Lagu Sains - Awan Nano :P

Mungkin saya anak-beranak adalah peminat Hafiz, penghibur keluaran Akademi Fantasia di zaman Tiara sebagai pengetuanya. Kali pertama saya dengar lagu Hafiz nih pada minggu lepas di Astro Ria, iaitu ketika sedang bersantai-santai bersama abi, umar n aqif di depan tv. Umar yang sibuk bermain robot mainannya, terus terpegun melihatkan muzik video lakonan dan nyanyian Hafiz, "Awan Nano". Kami terpesona secara beramai-ramai di depan tv.

Sungguh berkesan sekali lakonan dan nyanyian Hafiz, bagi saya lah, yang saya tak berapa pasti, samada Umar suka Hafiz atau Herman Tino yang memegang watak ayah Hafiz. Tapi, lakonan Hafiz memang menjadi dan dilakonkan dengan begitu bersahaja, iaitu watak seorang remaja yang membenci dan memperlekehkan ayahnya sendiri.

Awalnya, saya agak ragu-ragu dengan bakat Hafiz dan kesedapan lagu ni, sebabnya saya sememangnya tak berapa berkenan penyanyi keluaran AF kecuali Mawi. Tambah-tambah pelajar di bawah seliaan Tiara. Saya rasa diaorang macam 'bajet' international je, yelah, maybe diaorang terikut-ikut cara pengetuanya yang sentiasa international dari segi gaya dan penampilan.....ehehheheh....Walaupun Hafiz adalah juara vokal AJL2010 (saya harapkan Faizal Tahir yang menang...ehehehe), saya masih kurang yakin dengannya. Tapi, saya silap....lagu ni memang terbaiklah.... :) ..Yelah, dari intro sahaja, lagu nih dah boleh membuaikan kita, sebab dari awal hingga akhir, arrangement muziknya sangat sedap didengar.

Lagunya ada cerita dan ceritanya sangat sedih. Tak hairanlah bagus lagunya sebab ianya dihasilkan oleh M.Nasir. Penuh makna dan menyentuh jiwa. Tambahan pula dinyanyikan oleh Hafiz dengan sepenuh jiwanya hinggakan terhasilnya getaran suara yang memperjelaskan lagi betapa sedihnya lagu itu.

M.Nasir memang sinonim dengan lagu-lagu yang berlirik puitis, penuh makna dan menggunakan perumpamaan yang tak selalu dan tak akan difikir oleh kita. Hubungannya menjadi kuat apabila vokal Hafiz memantapkan lagi lagu ni, yang mana saya kira, korus lagu ni sangat unik dan bukan mudah untuk dibawa. Ditambah pula dengan setiap verse berbeza dan berkembang dari satu peringkat ke satu peringkat, tak boring langsung mendengarnya.

Cuma, sedikit pelik kerana tajuk lagunya seperti tajuk kajian makmal bagi subjek Sains sekolah menengah. Maybe si penulis lirik, Buddhi Hekayat (komersial sangat nama dia nih), tak nak ketinggalan dengan orang-ramai yang bersibuk-sibuk dengan teknologi nano. Sebenarnya keliru pun ada, saya kurang pasti penulis lirik lagu ni maksudkan nano yang mana, sebab nano ni ada banyak makna. Tapi, tak kisahlah, yang penting, penulis lirik ni menulis lirik "Awan Nano" dengan baik sekali, sangat sesuai dengan arrangement muziknya dan suara penyanyinya.

Asasnya, mengikut kepada pengetahuan saya yang tak berapa tahu nih, nano tu merujuk kepada ukuran yang sangat kecil, lebih kecil dari mikro, saya tak ingat ukuran nano tu berapa tapi agak-agak dalam 10 kuasa -12 . "Awan Nano" tu pulak adalah awan tiruan atau awan buatan yang terbentuk daripada awan yang disemai dengan bakteria nano (bakteria mikro). Yaaaa..itulah penerangan saya yang berangan-angan nak jadik cikgu Sains...ehehhehe..Tapi, rasanya, if dari segi bahasa, nano tu macam membawa maksud tak menentu, kalau orang pekan, dia sebut 'nanor'..."Awok ni tok duduk diam sungguh, nanor skali"..."'menanor' je awok bawok basikey tuh.."...Yaaaa, itulah dia lagi...saya yang berangan dari nak jadik cikgu Sains ke cikgu Bahasa Melayu...entoh betul, entoh tidok....kekekkeke...

Di awal muzik video, kita diperlihatkan Hafiz yang menangis dan berlari-lari sambil menyanyi. Muzik videonya juga bijak kerana secara tidak sedar memaksa penonton untuk menonton dari mula hingga habis. Tapi, paling saya suka ialah babak cara Hafiz memandang ayahnya menyimpan duit hasil kerja sebagai nelayan di dalam sebuah kotak.

Muzik video ni mensyahdukan kita dari awal hingga akhir, tapi, yang melawakkannya, Hafiz digandingkan dengan Herman Tino...mentang-mentanglah kedua-duanya berambut kerinting kembang dan bermulut comel (bile bercakap tu beria n mulut kecik termuncung-muncung)...memang sangat iras sebagai anak dan ayah. Walaubagaimanapun, Herman Tino ada sedikit kaku lakonannya, namun riak wajahnya sebagai ayah yang bersedih sangat menjadi.

Kesimpulan yang kita dapat dari muzik video "Awan Nano" tuh, hargailah ibubapa kita ketika mereka masih hidup. Bersikap kurang ajar dengan ibubapa tak membawa kita kemana-mana. If kita hidup susah, melarat...kita jangan malu dengan mak ayah kita. Sepatutnya, kita perlu bangga dan bersyukur kerana dikurniakan mak ayah yang tabah meneruskan hidup bersama-sama dalam mengharungi susah senang.

Dari kecil sampai tua ni, saya sentiasa bangga dikurniakan ayah yang sangat rajin mencari rezeki untuk kebahagiaan isteri dan anak-anaknya, walaupun pendapatannya tak seberapa. Saya juga sangat bersyukur dikurniakan mak yang sangat rajin memasak makanan yang sedap-sedap untuk suami dan anak-anaknya. Mak saya juga rajin menghadiri setiap aktiviti sekolah yang melibatkan ibubapa...walaupun mak saya cakap, dia malu nak hadir sebab rasa rendah diri dengan cikgu-cikgu dan ibubapa yang lain, yang bergaya dan kelihatan berkemampuan, tapi mak saya tebalkan juga muka demi pelajaran anak-anak. Terima Kasih Mak..Ayah... :)

Bagi sebuah keluarga, takkan ada keluarga yang sempurna, ada juga cacat celanya, tak banyak, sikit pun ada....tapi kita terima jelah seadanya dan sentiasalah berdoa untuk kebaikkan bersama....

0 comments: