Tukang Jahit

Seorang tukang jahit yang hebat ialah dia berkemahiran membuat ukuran badan dan memotong kain dengan bijak. Tukang jahit yang berpengalaman dan cekap mampu menghasilkan pakaian yang padan dengan bentuk badan pelanggan. Pelanggan terdiri dari pelbagai jenis bentuk badan, maka, pakaian yang dihasilkan perlulah selesa dan memenuhi citarasa pelanggan.
 
Tukang jahit adalah seorang yang bekerja dengan kemahirannya dan khidmat perhubungan dengan pelanggannya. Berat juga tu ye....sudahlah kerjanya memenatkan...terbongkok tekun mengadap mesin jahit dalam berjam-jam lamanya....datanglah pulak pelanggan....bertanya bajunya dah siap ke belum....bagi yang dah siap...senyumnya lebar ditambah dengan bajunya bergosok rapi si tukang jahit....tetapi, bagi yang tidak siap....masam mencuka wajahnya ditambah dengan bebelan peringatan agar bajunya disiapkan segera.....namun ramainye, bila dah siap...tup-tup minta didiskaunkan harga upah...nak diskaun, balik rumah, buat sendiri....tengok, penat tak penat menjahit baju nih...sedangkan kite menjahit kain batik sehelai pun...bergaduh letih, sakit leher dan mata....   
 
Saya rasa, pekerjaan yang memerlukan kemahiran ini adalah sangat berkait-rapat dengan masa. Masa menentukan tinggi mana kemahiran dan sejauh mana kepakaran yang dimiliki oleh seseorang pekerja. Maksudnya, pengalaman dan pengajaran adalah amat penting dalam membina kerjaya seseorang.
 
Bagi saya, sikap dan peribadi juga amat penting dalam apa jua pekerjaan. Sikap berdisplin dan peribadi rajin mampu melahirkan sistem kerja yang baik.

Sangat tekun Dato' Siti mencuba menjahit pakaian.....maybe minat Dato' Siti pun menjahit jugak.... 
Dato' Siti (dalam hati) : hentam sajelahh...herot-petot pun takpelah..yang penting nampak konpiden... :)
(Gambar ihsan Google)

0 comments: