Sedih


Sedih betul bile baca berita-berita mengenai bayi dan kanak-kanak yang dianiaya, dibuang, dibunuh...macam-macamlah....kenapa ramai manusia sekarang berhatikan syaitan....haiwan pun sayangkan anak....ada juga anak haiwan yang kehilangan ibu pun, diselamatkan oleh haiwan lain.

Sedih sangat bile tengok gambar bayi yang dibuang dan meninggal di atas rumput....Ya Allah....bayi kita, bile tidur pun, masih dialaskan dengan kain walaupun tilam dah bercadar....ini, manusia yang berhatikan syaitan nih, letak anaknya diatas rumput sahaja tanpa sehelai kain pun.....

Susah dan rumit jika bercakap mengenai penguatkuasaan....isu penguatkuasaan nih sangat luas dan melibatkan banyak pihak dan perkara...ada pelbagai perkara yang menjadi kekangan pun ada....bukan 100% salah diletakkan kepada penguatkuasaan semata-mata....itulah kisah akhir zaman.....semuanya berbalik kepada pemerintah.....dunia pun semakin tua...berfikirlah kita dengan pesanan-pesanan yang telah diberikan kepada kita mengenai sifat-sifat pemerintah akhir zaman....janganlah pula, kita menafikan pesanan yang telah diberikan....ianya bukannya pesanan dari nenek moyang kita....tetapi, pesanan dari Sahabat-Sahabat Nabi dan Nabi Junjungan kita....

Contoh mudah dan selalu sangat didengar....jika dalam keluarga...bapalah ketuanya...dan ibulah pembantunya...jika kedua-duanya menjalankan tanggungjawab yang 'bocor' sana sini...walaupun dirasa dah dibuat habis baik dah...tapi jika dilihat atau dinilai oleh orang luar....rupenya, bapanya suka solat ikut suka hati...kejap buat kejap tak buat....ibu malas sikit...kurang masak, mengemas....masalah pada anak-anak dan hubungan diantaranya, suami/isteri/ibubapa/anak, pasti timbul dan masalahnya dalam pelbagai bentuk.....


Gambar ihsan Harian Metro dan Google. TERSELAMAT...bayi berusia enam bulan diselamatkan penguatkuasa JKM manakala ibunya ditahan, semalam. - Terima kasih kepada penyelamat.....

Beginikah layanan yang patut diberikan kepada generasi baru kita?...

2 comments:

Love said...

akak.. ni gmbar berita apa? diorg nak buat apa kat baby tu?

Umar said...

ma, tuh gambar baby yg diselamatkan olh penguatkuasa JKM...baby tuh kena campak dalam air olh ibunye sbb terlampau takut n terkejut kena serbu dgn JKM...banyaklah dia punye terkejut...ibu yg hampeh.....