Zaman sekarang nih, darjah 1 pun dah bertuisyen-tuisyen....jadual anak penuh....penuh dengan sesi pembelajaran secara formal dari pagi sampai petang...zaman umi dulu, darjah 1 nih, tak tahu satu ape pun....cikgu suruh belajar, belajarlah kita....cikgu suruh balik, baliklah kita...cikgu suruh exam, examlah kita....cikgu suruh cuti, cutilah kita...alam di darjah 1, hanyalah bermain dan bersuka-ria dengan kawan-kawan je....
Tapi, zaman sekarang nih....memanglah ada bersuka-suka juga dengan kawan-kawan, tetapi alamnya tidak sama seperti dulu-dulu...dulu, balik sekolah je, rase aman bahagia sangat sebab dapat bermain dengan bebas lagi...kalau di sekolah, nak bermain dengan kawan-kawan tuh terbatas sedikit....nak berlari-lari lebih sikit di koridor kang, cikgu marah...nak bermain lama-lama kang, cikgu panggil masuk kelas dan kena marah lagi...tapi, sekarang, walaupun situasinya sama, tetapi anak-anak sudah tidak sebebas kita dulu-dulu....petang-petang nak main lebih skit, dah tak larat or dah tak sempat sebab dah nak maghrib...orang melayu pantang main waktu-waktu maghrib...tapi, anak-anak arab kat atas, tepi, kiri, kanan umah saya nih....bermain tak kira waktu....tengah-tengah malam pun, keluar bermain lagi..pelik...hehhehhe..
Tapi, umi tak masukkan Umar ke mana-mana tuisyen dan kelas agama....hanya sekadar umi mengajar Umar di rumah sahaja....sebabnya, sekolah Umar dah cover semua subjek dunia dan akhirat...ehehehe...cuma umi kat rumah, memperkemaskan lagi kemahiran dan ilmu yang telah dipelajari oleh Umar di sekolah....umi tengok, subjek-subjek sekarang pun tak macam dulu...subjek darjah 1, macam darjah 4 atau 5, itu untuk darjah 1 sahaja dan tak dapat umi bayangkan darjah 2 dan seterusnya tu....susahnyeee jadi anak-anak zaman sekarang....kesian sangat....
Ya Allah....semoga dipermudahkan anakku Muhammad Umar Mursyid menjawab soalan-soalan periksa yang diberikan kepadanya, Ya Allah....berilah kejayaan kepada anakku, Muhammad Umar Mursyid....semoga anakku, Umar dan Aqif menjadi anak yang soleh berjaya di dunia dan akhirat serta hamba yang bertakwa kepadaMu, Ya Allah....aminnn....aminnn...ya rabbal alaminnn...
Hepi Behday abi....10.7.2011....semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan, berjaya mencapai apa yang diimpikan dan semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah swt....aminnn...terima kasih kerana sentiasa berusaha untuk menjadi abi dan suami yang sangat baik kepada umar, aqif dan umi....





0 comments:
Post a Comment