Tayangan asal drama ini di slot cerekarama tv3, lakonan hebat dari allahyarham ismail din, fauziah nawi....memang best, citer nih dari mula sampai abih, sangat-sangat menyayat hati..tanpa sedar mengalir air mata... :)
Tadi, breakfast depan tv, bukaklah astro ria, ade pulak tayang citer nih lagi....nih dah kali keberapa tengok pun dah tak tahu..tapi masih tak jemu-jemu tengok....kisah hidup manusia yang sangat berpengajaran...
nani n tok ayah pernah tengok citer nih...diaorg berdua tuh siap menangis lagi...hehhehehe...lawak lak...insyallah, semoga Allah swt sentiasa menjadikan kami adik beradik, anak yang soleh dan tidak mengabaikan ayah dan mak, dan semoga kami sentiasa berusaha untuk membahagiakan ayah dan mak, di dunia dan akhirat....aminnnn...
Dalam cerita nih, rasenya ade jugak sikit salah mak ayah diaorg...sebab ayah diaorg (arwah ismail din) ade mengucapkan kata-kata yang kurang menyenangkan hati anak sulung mereka (jalaluddin hassan), tidak memberikan kata-kata perangsang dan semangat kepada anak...ade anak yang cepat terasa hati dan sentiasa mengingati setiap kata-kata dan perbuatan ibubapa yang tidak menyenangkan hati anak-anak...if itu disimpan lama-lama akan timbul perasaan benci anak kepada ibubapa...sebab itulah ada anak-anak yang mengabaikan ibubapa mereka...bersikap tidak ambil tahu...sebagai ibubapa juga kita perlu sentiasa berwaspada dalam berkata-kata kerana hati anak-anak juga perlu dijaga...
Pondok Buruk 1 nih jugak memaparkan kisah anak-anak yang lupakan ibubapa....tidak ambil tahu keadaan ibubapa mereka dikampung, makan pakai, tempat tinggal diaorg...semua anak-anak tak pernah fikir....cuma yang difikir, mengejar kesenangan dan kemewahan diaorg sahaja....
Tapi, hakikatnya sebagai anak, kita sepatutnya memupuk sikap anak soleh dalam diri kita agar menjadi sebati dengan diri....maka if ada kata-kata dan perbuatan ibubapa yang tidak menyenangkan kita, bolehlah kita abaikan sahaja.....kerana ade petikan kata-kata dalam drama along kamaruddin (tak ingat tajuk cerita)...petikan tuh lebih kurang macam nihlah : "anggaplah kata-kata yang menyakitkan hati dari ibubapa kita hanyalah khayalan semata-semata"...coz if kita anggap ianya khayalan maka secara automatik sikap terasa hati dan berjauh hati tuh dapat dilenyapkan....
Tak boleh tengok tv lama-lama sangat, pasai banyak keje nak kena beres lagi..jadiknya, citer pondok buruk 1 tadi hanya ditengok dalam 30min sahaja....pasai sebelum nih dah pernah tengok sampai habis sebanyak 2x... :)
Pondok Buruk 1
Posted by Umar at Wednesday, October 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment