Akhirnyeee...

Rezeki...sesiapa pun tak dapat dan tak boleh nak ramal rezeki seseorang....Hanya Allah swt sahaja yang Maha Tahu segalanya...Akhirnya, di musim penutup Akademi Fantasia....Hazama berjaya dinobatkan sebagai juara AF9....setelah bertahun-tahun bertungkus-lumus untuk memboloskan diri ke dalam AF...

Seingat saya, dari musim Mawi lagi, Hazama berentap untuk menyertai AF...tapi tak berjaya....masa tu, Mawi dan Marsha tak dapat masuk AF..ramai peminat yang membantah dan Astro terpaksalah mengadakan mini perlawanan nyanyian semula bagi pra-perserta AF yang tak layak masuk akademi pada musim ke3 tuh....padahal memang nampak sangat dah plan pun, yang Mawi dan Marsha yang akan dimasukkan....Hazama dan yang lain-lain tuh, cuma tempelan je....masa pra-peserta berentap tuh, Syiha Mentor 5 pun ada sekali....Akhirnya, dua-dua berjaya di AF9 dan Mentor5...walaupun Syiha bukan juara Mentor5...tapi, sekurang-kurangnya dapatlah ditunjukkan kepada semua yang mereka ini sememangnya dari dulu lagi layak dengan bakat...

Wahh...dasyattt...ayat mula-mula dah macam ustazah nak berkuliah maghrib....tetibe, citer pasal AF rupenyeee....hehhehhe...tapi betullah tu....hasil dari usaha yang tak henti-henti dan doa yang tak putus-putus....akhirnya, hikmah itu dapat dinikmati juga....ada hikmah yang terang-terang...ada hikmah yang tersembunyi dan terpaksalah kita nak kena fikir sendiri....

0 comments: