila dan T jauhkan diri dari Makcik tu”. Zila juga kedengaran bingung seperti T, “K.noni, saya tak tahulah nak buat apa”. Saya buntu dan memberikan telefon kepada suami.

Pada fikiran saya yang sudah naik geram pada masa itu, memikirkan apalah bodoh sangat mereka berdua itu. Tapi, itu cuma fikiran saya sahaja yang geram. Namun, luarannya saya masih dapat menahan sabar kerana memikirkan saya perlu kepada misi asal iaitu memujuk mereka sebaik mungkin. Agak lama juga suami memujuk mereka berdua supaya lari dan kerap bertanya, “Sekarang, Zila nih kat mana?. Di sekeliling, Zila nampak apa?”. Saya kurang pasti kenapa suami sering bertanyakan soalan itu. Selang 2 minit suara suami kedengaran sedikit keras, “Saya yang duduk dekat stesen bas nih pun boleh nampak yang sebelah kanan nih ade bukit-bukau, takkan Zila tak boleh nampak apa-apa”. Suami bertanya lagi, “Sebelah feri ade nampak tak kapal?”. Suara suami kedengaran makin lama makin keras hinggakan Umar ditolakkan kepada saya kerana Umar sibuk hendak memeluk kaki abinya, mungkin suami terlalu geram dengan kelembapan T dan Zila, hingga tidak sedar tertolak anak sendiri.

Akhir sekali suami berkata, “Oklah Zila, saya tak dapat nak tolong Zila kalau Zila tak tolong diri sendiri. Sekarang, bila sampai di jeti sana, Zila dan T tolong lari dari Makcik tu dan cari polis atau pegawai jeti yang ada kat situ”. Lebih kurang 15 saat, suami menutupkan telefon dan berkata, “Saya geram betul, kalau ikut hati saya, nak je saya cakap, ’Mampus pi lah kat hang!’”. Saya yang mendengarnya tergelak kecil seolah menyokong ikut hati suami itu. Saya, suami dan Umar berjalan laju menuju ke kereta.

Di dalam kereta kami berbincang. Suami memberitahu dengan jujur, “Tadi masa bercakap dengan Zila, saya dengar ada orang duk gelak perlahan-lahan”. Tanpa berfikir saya terus menyampuk, “Yelah, abang kan lelaki, mestilah Zila tuh jadi galok bile duk kena pujuk-pujuk macam tadi”. Saya terus memasamkan muka. Suami yang sudah arif dengan perangai saya terus menjawab, “Bukan, ada macam something je, sebab saya tanya kat mana dan nampak apa, boleh Zila cakap tak nampak apa-apa. Bila saya cakap, saya pun boleh nampak bukit bukau terus suara Zila tersekat-sekat. Yelah, kalau dalam feri dan nak ke jeti penang, mestilah depan dia nampak bangunan banyak-banyak dan belakang dia nampak bukit-bukau”. Otak saya yang tadi dikaburi dengan rasa cemburu terus tersentak dan dapat berfikir semula seperti Inspektor Haliza di Gerak Khas. Kenapa perlu gelak perlahan-lahan. Namun, saya perlu menetapkan otak supaya berfikir positif sahaja kepada T dan Zila. Saya khuatir, jika saya berfikir negatif berserta dengan syak, saya akan menyesal seumur hidup jika perkara buruk memang berlaku pada mereka.


Saya mengingatkan kepada suami dengan amanah yang perlu dipegang. Suami memberi cadangan, “Awak dan Umar tunggu kat sini, biar saya naik feri dan cari diaorang kat sana. Kotnya diaorang dah jumpa polis atau pegawai jeti kat sana, bolehlah saya pi ambik je”. Kami berdua berfikir sejenak. Ini kerana , bukan mudah untuk mencari di jeti sebelah sana. Suami lantas menelefon bapa saudara dan memberitahu situasi anaknya.

Di Pekan, bapa saudara telah berkumpul bersama bapa saudara bongsu dan termasuk ayah saya. Telefon saya dan suami bukan sahaja sibuk dengan T dan bapa saudara, malah ada juga sekali dua sibuk dengan panggilan dari ayah dan mak saya. Semestinya, mak saya bertindak sebagai ‘penyampai radio era’ dan berlakunya ‘Hujah’ dikalangan mereka. Mak dan ayah saya akan berselang-seli menjadi host ‘Hujah’ bak Dr. Agus dan ahli panelnye terdiri dari adik beradik saya dan mak-mak, bapa-bapa saudara. Agak sayalah. Seketika kemudian, bapa saudara bongsu menelefon saya, “Noni, boleh tak noni tolong pergi buat aduan di balai polis. Maaflah sebab Noni dan Nasir jadi banyak kerja skit kena buat nanti. Tapi, perkara nih mesti diadu pada polis”. Saya memberitahu kepada suami dan suami sedikit merasa tidak setuju. Suami menelefon bapa saudara bongsu dan setelah mereka berdua berbincang, suami bersetuju.

Dengan pantasnya, suami terus menuju ke balai polis berdekatan. Dalam perjalanan, hati saya sibuk melayan perasaan bimbang dan gementar. Saya tidak pernah mengadu dengan polis, kalau mengadu dengan cikgu, memang selalu saya buat masa budak-budak dulu. Sesampai di pintu masuk utama balai polis pada pukul 7.10 malam, kereta suami ditahan dan polis yang menjaga pintu post, bertanyakan tujuan suami ke balai polis. Suami menceritakan serba ringkas kepada polis tersebut dan kami dibenarkan masuk.

Kaki saya lemah melangkah ke pintu balai polis. Dari luar semasa melangkah ke pintu, saya lihat, sekumpulan polis sedang menikmati makan malam di meja makan. Sedar-sedar saya di meja kaunter dan kelihatan suami sibuk bercerita kepada polis yang mengambil aduan. Sesekali saya menyampuk. Seketika kemudian, suami menyerahkan tugas bercerita kepada saya kerana didapatinya saya bercerita dengan amat detail, siap dialog-dialog lagi. Saya bercerita dengan lancar kepada 4 orang polis di depan saya dan mereka tekun mendengar cerita saya. Seolah-olah menonton pertandingan bercerita peringkat negeri bagi sekolah rendah. Suami juga ada menyampuk ibarat pengerusi majlis yang cemburu dengan masa yang diambil terlalu lama oleh pencerita. Sesambil itu saya rasakan suasana balai menjadi semakin sibuk dengan polis yang mundar-mandir.

Setelah bercerita hampir 10 minit, polis meminta saya menelefon T dengan menggunakan telefon balai. Tidak berangkat. Saya terus menelefon menggunakan telefon saya. “T kat mana skrang nih?. T dah sampai jeti ke?”. T menjawab dengan suara sedikit getar, “K.noni, T dah dalam kereta ni”. Serta-merta kepala saya terus berpinar namun masih gagah meneruskan perbualan, “Ya Allah, kenapa T ikut Makcik tu naik kereta. Siapa yang pandu kereta. T tolonglah lari!”. T menjawab dengan suara kebingungan, “Orang lelaki yang pandu kereta nih. Saya peninglah k.noni”. Saya minta bercakap dengan Zila, “Zila, boleh tak Zila lawan Makcik tu dan keluar dari kereta. Tendang dan jerit minta tolong”. Zila menjawab dengan suara sedikit perlahan, “Tak boleh k.noni, Makcik tu gemuk dan dia pegang tangan saya dan T kuat sangat”. Saya yang sangat cemas berkata, “Zila, bukalah tingkap kereta tuh dan jerit minta tolong”. Zila diam. Saya berikan telefon kepada polis. Polis memberi arahan supaya mengenalpasti jenis kereta dan no. plat, juga menyuruh mereka berdua menyelamatkan diri.

Dalam keadaan cemas itu, saya masih sempat berfikir dengan amat geram, memikirkan yang budak berdua itu memang betul-betul bodoh tahap baldi. Saya perlu bersabar. Telefon telah dimatikan. Polis cuba menelefon lagi menggunakan telefon balai, tidak berangkat. Polis mendail kali kedua, dan meminta saya bercakap, Zila bersuara, “K.noni, Makcik nih nak tutup mulut saya dan T”. Telefon terus dimatikan. Saya amat cemas dan terasa ingin pitam.

Bersambung...

Hilang Di Penang Muncul Di Pudu II

Pada pukul 10.50 pagi, bapa saudara menelefon, "Noni, boleh tolong tengokkan T dengan kawan T, Zila, diaorang baru sampai subuh tadi kat Penang untuk cari kerja. Noni tolong pujuk T supaya balik semula ke Pekan". No.tel T diberikan kepada saya. Saya risau sebab, T ini adalah sepupu saya yang sedikit blur budaknya. Sejurus selepas itu, saya terus menelefon T dan bertanyakan dia berada dimana. Katanya berada di stesen bas. Saya bertanya kepada T, "Stesen bas yang T turun tuh ade jeti feri tak?". Dengan lajunya T menjawab, "Ha'ah, ade feri". Selalunya, bas dari Kuantan ke Penang akan berhenti di stesen bas jeti. Saya memesan kepadanya agar menunggu sehingga saya sampai dalam masa 15 minit. Sesampai saya, suami dan Umar di stesen bas jeti, saya menelefon T lagi, "T tunggu kat mane, k.noni dah sampai nih". "K.noni, T kat kedai kain depan skit dari stesen bas nih".

Saya sedikit keliru, "Kedai kain?, kat mane ye, apa bangunan yang boleh k.noni nampak". T menjawab tanpa berfikir, "Ade kedai top-up sebelah nih". Saya bertambah keliru, sebabnya deretan kedai di depan stesen bas tak adalah pula kedai kain. Saya melilau mencari mereka, kehulu-kehilir di terik tengahari. Abi pula sibuk melayan Umar yang hendak membeli keropok dan dan karipap. Saya telefon T dan menyuruh dia duduk di kerusi yang disediakan di stesen bas supaya saya mudah mencarinya. Namun hampa setelah dicari setiap ceruk stesen bas itu. Puas saya cari, cuma saya tidak mencari di bawah setiap kerusi ataupun membuat spot check setiap beg yang dibawa oleh orang ramai di stesen bas tersebut .

"Cuba T tanya orang, sebenarnya, T berada dimana sekarang ni". T menjawab dengan sedikit berfikir, "K.noni, orang nih cakap, T skrang di Nibong Tebal". Alahai, macamanalah bas boleh berhenti di Nibong Tebal. Bas dari Kuantan ke Penang akan berhenti di stesen bas jeti. Saya dan suami sedikit curiga, kerana awalnya dia memberitahu yang dia duduk di stesen bas berdekatan dengan jeti. Nibong Tebal ade jeti ke?. Tapi, saya dan suami sengaja membodohkan diri dan tidak banyak soal kepada T kerana ingin menjaga dan memujuk hatinya. Itu pun sebab dipesan oleh bapa saudara agar memujuknya pulang ke rumahnya di Pekan.

"Laaa, T kat Nibong Tebal ke. Jauh tuh. Takpelah, T datang sini nak jalan-jalan kan. K.noni bagi T dan Zila jalan-jalan dulu tapi jangan jauh-jauh. Jalan dekat-dekat je tau. Sebabnya k.noni ada janji dengan mak mertua nak pegi tengok biras k.noni baru lepas bersalin". T menjawab dengan nada gembira, "Ok k.noni, T tunggu kat sini je". Saya sekali lagi berpesan, "T dan Zila jangan pegi jauh-jauh ye, tunggu k.noni sampai nanti ye".

Saya terpaksa membiarkan mereka dahulu, kerana perlu memenuhi janji kepada mak mertua. Saya perlu membawa mak mertua dan adik ipar ke Gurun untuk berjumpa dengan biras yang baru bersalin anak kedua. Umar dan abi hanya menunggu di rumah kerana tulang belakang abi sudah terasa sakit dan perlu rehat. Sudah beberapa bulan abi menerima rawatan di Ortopedik dan Fisioterapi berkenaan dengan tulang belakang.

Pada pukul 4.00 petang, ketika itu saya dalam perjalanan pulang dan sudah hampir ke bandar Penaga, T menelefon saya, "K.noni, T skrang dalam feri. Ada makcik nih bawak T dan Zila jalan-jalan dulu. Makcik nih cakap tak elok duk tempat tadi. Ade banyak Mat Hitam. Bahaya. Ti dan Zila ikut makcik nih jalan-jalan. Lepas tuh, makcik ni nak suruh kitaorang tidur rumah dia semalaman". Saya sedikit risau, "T, tolong bagi k.noni cakap dengan makcik tuh".

“Hello, ini makcik ke?”. Makcik yang tidak dikenali itu menjawab,”Ya, saya makcik yang jumpa diaorang dan skrang tengah bawa diaorang bersiar-siar”. Saya sedikit curiga kerana suara makcik itu kedengaran agak muda dan tidak bercakap slang utara, “oooo...kejap lagi saya nak pegi ambik diaorang, saya rasa tak payahlah diaorang nak tidur dirumah makcik”. “Makcik nak minta diaorang tidur semalaman saje. Sampai jeti nanti, anak makcik dah tunggu nak bawak bersiar-siar sedikit lagi di sekitar jeti dan balik rumah. Pagi esok ambiklah diaorang ketika anak makcik hendak pergi kerja”, Makcik itu kedengaran sedikit degil. “Makcik tinggal dimana?”, kerana pada fikiran saya, jika makcik itu membawa T dan Zila pulang kerumahnya, bolehlah saya ambik dirumahnya saje. “Makcik tinggal di Taman Pauh Indah di Seberang Prai”.

Saya tidak memberikan sebarang keputusan, “Ok makcik, kejap lagi saya telefon lain. Terima kasih banyak-banyak sebab tolong T dan Zila dari duduk di tempat yang ramai Mat Hitam tuh”. Dengan ramahnya makcik itu menjawab, “Ok, jangan risau, bagilah mereka tidur di rumah makcik semalaman dan makcik akan jaga diaorang macam anak makcik sendiri”. Saya sedikit lega bercampur curiga.

Saya perlu hantar mak mertua dan adik ipar ke rumah dengan segera kerana walaupun saya rasa sedikit lega tetapi saya perlu juga mengambil T dan Zila. Saya tidak berani untuk melepaskan mereka tidur dirumah orang yang baru dikenali. Sesampai dirumah mak mertua, saya sempat makan nasi berkuahkan kari dan berulamkan jering muda yang diambil di rumah biras. Rumahnya banyak pokok ulam-ulaman dan tanaman lain. Mak biras pula seorang yang berani, pergi ke sungai seorang diri menangkap ikan haruan untuk hidangan pantang anaknya. Saya perlu makan nasi, sebab sangat lapar, paginya saya hanya sempat minum air teh dan sedikit cekodok, manakala di rumah biras saya cuma makan sedikit kudapan dan air teh. Takut nanti, sibuk-sibuk mencari mereka, pengsan pula saya nanti. Saya makan cepat-cepat tapi sempat lagi tambah dua kali.

Sesudah makan dan solat Asar, suami terus mengajak mengambil mereka berdua di jeti. Agak-agak hendak sampai di jeti, saya menelefon T, “T, kat mane nih. Dah sampai jeti ke?”. T menjawab dengan sedikit keliru, “Saya tak tahulah k.noni nak sampai ke tak lagi”. Saya meminta T memberikan telefonnya kepada makcik yang tidak dikenali itu, “Makcik dah nak sampai jeti ke?”. Dengan spontan makcik menjawab, “Ya, dah nak sampai”. “Boleh tak makcik tunggu saya sekejap je, saya dah nak sampai jeti nih. Tunggu saya 10 minit je”, pinta saya. Makcik tersebut berdegil, “Makcik tak boleh tunggu dah. Anak makcik dah nak sampai, nak bawak diaorang pergi bersiar-siar dan balik rumah. Tadi kan makcik dah cakap nak minta diaorang tidur rumah makcik dan esok sajelah anak ambik diaorang”. Saya terus diselubungi rasa curiga, “Takpe makcik, boleh tak makcik tolonglah tunggu saya 10 minit je lagi. Saya dan suami dah nak sampai dah nih”. Suami makin geram dan bertindak membawa kereta ala-ala Alex Yong yang tak pernah jadi juara F1.

Kami sampai di jeti kurang dari 10 minit, suami menurunkan saya betul-betul di depan stesen bas dan suami pergi kerana perlu mencari parking terlebih dahulu. Saya sepantas kilat menelefon T, “T dah turun dari feri ke?”. Dengan ralatnya T menjawab, “K.noni, sebenarnya T naik feri semula. Makcik nih ajak T dan Zila pegi naik feri semula, nak bersiar-siar lagi”. Saya yang telah diamanahkan oleh bapa saudara untuk mencari anaknya terus menjadi tidak keruan. Seluruh badan saya ketar ibarat handset bervibrate tak henti-henti kerana banyak panggilan tak berjawab dari along dan ceti.

Saya masih berlembut dan masih mahu menjaga hati T, “T, boleh tak bagi k.noni cakap dengan makcik tu”. “Hello, nih makcik ke?”. Makcik itu menjawab dengan tanpa rasa bersalah, “Ya, makcik nih”. Saya masih bersabar, “Makcik, tadi makcik cakap dah nak sampai jeti. Kenapa makcik naik feri semula”. Makcik itu menjawab dengan penuh yakin, “Tadi kan makcik dah cakap nak bawak diaorang bersiar-siar lagi dan lepas tuh bawak balik tidur rumah makcik. Anak kan dah bagi diaorang tidur rumah makcik. Esok jelah anak ambik diaorang”. Tanpa disedari saya tinggikan suara di khalayak ramai di stesen bas itu, “Makcik!, Tadi makcik cakap anak makcik dah sampai jeti dan nak ambik makcik. Lepas tuh makcik cakap cuma nak bersiar-siar di sekitar jeti je. Yang makcik pergi bawak diaorang naik feri semula ape pasal!”. Makcik tersebut tidak bersuara. Banyak mata tertumpu kepada saya. Sesambil bercakap di telefon, saya berlari ke jeti feri yang jaraknya agak jauh dari stesen bas, “Yang makcik tak bagi saya nak ambik adik sepupu saya tuh ape pasal! Makcik nih mesti ada rancangan jahat nih!”. Serta merta, telefon dimatikan oleh makcik itu.

Saya menelefon T sekali lagi, “T, tolonglah keluar dari feri tuh. Boleh tak T tolong lari”. T menjawab dengan rasa bersalah, “T peninglah k.noni, T tak tahu”. Saya kembali memujuk, “Ok takpe, T tolong bagi telefon pada Zila”. Zila menjawab dengan kedengaran sedikit sombong, “Ye?”. Saya menjawab dengan penuh semangat, “Zila, boleh tak zila tolong bawak T keluar dari feri tuh”. Zila menjawab dengan suara sedikit hambar, “Tak boleh, feri dah bergerak”. Saya terus menutup telefon dan mematikan langkah ke jeti feri. Yelah, katanya feri dah bergerak, takkan saya nak berenang menuju ke feri yang dah bergerak. Saya bukan pandai berenang. Setakat tutup hidung menahan nafas dalam kolah mandi selama 10 saat bolehlah. Saya berlari keluar dari jalan menuju ke jeti dan stesen bas. Kelihatan suami dan Umar berpimpinan tangan bergegas menuju ke arah saya.

Bersambung...

Hilang Di Penang Muncul Di Pudu I

Badan letih tapi otak ligat berlegar. Sibuk berlegar di setiap sudut kotak fikiran. Memikirkan tentang semalam yang penuh sejarah. Pengalaman baru yang mengharu-birukan hidup dek kerana keHILANGan.

Balai polis pun saya tak pernah jejak apatah lagi duduk di kerusi yang berdepan dengan ramai polis. Dulu-dulu, berek polis memang selalu saya jejak sebab berkawan baik dengan Nik si anak polis. Saya juga berkawan baik dengan anak polis yang tidak tinggal di berek polis, Roselawati atau nama sawan tangisnya Rahimah. Dulu-dulu, kalau budak baru lahir yang sawan tangis perlu diberi nama lain untuk hilang sawannya. Orang sekarang, anak sawan tangis, bagi susu formula, bolehlah nak buat diam setengah hari. Agaknya, anak lapar sebab susu ibunya cair sangat dan kalau diselang-seli dengan susu formula anak boleh tahan kenyang, anggapan sayalah.

Langkahan pertama saya di pintu masuk balai polis, saya teragak-agak. Tetapi melihatkan suami dengan penuh yakin bergerak masuk macam Sarjan Misai beraksi memberi maklumat Mat Rempit kepada Inspektor Haliza dalam drama Gerak Khas. Saya mengikut jejak suami dan saya lihat, satu set sofa mengadap tv diletakkan di sebelah kiri pintu masuk. Di tv, kelihatan pasangan Sazzy sedang menarikan tarian tradisional kontemporari. Beberapa langkah ke depan terletaknya kaunter dengan dibarisi 3 buah kerusi untuk pengadu membuat laporan. Sambil melangkah, saya ligat berfikir samada hendak duduk di sofa bak mak datin datang bertandang sambil menonton Sehati Berdansa atau menuju terus ke kerusi di kaunter. Tetapi, dengan warasnya, saya mengikut suami ke kerusi di kaunter.

Awalnya, ketika kami masuk, kelihatan sekumpulan polis wanita sedang menikmati makan malam di meja makan yang terletak di hujung sudut bersebelahan dengan meja kaunter. Suami secara spontan terus bertanya, "Tengah berbuka puasa ke ni?", yang mana ketika itu azan Maghrib sedang berkumandang di masjid berdekatan. Saya yang mendengarnya tergamam. Yelah, kalau dihadapan kami itu cuma sekumpulan budak yang menjamu selera selepas penat bermain polis sentri, tak kisahlah nak buat pertunjukan lawak sarkas pun. Namun begitu, dengan segeranya sekumpulan polis wanita tersebut terus menuju ke meja kaunter ibarat suami saya itu PA kepada Ketua Polis Negara yang akan memaklumkan bahawa lawatan akan dibuat dalam masa 5 minit lagi di balai mereka. Mujurlah mereka semua tersenyum dan bertanyakan bantuan yang diperlukan.

Saya dan suami menceritakan satu-persatu.

Bersambung....

MALAS

Rasa macam dah lame je x menulis dalam blog eeewwwooo nih. Umar pun sibuk, umi lagilah sibuk. Lagipun segala aktiviti dibuat tak sempat nak berposing bergambar. If takde gambar, nak tulis pun tak bersemangat.

Aktiviti membuka dan membaca blog kawan-kawan pun dah tak seaktif dulu. Ape yang telah terjadi pada umi nih umar wehhhh....MALAS...dan kurang semangat.....itu sajelah punca asalnya. Entahlah, bukan blog sendiri n kawan-kawan je umi malas tengok....tengok tv pun umi dah malas. Biasanye umi nih kaki tv...Oprah pun umi dah lame tak tengok, yelah boring jugak sebab asyik pasal anjing je eh, mentang-mentanglah dia pencinta anjing.

Tapi ade satu cerita yang memang umi suke tengok, "Pushing Daisies" . Kisah ala-ala forensic fairy tale. Nantilah kita ulas pasal cite nih. Tiba-tiba semangat MALAS datang menerpa pulak dahh nihh....

Sekarang cuma nak bercerita tentang MALAS. Sebenarnye, MALAS jika dilihat dari sudut berbeza, ia adalah perkara yang ada membawa kebaikan. Disebabkan oleh MALAS, manusia menjadi kreatif dan inovatif dengan mencipta teknologi dan mesin. Tapi, teknologi dan mesin boleh ke menyelesaikan masalah MALAS solat, MALAS puasa, MALAS berjimat etc. Sebenarnye, teknologi dan mesin dibina untuk kemudahan manusia untuk menjadikan kerja lebih mudah dan bukannya untuk menyelesaikan masalah MALAS.

OOoowwwwoooohhhh....lebih-lebih pulak bersyarahnye mengalahkan cikgu IT pulak eh. Tapi malas umi nih bukannya malas sudut berbeza-beza tuh. Nih malas yang tiada semangat. Kenapa boleh jadi macam tuh?...entahlah...takpelah, kita tengok jelah nanti ape kesudahanya....hehehhee...Cuma berdoa, semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan dan kerja umi...aminnnnn....