Susulan Berita Paling Menyakitkan Hati


Ini info yg saya dapat Forum Cari....dari post forumer Paris.Hilton berkenaan dengan susulan kes bayi malang yang berbapakan setan durjana....sila baca berita dibawah :

"" KUALA LUMPUR: Bayi lelaki berusia 23 hari yang diliwat bapanya kini pulih dan dibenarkan pulang ke rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, dekat sini, kelmarin.

Biarpun dibenarkan pulang, difahamkan, bayi terbabit diarahkan melakukan pemeriksaan berkala di Hospital Selayang (HS), bagi memantau tahap kesihatannya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, bayi terbabit sudah pulih dan dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan di HS sejak tiga hari lalu.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan kes terbabit, Abdul Rahim berkata, suspek yang juga bapa bayi itu masih direman sehingga hari ini.

Katanya, pihaknya meneruskan siasatan mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat jika disabit kesalahan.

Menurut sumber, ketika meliwat bayi lelakinya itu, suspek di bawah pengaruh dadah.

"Malah, ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya juga positif," katanya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya selepas keengganan isterinya yang masih berpantang melayan kehendak seksualnya.

Lebih kejam apabila tangisan bayi yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan menutup mulut anaknya itu dengan kuat menggunakan tangan, sekali gus menambah derita si kecil.

Difahamkan, bapa terbabit berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan berehat di ruang tamu rumah. ""

Kes nih memang benar-benar berlaku di negara kita, yang mana masih ade yg tidak dapat menerimanya dan mengatakan ianya berita palsu....ini hakikat yang perlu kita terima...adanya rakyat malaysia yang dah melampau sangat kejamnya....dan diaorang nih patut dicampak ke gaung je....kalau masih hidup lagi....carik-carik, bagi makan buaya je...itu yg layak buat mereka yang berhati setan nih...macam saya pulaklah yang kejamnya.....yelah, gerammmm....sedih sangat....

Mintak-mintaklah tuan-tuan polis yang menahan lelaki durjana tuh, memberi hukuman kepadanya bagi mewakili kegeraman semua rakyat malaysia nih...nak menanti hukuman mahkamah tuh lambat sangat lagi.....lepaskan lelaki durjana tuh kepada banduan yang paling jahat sekali dalam penjara tuh, biar dia kena liwat tiap2 minit....biar dia rasa azabnye pulak....

Saya mohon sangat, pihak penguatkuasa memantau keadaan bayi itu sentiasa, pantau juga ibu dan persekitarannya....saya sangat was-was dengan ibunye....umur dah 39....hmmm...entahlah....

Nauzubillah...Ya Allah, Jika anak kecil itu selamat dari deritanya.....selamatkan dia dari perkara-perkara yang tidak diingini, jadikanlah dia hambaMu yang dirahmati dan diberkati sentiasa olehMu Ya Allah....kasihanilah dia Ya Allahh.....Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah kami dari perkara-perkara sebegini...aminnn..ya rabbal alaminnn....

2 comments:

Anonymous said...

Teruknya manusia...

Umar said...

memang teruk...dunia dah tua...manusia akhir zaman...